2 Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Topeng Muka Sebelum Tidur

Julai 08, 2018




Assalamualaikum dan selamat pagi. Bersawang mawang dah blog kak Shhh. Almaklum la sibuk dengan pelbagai kerja. Multitasking la katakan. Anyway, korang buat apa cuti-cuti ni? Ada open house lagi kan? Makan tu berpada-pada ye.

Kali ini kak Shhh nak kongsikan dengan korang satu topik yang best ni. Simple dan senang nak digunakan. Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur jer. Best kan kak Shhh? hahahahha
Topik ni berkenaan dengan topeng muka. Nantiiiiiii

Korang ni jangan salah faham pulak ye. Topeng muka yang kak Shhh nak kongsikan dengan korang ni boleh buatkan wajah korang bersinar, licin dan cerah apabila korang bangun tidur keesokkan harinya. Dalam bahasa mudah dia, buat mask la. korang faham dah kannnn.

Kak Shhh tak nak buang masa korang, jadinya kak Shhh akan terus ke bahan-bahan dia yer. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah


                       - 1 sudu besar jus tomato
                            (korang blender jer buah tomato tu yer. Lepas tu ambil dalam 1 sudu sudah la.)


                     

                                
                                     Related image

                     


                                - 1 sudu besar santan
                             (kalau takde, korang boleh beli yang ready made punya ye yang ada di kedai tu)


                                     Image result for santan



Korang dah tahu bahan-bahan dia so sekarang ni kak Shhh cerita pulak cara nak buat topeng muka tu ye. Caranya adalah seperti berikut :


1- Campurkan jus tomato dan santan tadi ke dalam satu bekas. Gaulkan.

2- Ambil campuran tadi dan sapu seluruh wajah dan leher korang.

3- Urut seketika wajah korang tu dan biarkan ianya mengering.

4- Lepas tu, korang tidur la apa lagikannnn

5- Bangun pagi keesokkan hari tu, cuci la muka korang yer.



Senang kannnn!

Sebelum kak Shhh terlupa, kak Shhh nak kongsikan kebaikan tomato dan santan kepada kulit wajah kita semua. Terlampau menulis sehinggakan terlupa nak kongsikan kebaikkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat topeng muka ni. Adesss


Tomato ni mempunyai sebatian yang mampu mencerahkan kulit dan memudarkan kesan berbelang diwajah. Ianya juga mengetatkan liang-liang pori diwajah. Jadinya kurang la wajah tu menyumbat segala kotoran. Betul takkkkk.


Santan pula melembapkan kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan bintik-bintik hitam diwajah.


Sebab itulah kita pakai topeng pada waktu malam. Esok pagi bangun dengan nyaman dan gembira. Tidur malam kita pun nyenyak, kulit wajah pun muluss, haluss, gebuss, buluss.

Sampai disini dahulu penulisan kak Shhh, ada masa nanti kak Shhh kongsikan ye.

Assalamualaikum...





You Might Also Like

0 ulasan