7 Tips Kurangkan Minyak Membanjiri Wajah Mereka Yang Berminyak.

April 01, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hakak sudah kembali bersiaran setelah lama berhibernasi. Hihi.. Diharapkan engkorang semua sihat la ye. Kalau tak sihat, bertuah engkorang nak baca kan?

Kali ni hakak nak kongsikan la sedikit tip yang mungkin berguna untuk engkorang semua. Haaa.... Nanti sat na, hakak bagitau dulu.

Selama hakak menyepikan diri, hakak banyak membaca dan menilai isi-isi yang diketengahkan tu. Almaklum la, membaca kan jambatan ilmu. Jadi, engkorang semua mestilah jadi ulat buku jugak ye.

Eh! Banyak bebenor hakak membebelnya. Sampaikan hakak terlupa nak hapdat tajuk. Kiki.. Hari ni hakak akan kongsikan tips kurangkan minyak yang membanjiri wajah engkorang tu. Jadi, korang-korang yang ada masalah tu boleh la take note ye. Ilmu jugak tu.


Sebelum tu meh akak kongsikan video ni kat korang. Tonton tau!






Hakak dulu pun ada jugak masalah wajah penuh berminyak ni. Nak pakai bedak pun hakak tak berani tau. Sebabnya nanti jadi bercapuk-capuk bedak tu kat muka hakak ni. Ohh... No... Tak lawa la hakak nanti. Jadinya, hakak mendedahkan jer la muka hakak ni pada sinaran matahari yang memancar dengan garangnya. Huhu.. Sedih kan!


Pencuci muka tu, engkorang cuba listkan, semua hakak dah cuba tau. Dari OXY ke Avocado semua hakak pernah cuba. Memang stress la hakak ni... Argh....


Yang tak bestnya bila wajah berminyak ni, miss JE mesti tumbuh bagaikan cendawan tau. Alahai... Rimas yang amat la hakak tau. Dah buntu nak buat apa. Last-last tempek bedak sejuk jer. Hukhuk...

Tapi, sekarang ni dah ada macam-macam di pasaran tau. Sehinggakan pening nak pilih yang mana yang sesuai. Terlampau banyak sangat pun susah jugak kan!

Haa.... Apakata engkorang yang alami kulit yang banjir dengan minyak ni cuba tips yang hakak kongsikan, mana tahu berkesan kan! Boleh la melaram dengan mekap raya nanti. Hehehehe



TIPS KURANGKAN WAJAH YANG BANJIR DENGAN MINYAK



1- PILIH PENCUCI WAJAH BEBAS ALCOHOL

Pencuci wajah yang ada alcohol ni memang la membersihkan wajah dengan bersih. Tetapi semakin banyak minyak semulajadi dikeluarkan semakin banyak pula kerja kulit untuk mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan kulit dibanjiri dengan minyak.





2- KURANGKAN MENCUCI MUKA


Kalau kita cuci muka kerap-kerap, nanti lapisan minyak alami akan terhakis makanya kulit muka semakin dibanjiri dengan minyak la.

3- GUNAKAN TONER BEBAS ALCOHOL



Toner ni bagus tau kegunaan dia. Ianya digunakan untuk membuang kotoran dan minyak pada wajah. Gunakan tomer yang bersesuaian bagi mengelakkan liang roma semakin membesar seperti lubang hidung Tuan Director. Hahahaha...



4- GUNAKAN KRIM TABIR SURIA

Krim sunblock ni sangat perlu ada pada setiap orang. Krim sunblock ni boleh mengurangkan masalah jeragat dan pigmentasi pada kulit wajah. Pilih krim tabir suria jenis gel kerana ianya sesuai dengan wajah yang penuh minyak. Pilih yang SPF 30 atau lebih ye barulah wajah engkorang kurang berminyak.





5- GUNA PELEMBAP WAJAH BERASASKAN AIR

Ha.... Pelembap ni sangat membantu memgurangkan mingak yang membanjiri wajah engkorang tu. Tapi pilih yang berasaskan air tau. Jangan silap pilih!


6- AMALKAN MINUM AIR KOSONG


Apabila minum air kosong secukupnya ianya boleh menjaga metabolisme tubuh. Jadinya engkorang kena minum 8 gelas sehari. Tubuh yang mengandungi air yang mencukupi akan menghalang pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah.





7- AMALKAN MAKANAN TAMBAHAN

Suplemen atau nama lain dia adalah makanan tambahan sangat membantu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Antara yang disarankan adalah ESP dan Vitamin C. Mereka berdua ni mempunyai banyak khasiat dan manfaat tersendiri. Meh sini hakak nak citer kat engkorang.



ESP

ESP ni nama pendek. Nama panjang dia adalah Energizing Soy Protein. Di dalam sebotol ESP ni terkandung Kalsium, asid amino perlu, asid amino tak perlu dan mineral. ESP ni sesuai untuk kecantikan jugak tau. Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan :

# 4 kali ganda telur
# 12 kali ganda susu
# 2 kali ganda daging

Haa... Banyak kan?


Jom kita tengok pulak keistimewaan ESP untuk kecantikkan. Antaranya adalah :

a) Kulit kurang berminyak

b) En JE semakin menyurut

c) Memperbaharui sel kulit

d) Mencantikkan kulit



SR VITA C PLUS


Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 500mg bersamaan dengan 7 1/2 buah oren. Haaa.... Boleh ker engkorang nak makan buah oren tu hari-hari sebanyak 7 1/2 bijik tu? Larat ke? Huhu....


Istimewanya SR Vita C Plus ni adalah pembebasan 100mg Vita C Plus ni setiap satu jam selama 5 jam. Ala, macam sustained release tu la. Dah tu pulak di dalam Vita C Plus ni ditambah dengan bioflavonoid tau sebanyak 120mg yang diekstrak dari kulit buah oren. Wow! Terkejut kan?




Manfaat SR Vita C Plus untuk kecantikkan adalah :

a) Mengurangkan kemunculan En JE di wajah.

b) Mencerahkan kulit

c) Melembapkan kulit

d) Mencantikkan tekstur kulit

e) Memgurangkan kemunculan minyak berlebihan di wajah.









Ermmm... Amacam perkongsian hakak kali ni? Engkorang boleh faham tak? Hakak menulis dalam bahasa melayu tau bukan bahasa jerman. Hehehe....


Engkorang nak tahu lebih lanjut, boleh la risik-risik hakak di

FB               --- Suliana Yusof
PAGE          --- Sulianayusof 0165003075
No. Phone   --- 016-5003075



Jika engkorang nak membeli secara online, korang ketik jer gambar di bawah ni tau. Mudahkan!






Nanti hakak kongsikan lagi tips-tips yang lain yer. Assalamualaikum...

You Might Also Like

2 ulasan

  1. muka saya jenis berminyak..

    sekarang semakin kurang mungkin kesan dari peningkatan umur.

    antara amalan biasa yang saya laku..mestikan minum air kosong dan muncuci 2 kali sehari..

    lepas ini sekali sehari rasa sydah memadai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la jugak dengan saya time remaja dahulu. Tapi kini setelah guna pencuci muka yang natural, alhamdulillah kulit semakin kurang berjerawat dan berminyak.

      Pengambilan air kosong pun memang penting di samping penjagaan pemakanan kita. Senaman pun sama jugak.

      Ramai yang suka abaikan. Termasuk saya suatu ketika dahulu. Heheheh...

      Padam