Rabu, 22 Februari 2017

Cara Merawat Hipotiroid dengan Bersumberkan Bahan Semulajadi dan Terbukti Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Kali ini kak omei nak berkongsi dengan korang mengenai info mengenai tiroid. Apa dia???? Tunggu yer...

Ok, seperti yang kak omei janjikan, kak omei nak kupas info mengenai rawatan hypothyroidisme. Kak omei mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah dengan kelenjar tiroid dia. Baru sahaja empat bulan lepas melakukan operation pembuangan kelenjar tiroid. Jom, kak omei kupaskan info mengenai rawatan hipotiroid ni.


Sebelum korang masuk ke bahagian yang lebih mendalam, meh kak omei terangkan dulu apa Tiroid ni buat. Kelenjar Tiroid merupakan salah satu kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di bahagian hadapan leher manusia. Kelenjar Tiroid berfungsi untuk mengeluarkan hormon Tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronone (T3). Hormon-hormon ini berfungsi untuk mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia.

Sebelum tu, meh sini kak omei beritahu dulu apa itu hipotiroidisme. Hipotiroidisme adalah satu keadaan di mana kelenjar Tiroid menjadi kurang aktif. Maka, pengeluaran hormon Tiroid akan berkurangan. Ianya adalah disebabkan oleh kegagalan kelenjar Tiroid ataupun kegagalan kelenjar pituitari yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar Tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormon Tiroid.

Selalunya, 15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit Hipotiroidisme. Penyakit ini juga adalah dua kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.



Ada banyak tau tanda-tanda yang boleh kita ambil tahu untuk mengetahui adakah kita mengalami masalah Hipotiroid ni. Antaranya adalah :

1- Otak dan sendi mungkin sakit atau lemah dan boleh menjejaskan keupayaan bergerak.

2- Pengsan atau tidak sedar diri jika keadaan teruk dan boleh mengakibatkan kematian.

3- Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutamanya di sekeliling mata.

4- Pesakit menjadi gemuk, kerana kadar metabolisme menjadi perlahan.

5- Mengalami masalah sembelit.

6- Haid tidak menentu di kalangan remaja, samada terlalu sedikit atau banyak.

7- Tidak tahan kepada keadaan sejuk.

8- Masalah kemurungan

9- Mengalami masalah keguguran rambut

10- Tidak dapat mengawal pundi kencing



Ada beberapa sebab bagaimana penyakit hipotiroid ni boleh berlaku. Antaranya adalah:



1- Hashimoto's Thyroiditis adalah penyebab yang spesifik berlakunya hipotiroid ni. Ia berlaku dengan kerapnya di mana kelenjar Tiroid berkemungkinan membengkak pada permulaannya tetapi apabila semakin berlanjutan, ia mampu memusnahkan kelenjar Tiroid dan berlakulah Hipotiroidisme.



2- Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar Tiroid yang terlampau aktif, ubat lithium yang digunakan untuk merawat penyakit jiwa dan ubat amiodarone yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.



3- Pembedahan dan pembuangan kelenjar Tiroid.



4- Radiasi ke atas kelenjar Tiroid yang lampau.






Hipotiroid mudah dirawat tetapi memerlukan pesakit mengambil ubat hormon tiroksin seumur hidup. Namun pengambilan dos ubat mungkin berubah secara berkala mengikut aras hormon Tiroid di dalam badan.



Ada beberapa suplemen yang boleh membantu untuk mengurangkan hipotiroid ni. Antaranya adalah :



1- Vita Lea Iron Formula

Ini merupakan multivitamin yang tertua sekali. Mengandungi iodin, Vitamin A, D, E, B2, B3, B6 dan Zink. Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan punca kepada hipotiroid. Vitamin A dan D menambahkan lagi keberkesanan hormon Tiroid yang aktif.
Vitamin B2, B3 dan B6 membantu di dalam penghasilan hormon Tiroid. Manakala Zink pula membantu proses penghasilan Tiroksin dan menukarkan Tiroksin kepada hormon aktif.

