Vitamin Yang Harus Ibu Hamil Amalkan Agar Proses Kehamilan Dilalui Dengan Gembira

Februari 04, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera akak ucapkan. Haaa... Hari ini akak nak kongsikan dengan korang info mengenai vitamin yang perlu diambil sewaktu hamil. Tentunya korang tertanya-tanya bukan kenapa perlu ambil vitamin sewaktu hamil! Kalau tak ambil vitamin tak boleh ker?


Ermmm.... Akak sendiri pernah melahirkan dua orang anak. Memang berbeza la pengalaman sewaktu anak sulung dengan anak kedua ni. Nak tahu tak kenapa?

Sebabnya sewaktu anak sulung akak tak kenal lagi vitamin jenama shaklee. Time tu routine vitamin je la yang akak tahu seperti Folic asid, b complex, ascorbic asid dan ferrous.

Waktu anak kedua baru akak kenal shaklee ni dikkk oiii... Sebab tu pengalaman tu berbeza. Nak tahu kisah selanjutnya tak?

Jom, akak nak citer dah ni...


Sewaktu akak mengandungkan anak sulung, akak tak tahu pun. Almaklum la setelah dua kali keguguran, nak stabil balik tu ambil masa jugak la. Sewaktu tu, akak tak ambil pun vitamin hamil yang ada jenama dipasaran tu tau.  Tahun ketiga perkahwinan akak baru akak hamil. Seronok tu akak tak dapat nak gambarkan la. Menangis di dalam kegembiraan.

Apabila akak dah tahu akak dah hamil, akak dah mula survey susu yang sesuai untuk ibu hamil. Akak amalkan mamil gold. Tin pertama memang habis, tapi masuk tin kedua, akak tak lalu dah la. Setiap malam tidur, kaki kena angkat tinggi. Jika tidak keje bengkak jer. Sakit tau...

Dah tu, kerap jadi tarik mengkarung pulak tu. Kadang-kadang tu sampai dua kali tau. Menangis jer akak. Walaupun akak amalkan vitamin routine tu tetap tak membantu sangat. Huhuhhhuhu.... Tak kenal lagi dengan vitamin ibu hamil seperti shaklee.

Yang membantu pun pertambahan berat la. Yang disuruh naik 0.5 kg tapi akak pi naik sampai 2 kg. Apa lagi, setiap hari kena periksa tekanan darah la. Huhhhuu.... Dah tu di diagnose pulak ada GDM. Lagi haru la dikk oiii..... GDM tu kencing manis yang jadi sewaktu proses kehamilan.

Akak kena masuk wad awal tau untuk bersalin disebabkan tekanan darah akak naik. Bersalin paksa tau. Tapi disebabkan masalah tulang kajang akak sempit, terpaksa dilakukan czer emergency. Huhuhuhhhu....




Tapi sewaktu hamil anak kedua, akak dah amalkan ESP, Vitamin BComplex, SR Vita C Plus, Ostematrix, Vita lea dan Omega Guard. Omega ni akak start sewaktu trimester kedua.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan kedua akak aktif tau. Nak turun tangga takde mengah atau penat. Berat badan pun takde la terbabas sangat. HB akak pun cantik jer tau. Alhamdulillah, masalah sembelit semakin berkurang. Yang paling best tu, tarik mengkarung pun dah tak berlaku.

Banyak pengalaman manis dan menyeronokkan sewaktu kehamilan kedua ni. Korang nak tahu tak, sewaktu kehamilan anak sulung, berat akak sewaktu mengandung naik sebanyak 12 kg tau. Yang kedua hanya naik sebanyak 5 kg jer.

Tekanan darah akak stabil jer tau, 110/80 atau 120/80. GDM pun takde. Macam tak percaya je kan! Tapi itulah pengalaman akak hadapi sendiri.




Jom akak kongsikan kelebihan dan kebaikan vitamin ibu hamil ni untuk info dan tatapan korang. Mana tahu berguna nanti kan...





SR Vita C Plus


- Merangsang penyerapan zat besi dan folic asid. Sebab itulah misi rajin duk suruh kita ambil minuman jus oren. Haa... Dah tahu kan!

- Penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.

- Menyokong pembentukan sel darah merah.

- Mengelakkan elergi dan ekzema pada bayi.

- Mengekalkan kelenturan dan elastik saluran darah.

- Mengelakkan gusi berdarah.

- Menguatkan sistem imun.



VITA LEA


- Mengekalkan paras hemoglobin ibu pada tahap normal. HB tu hemoglobin tau.

- Memberi tenaga dan menambahkan selera makan terutama kepada ibu yang mengalami alahan.

- Membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah.

- Membekalkan nutrisi dan vitamin lengkap untuk ibu.



ESP

- Memberikan tenaga yang berpanjangan.

- Kulit ibu cantik, gebu, licin

- Kulit bayi mulus, gebu dan bersih.

- Mengelakkan pre-ekslampsia

- Membantu perkembangan tisu janin.

- Membantu meningkatkan bekalan darah.

- Bantu kesihatan jantung ibu yang bekerja 2 kali ganda daripada kebiasaan.

- Bantu tingkatkan penyerapan vitamin daripada makanan/suplemen

- Memelihara dan membina otot ibu.



OSTEMATRIX


- Mengelakkan kekejangan otot.

- Menguatkan tulang ibu bagi menampung berat janin secara fizikal.

- Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit sepanjang waktu kehamilan.

- Bekalan untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang kuat dan sihat.

- Melegakan sakit pinggang, belakang dan kaki terutamanya apabila perut semakin membesar/ memboyot.



B COMPLEX

- Membantu mencegah anemia, mengelakkan kurang darah.

- Membekalkan asid folic, penting untuk mengelakkan kecacatan janin. Inilah keistimewaan B Complex shaklee.

- Mengurangkan risiko spina bifidap pada bayi.

- Membantu mengurangkan stress dan tertekan.

- Memberi tenaga dan mengelakkan kelesuan.

- Membantu mengatasi masalah kekejangan otot.



OMEGAGUARD


- Omega ni kebiasaannya diambil sewaktu kandungan kehamilan berada di trimester kedua.

- Mengawal berat badan.

- Mengurangkan risiko kemurungan.

- Mengawal kolesterol ibu.

- Meningkatkan pertahanan badan.

- Mengurangkan risiko preeklampsia

Sekarang ni akak kongsikan testimoni pulak ye. Pengalaman akak dah ada dah, jadi meh kita tengok pengalaman ibu-ibu yang lain pulak ye. Sambil-sambil tu dapat jugak info dan ilmu. Tak rugi kan bila berkongsi.









Panjang pulak cerita akak kali ini. Inn Syaa Allah, ada masa akak kongsikan lagi info-info yang menarik ye. Sebelum akak mengundurkan diri, seperti biasa jika korang nak order sendiri vitamin ibu hamil ni secara online, korang boleh jer klik kat gambar di bawah ni.




Tapi jika korang nak dapatkan lagi beberapa maklumat lanjut, macam biasa la korang wasap akak di talian 016-5003075.


Oklah, setakat ini dahulu. Berjumpa lagi dilain penulisan. Assalamualaikum...

You Might Also Like

2 ulasan

  1. wahh bagus bagus ada supplement ni! terasa nak consume shaklee je nanti azah mengandung nantii. hehe. akak doakan azah cepat2 pregnant ye :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inn Syaa Allah, ada rezeki azah tu. Aminnn... Boleh jer, contact la akak nanti. Heheheh...

      Padam