17 Kelebihan Susu Ibu Kepada Ibu Dan Bayi Yang Sangat Bermanfaat Untuk Dipraktikkan.

Februari 07, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat hendaknya. Ermmm... Pernah tak korang dengar mengenai kelebihan susu ibu ni? Selalunya apabila kita mula bukak buku merah, buku mengandung tu mesti misi-misi dah terangkan dengan panjang lebar kan!


Akak dah memang berkecimpung di dalam bidang sebegini memang sudah sedia maklum. Siap perlu diwar warkan untuk kepentingan semua. Akak dulu siap pergi kursus tau. Siap ada audit lagi. Haaa... Jangan memain tau. Sekarang ni sangat di titikberatkan tentang kelebihan susu ibu ni.





Akak dulu sewaktu anak sulung, akak hanya dapat menyusukan anak akak sehingga 4 bulan jer. Time tu akak tak kenal shaklee dan tidak dapat sokongan daripada keluarga. Almaklum la akak tinggal berjauhan dari keluarga. Jadinya, makan tak berapa nak ikut diet seimbang dan air kosong pun kurang pulak nak minum. Huhuhuhuhu...


Ditambah lagi akak segan nak bertanya, jadinya akak kekurangan info mengenai kelebihan susu ibu ni. Rugikan akak!


Tetapi bila masuk anak kedua ni, alhamdulillah walaupun susu akak lambat keluar, namun anak akak kenyang tau. Takde la kerap sangat berjaga malam. Hubungan pun rapat sehingga sekarang.


Membebel pulak akak ni kan! Kalau dah boleh bercerita, lupa habis topik asal yang akak nak kongsikan ni. Hehehhe.... Berkemungkinan ada di antara korang ni yang tahu kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu. Jadinya akak kongsikan la sedikit sebanyak kelebihan susu ibu ni.


Meh la dengar, mana tahu berguna nanti. Tak pun korang boleh la cerita kepada mereka yang memerlukan.



KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA IBU



1- Sudah pasti lah jimat. Nak tahu sebab apa? Sebabnya tak perlu keluarkan duit untuk beli susu tin. Haaa.... Betul tak?


2- Yang ni mesti la best. Dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Haaa.. Jangan tak mengaku pulak ye!


3- Rahim kita pun cepat kecut dan kembali ke saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.


4- Badan ibu merembeskan hormon Oxytocin yang merendahkan tekanan darah sekaligus memberikan ketenangan kepada si ibu sewaktu menyususkan bayinya.


5- Ruang di dalam kereta dapat dijimatkan kerana tiada perkakas membancuh susu.


6- Membantu menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.


7- Membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.


8- Susu ibu ni sangat baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin mahupun kotak.


9- Susu ibu jugak bebas dari bakteria dan bersih.


10- Susu ibu juga mengandungi antibodi yang tinggi serta sel darah putih yang berperanan untuk melawan penyakit.



KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI



1- Susu ibu mengandungi kolostrum, ianya menguatkan siatem imuniti bayi. Kolostrum mempunyai khasiat yang sangat tinggi dimana mengandungi protein tiga kali ganda melebihi susu biasa. Banyak tu!


2- Kandungan susu ibu juga berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.


3- Susu ibu juga melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.


4- Susu ibu jugak mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.


5- Susu ibu mengandungi nutrient tertentu yang membantu dalam meningkatkan kecerdikan.


6- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul.


7- Merupakan salah satu cara menenangkan bayi yang kurang sihat dan tidak lalu makan. Membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat.



Haa..... Banyak kan kelebihan susu ibu ni. Tapi, macam mana nak rangsang agar pengeluaran susu bertambah dengan banyak dan berjaya ye!


Bukan semua orang mampu lakukan, namun jika keinginan dan keazaman kita kuat, Inn Syaa Allah kita boleh lakukan. Dapatkan nasihat daripada yang pakar. Sekarang ini ada banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Boleh dapatkan maklumat daripada klinik korang sendiri. Di samping itu korang pun boleh juga mengamalkan suplimen.



Shaklee ada set menyusu. Tetapi, bukan semata-mata ambil set menyusu ni ye. Nehi... Nehi... Nehi...


Set menyusu ni hanya membantu sahaja. Ibu-ibu memerlukan pengambilan makanan yang seimbang, perlukan pengambilan air kosong yang banyak, perlukan jugak mengepam susu setiap 1 jam atau 2 jam dan juga perlu psikologi pemikiran kita.


Apabila semua di atas dilakukan dengan cara yang betul, barulah memudahkan rangsangan pengaliran susu yang banyak.


Set menyusu dari shaklee ni terdiri daripada :

- B Complex
- Vita Lea
- ESP
- SR Vita C Plus
- Alfalfa Complex
- Ostematrix





KELEBIHAN SET MENYUSU


1- Membantu masalah penyusuan

2- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang gemar menyimpan stok susu.

3- Anak pun mudah tidur waktu malam.

4- Memberi rasa kenyang lama pada bayi.

5- Bayi tidak mudah diserang sakit.

6- Ibu pula bertenaga dan kulit pun cantik

7- Ibu dan bayi mendapat nutrien yang mencukupi.


Haaa..... Bestkan!


Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh jer wasap akak di talian


016-5003075


Tetapi, jika korang nak order online sendiri, korang boleh jer klik gambar di bawah ni tau.





Sampai disini dahulu penulisan akak. Ada masa nanti akak kongsikan lagi info ye. Assalamualaikum semua.






PRODUK-PRODUK INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMBUAT DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

INI ADALAH IKLAN PRODUK SUPLEMEN.

You Might Also Like

0 ulasan