2- Sustained Release Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan lagi sistem imuniti badan. Bersifat kepada antioksidan dan membebaskan radikal bebas yang berbahaya.

3- Vitamin E

Vitamin E mengandungi Selenium yang mana Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga memgurangkan antibodi kepada Tiroid. Vitamin E juga bersifat antioksida yang melawan radikal bebas.

4- B Complex

B complex berfungsi di dalam penghasilan hormon Tiroid. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyekat fungsi Tiroid kerana kelenjar Tiroid dan adrenalin gagal merembeskan hormon.

5- Vivix

Merupakan antara antioksidan terkuat kerana mengandungi 10 x lebih Resveratrol. Vivix membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian juga ada menunjukkan bahawa pesakit Hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah di dalam badan.


Kak omei sertakan testimoni untuk korang semua yer....



Jika ingin membeli secara online, boleh klik di gambar troli di bawah



Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi kak omei di

Whatapps : 016-5003075
FB               : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE    : Multivitamin plus Multimineral
IG                : sulianayusof

Sampai di sini dahulu penulisan kak omei. Ada masa nanti kak omei kongsikan lagi dengan korang. Assalamualaikum...

Khamis, 16 Februari 2017

5 Cara untuk Hilangkan jeragat degil dengan cepat dan Bonus Kulit Licin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat selalu hendaknya. Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang satu tajuk yang sangat dekat dengan kaum wanita iaitu mengenai kecantikan. Semua wanita suka kepada kecantikan. Kaum lelaki pun ada jugak la. Hehehe...

Info apa yer??? Sudah pastilah cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat dengan cepat.


Apa jeragat tu ye?? Jeragat adalah tompok-tompok hitam yang tiba-tiba muncul di kulit muka korang. Kebiasaannya, wanita yang berumur 40-an akan menghadapinya. Namun, pada masa kini kaum wanita yang berumur 20-an juga turut menghadapinya.

Bagaimana jeragat boleh muncul di kulit wajah yer??? Mesti korang tertanya-tanya bukan?? Kak omei kongsikan dengan korang punca-punca yang boleh menyebabkan kulit wajah berjeragat. Di antaranya adalah :

1- Terdedah kepada cahaya matahari yang bahaya.

2- Faktor-faktor genetik

3- Pengambilan ubat hormon seperti ubat pencegahan kehamilan.

4- Kesan akibat penggunaan alat kosmetik yang tidak berkualiti.

5- Mempunyai masalah di bahagian limpa.

6- Mengalami kekurangan nutrisi yang diperlukan semasa hamil.

7- Kurang pengambilan Vitamin C.

Sebab nombor tujuh tu yang paling win kan??

Sebab itulah di dalam diet harian korang, korang kena masukkan 7 kelas makanan tu. Barulah sihat dan cantik. Tambah-tambah pula vitamin C ni kita kena dapatkan dari pemakanan harian kita. Ini adalah kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C. Kalau arnab takpe la sebab arnab boleh hasilkan vitamin C dia sendiri.

Terdapat beberapa cara yang mungkin korang boleh gunakan untuk menghilangkan jeragat. Di antaranya adalah :

1- Elakkan terdedah kepada cahaya matahari.

Korang kena ingat tau, pukul 10.00 pagi sampai 3.00 petang korang jangan berjemur di bawah sinaran matahari bahaya.  Ini kerana jeragat mudah memunculkan diri.

Selain itu,gunakan la skinscreen yang berSPF tinggi seperti nilai 20 - 30

2- Masalah penuaan

Korang jangan lupa tau minum sehari lapan gelas. Ini membantu korang menghidratkan diri.

Selain itu, jika ingin keluar dari rumah, pastikan korang ambil krim pelembap. Ini dapat membantu korang mengurangkan kesan jeragat.

