16 Faedah Vitamin C Kepada Kesihatan, Kulit Wajah Dan Juga Rambut

Mei 17, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mesti korang ternanti-nanti kan pena hakak menulis. Disebabkan hakak ada masa lebih, hakak kongsikan untuk tatapan korang mengenai faedah vitamin c kepada kesihatan, kulit dan juga rambut. Ok la hakak pun tak nak buang masa, jom kita lihat apa yang hakak nak kongsikan ni.

Penulisan hakak pada kali ini lebih tertumpu kepada faedah vitamin C kepada kesihatan, kulit dan juga rambut kita.

Eh! Kejap. Rambut pun perlukan vitamin jugak ye. Bukan sekadar kepada kesihatan dan kulit jer. Almaklum la bila bercakap tentang vitamin c ni, mesti korang kata untuk cantik dan kulit kan? Almaklum la kita semua telah pun masuk ke bulan Ramadhan. Tak lama lepas tu nak raya kan, so mesti la nak gebu gebas bagai, kan!

Jangan nak gelak, lebih baik ngaku cepat. Hahahah...

Membebel pulak hakak ni, oklah hakak terus masuk ke faedah vitamin c nih ye. Tapi sebelum tu hakak nak kongsikan satu artikel ni iaitu Kepentingan Ascorbik Asid.





Jom hakak senaraikan faedah vitamin c kepada kesihatan kita. Antaranya adalah :


1-  Meningkatkan imuniti (ketahanan badan) melawan pesakit. Iye la, apabila badan kita sihat, dapat la melawan jangkitan virus atau bakteria dengan berkesan.

2- Merupakan antioksidan yang kuat. Membantu mengurangkan kemasukkan radikal bebas ke dalam tubuh badan.

3- Membantu mengurangkan tekanan. Apabila kurang tekanan, dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia. Tak gitu!

4- Meningkatkan tenaga. Takde la melepek jer keje. Ahahah...

5- Mengurangkan gejala selsema biasa. Hakak dah lama tak diserang dengan virus selsema ni. Alhamdulillah.



Itu adalah sebahagian jer tau faedah vitamin c kepada kesihatan. Jika untuk kulit pulak, faedah vitamin c ni adalah untuk :


1-  Memberi perlindungan dari sinar UV. Takde la kulit wajah atau badan kita terbakar. Opsss...

2- Membantu melawan radikal bebas.

3- Membantu di dalam penghasilan kolagen. Bila kulit dapat kolagen mencukupi, barulah kulit kita cantik.

4- Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat. Bila luka cepat baik, kuranglah berlaku jangkitan di tempat luka.

5- Melindungi kulit daripada perubahan warna.

6- Membantu meningkatkan tekstur kulit





Tu dia aihhh, macam best pulak kan bila tengok faedah vitamin c ni untuk kulit kita. Hahaha... Hakak dah telan dah vitamin c. Korang??

Tapi, bila korang lihat faedah dia, tentunya korang akan rasa rupanya ada lebih banyak lagi faedahnya selain dari kulit. Betul tak?


Last but not least, hakak nak kongsikan faedah vitamin c ni untuk rambut kita pulak. Antara faedah vitamin c kepada rambut adalah :


1-  Membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Tak nampak la lubang-lubang di rambut tu. Mujur la hakak bertudung, memang tak nampak la kan.. Heheheh..

2- Membantu mengurangkan keguguran rambut.

3- Membantu mengurangkan kelemumur. Patut la rambut hakak dah takde kelemumur dah mai hinggap.

4- Membantu menguatkan rambut. Tiada lagi masalah rambut tersekat di skala 6. Macam iklan kat tv pulak.

5- Membantu mencegah rambut beruban. Hakak tengok ramai orang yang ada uban walaupun umur dalam kategori 30 an. Tak cukup vitamin la tu.





Dah alang-alang tu, hakak nak bagitau sekali la, korang boleh dapatkan vitamin c ni daripada
sumber


-  Makanan, terutamanya dari buah dan sayur




-  Makanan tambahan atau nama lain dia suplemen




-  Dari jenis sapuan ke kulit.




Ha, itu baru sedikit hakak kongsikan dengan korang semua. Kali ni hakak saja-saja santai dengan korang. Takde la korang rasa stres jer baca artikel hakak kan.

Sebelum hakak nak melabuhkan jari-jemari hakak, hakak nak info korang sesuatu. Kalau-kalau korang nak cari skincare yang best, korang boleh la wasap hakak di

www.wasap.my/+60165003075/youthskincare

Sampai disini dahulu penulisan hakak. Ada masa hakak kongsikan lagi ye. Selamat menyambut Ramadhan. Assalamualaikum.

You Might Also Like

0 ulasan