3 Manfaat Asid Lemak Sihat Dan Baik Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Januari 01, 2018

Assalamualaikum semua. Bertemu kita di tahun 2018. Apa azam korang? Harap tu tercapai segala azam korang di tahun 2017. Ermmm! Korang pernah dengar tentang asid lemak sihat atau baik tak? Tak pernah dengar? Ok la begitu, akak akan kongsikan manfaat yang boleh korang perolehi daripada asid lemak sihat dan baik ini.

Asid lemak sihat dan baik yang akak nak kongsikan adalah Omega 3. Kalau sebut omega gerenti semua tahu kan! Jangan nak ngelat mengaku yer. Hahaha..

Seperti mana yang korang semua tahu, Omega 3 ni sangat penting untuk tubuh badan kita. Almaklum la ada beberapa organ di dalam badan kita terdiri daripada lemak. Tak percaya? Nanti akak kongsikan ye.

Asid lemak sihat dan baik atau nama lain dia Omega 3 ni terdiri daripada EPA dan DHA. Apa tu?

EPA adalah nama singkatan bagi Asid Eicosapentaenoic

DHA adalah nama singkatan bagi Asid Docosahexaenoic

Korang dah faham kan!

Sekarang ni, jom akak nak bawa korang telusuri manfaat asid lemak sihat dan baik ni. Akak fokuskan kepada tiga sahaja dahulu tau. Sebenarnya ada lebih daripada tiga. Jadi akak tak nak la nanti korang pening pulak baca banyak-banyak. Ada masa nanti akak kongsikan lagi baki dia ye.

Tiga manfaat asid lemak sihat dan baik ni terdiri daripada



1-  Fungsi Otak

Korang semua tahu tak, otak kita terdiri daripada apa? Tak tahu! Takpe meh sini akak nak kongsikan dengan korang.

Kalau korang nak tahu, otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak. Banyakkan! Selain itu juga, sistem saraf kita pun juga kebanyakkannya terdiri daripada lemak. Korteks Serebrum (bahagian otak yang memainkan peranan untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

Kajian yang dijalankan di atas EPA dan DHA untuk fungsi otak

a) Penglibatan di dalam penghantaran maklumat di antara saraf. Sel-sel berhubung, korang pernah dengarkan?

b) Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.

c) Memberikan kesan penuaan yang sihat dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan Dementia (nama lain bagi nyanyuk)




2- Kesihatan sendi

Seperti yang kita tahu, asid lemak sihat dan baik ini mengurangkan keradangan. Jadinya, ianya mengurangkan juga pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Asid lemak sihat dan baik ini juga memainkan peranan penting di dalam:

a) Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.

b) Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.

c) Mengurangkan keradangan

           - Menyekat keradangan dan kemusnahan sendi
              yang kerap berlaku dalam Artritis.

d) Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.




3-  Kehamilan

Asid lemak sihat dan baik ini penting semasa kehamilan sehinggalah kepada penyusuan susu ibu. Korang nak tahu kenapa?

Ini adalah kerana, selepas bayi dilahirkan Omega 3 menyokong

a) Perkembangan otak dan fungsi imun

b) Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin

c) Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin

d) DHA adalah komponen utama retina (penglihatan)

          - Penting untuk perkembangan penglihatan yang
             sihat bagi bayi.

e) DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.

f) Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

g) Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.






Eh! Korang tahu Omega 3 yang akak kongsikan dengan korang ni Omega apa? Kalau yang tahu tu takpe la, bagi yang belum tahu, Omega 3 yang akak maksudkan adalah Omega Guard. Banyak manfaat dia selain dari empat yang akak kongsikan tadi.

Selain itu juga, akak nak kongsikan sedikit info mengenai asid lemak sihat dan baik iaitu Omega Guard ni. Antaranya adalah :

- Omega 3 adalah nutrient yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

- Sebab itulah pengambilan suplemen Omega 3 sangat penting.

- Orang sihat memerlukan kira-kira 1000 - 2000mg minyak ikan sehari. Agak-agak korang cukup tak?



Sempena bulan Januari 2018 ni, ada promosi Omega Guard tau. Promosi dia adalah

                     Buy 3 @ 5% untungkan!!

Kalau korang beli sebotol Rm144.43

Kalau beli 3 botol hanya Rm 411.55

Jimat dan untung kan??




Jika korang berminat, korang boleh jer klik gambar di bawah ni, nanti dia terus bawa korang ke website online.




Yang mana nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh la sms akak di talian 016-5003075

Sampai di sini dahulu celoteh akak mengenai asid lemak sihat dan baik ini. Nanti akak kongsikan lagi info-info yang bermanfaat untuk kita semua.

Assalamualaikum

You Might Also Like

4 ulasan

  1. hehe kita panggil minyak ikan jer atau kalau sebut Omega 3 tu terus tahu dan terus otak berhubung..hehe. Good sharing sis

    BalasPadam
  2. hehehhe... macam iklan kat tv kan? Sama-sama sis

    BalasPadam
  3. Omega 3 ni memang bagus, memang patut kita amalkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tambahan pulak tak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Memang kena dapatkan daripada makanan ataupun suplemen.

      Padam