3- Penggunaan produk kosmetik

Korang jangan lupa tau, sebelum membeli krim atau pencuci muka, lihat dulu ada ke tak No KKM tu pada botol tersebut. Jika ada, alhamdulilaah.

Sapu krim depigment untuk membantu mengurangkan jeragat dan menyekatakan tona kulit korang.

4- Gaya hidup sihat.

Ini pun penting tau. Penjagaan dari segi dalaman. Memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat serta hindarilah rokok. Bahaya kan???

Selain daripada cara di atas, ada jugak kaedah yang mudah serta menjimatkan. Nak tahu apa dia???

Meh sini kak omei nak cerita kat korang ye. Antaranya adalah :

a) VIVIX

Terdapat empat jenis mekanisme vivix iaitu:

1- Membaiki DNA

2- Mengurangkan keradangan

3- Meningkatkan penghasilan tenaga

4- Mencegah penghasilan protein AGE

Meh kak omei ceritakan mengenai Resveratrol. Apa tu Resveratrol??

Resveratrol adalah sejenis bahan kimia semulajadi (phytoalexin) yang dirembeskan oleh sesetengah tumbuhan sebagai agen pertahanan apabila diserang oleh pathogen seperti bakteria atau fungi. Resveratrol adalah sebahagian daripada satu kumpulan tumbuhan yang dipanggil polifenol.



ESP

ESP atau nama panjang dia adalah susu soya NonGMO mempunyai banyak kebaikannya. Untuk masalah kulit atau kecantikan, ESP membantu menjadikan kulit muka lebih berseri-seri dan menganjalkan.

Merangsang degenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.
Macam produk Loreal pulak kan??

Membaiki kulit wajah yang berpigmentasi atau jeragat.




GLA Complex

GLA Complex berperanan menjadikan kulit muka lebih sihat dan berseri-seri. Siapa yang tak mahu kan??? Sumber Borage seed shaklee ini ditanam khas secara organik.

Ianya juga digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan kestabilan dan keberkesanannya.

Terbukti secara klinikal mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.



VITAMIN E

Vitamin E ni mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat. Di antaranya adalah :

- Menghilangkan parut dan jeragat.

- Memperbaiki parut

- Mengurangkan jerawat

- Memulihkan tekstur kulit

- Memberikan tona kulit muka yang sekata

- Mengurangkan kedut dan garis halus.

- Membuatkan kulit nampak muda, melindungi kulit daripada kerosakan akibat radiasi uv matahari dan udara tercemar yang menjadi punca kedutan, jeragat dan juga kanser kulit.



VITAMIN C

Vitamin yang paling digemari ramai tau. Sebiji ada 500mg dan dilepaskan ke dalam

100mg setiap jam. Jadinya, badan kita akan menyerap vitamin C sebanyak yang boleh.Banyak manfaat vitamin C ni antaranya:

- Membentuk kolagen di badan

- Mencerahkan kulit yang kusam

- Menghilangkan kedutan

- Menghilangkan jeragat

-Merawat kulit kasar dan kering.

- Mengandungi bioflavanoid yang mana mampu mencerahkan kulit serta menghalan pigmentasi.

Banyak juga ye kak omei bebelkan. Meh klik gambar troli ye...



Untuk maklumat lanjut,



Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof



Sampai disini dahulu coretan kak omei, ada masa kak omei coretkan lagi. Assalamualaikum..

Isnin, 13 Februari 2017

Buah yang sangat bermanfaat dan terdapat di Tropika iaitu buah Betik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira bersama keluarga. Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang info mengenai satu jenis buah ni. Memang korang akan tahu punyalah..

Hehehehe.... Buah apa yer???

Buah betik atau dalam bahasa inggeris papaya adalah sejenis buah tropika yang paling berkhasiat dan menyihatkan. Kalau korang nak tahu lagi, betik membekalkan sebahagian besar nutrient yang diperlukan setiap hari seperti protein, mineral dan vitamin.

Buah betik kebiasaannya dimakan diwaktu pagu sebagai sarapan atau pun di makan segar sebagai pencuci mulut. Selain dimakan begitu sahaja, betik juga boleh dibuat jus ataupun jem. Namun terdapat juga betik yanh ditinkan bersama dengan sirap. Betik muda pula selalunya buat kerabu ataupun dijadikan sayur. Sedapnya kalau campur dengan rebung. Alahaiii...

Sekarang nih, meh kita tinjau pula kebaikan betik kepada kesihatan dan kehidupan kita. Antaranya adalah :

1- Menyihatkan paru-paru

Rupanya betik didapati boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Risiko kanser paru-paru adalah 27 peratus lebih rendah di kalangan orang yang mengambil makanan yang mengandungi karotenoid. Sebab itulah betik warna isinya jingga kemerahan. Ini kerana betik sangat kaya dengan karotenoid.

2- Menguatkan sistem imun

Buah betik mengandungi beta-karotena yang menghasilkan Vitamin A dan C. Vitamin-vitamin ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi sistem imun di dalam badan kita. Disebabkan itu, betik adalah pilihan yang baik untuk mencegah penyakit-penyakit yang mudah berulang seperti selsema atau jangkitan di telinga.

3- Baik untuk jantung

Betik bukan sahaja mengandungi vitamin A dan C jer. Tapi ada juga vitamin E tau. Kalau korang nak tahu la, ketiga-tiga jenis vitamin tu merupakan antioksidan yang sangat berkuasa.

Sepertimana yang kita tahu, apabila kolesterol dioksidakan, ia akan melekat di dinding pembuluh darah kita. Nutrien-nutrien inilah yang membantu menghalang kolesterol daripada teroksida dan melekat ke dinding pembuluh darah. Selain itu juga, nutrien tersebut menghalang pembentukan plak yang bahaya yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Betik juga sangat padat dengan serat. Pengambilan buah betik di dalam diet harian telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol yang tinggi yang mana selalunya dikaitkan dengan penyakit jantung.

4- Mencegah kanser usus

Betik berkhasiat di dalam mencegah kanser usus. Ini kerana, serat betik boleh mengikat toksin penyebab kanser di dalam usus dan menjauhkannya daripada sel-sel usus yang sihat. Folat, vitamin C, beta-karotena dan vitamin E buah betik dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser usus.

Nutrient-nutrient ini menyediakan perlindungan secara bersepadu kepada sel-sel usus daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Individu-individu yang berdepan dengan masalah kanser usus, digalakkan menambahkan buah betik di dalam menu harian bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan bagi membendung kanser usus.

5- Menghapus cacing

Merupakan petua orang dulu-dulu yang bermanfaat untuk kita ikuti. Di dalam buah betik muda ada enzim pencernaan yang kelihatan seperti susu iaitu papain. Ianya bersifat antihelmintik. Antihelmintik tu adalah ubat penghapus cacing dan antihelmintik dari buah betik berkuasa menghapuskan cacing bulat.

Selain daripada itu, biji betik juga berupaya membunuh cacing kerana kaya dengan bahn yang dinamakan caricin. Carisin juga merupakan ubat yang berkesan untuk menghapuskan cacing bulat.

Alkaloid karpain yang terdapat pada daun buah betik juga bermanfaat membunuh cacing di dalam usus.

6- Merawat gastrik

Papain merupakan enzim yang terdapat pada sebuah betik. Papain di dalam buah betik muda sangat bermanfaat mengatasi kekurangan jus gastrik dan mukus yang tidak menyihatkan, dispepsia dan iritasi usus. Buah betik yang ranum pula jika dimakan secara kerap mampu mengatasi masalah sembelit, pendarahan buasir dan juga cirit-birit kronik.

7- Biji Betik

Boleh dikatakan ramai orang yang tidak tahu bahawa biji betik boleh dimakan. Rupa dan rasa seakan-akan lada hitam. Biji betik bersifat antibakteria dan berkesan menentang bakteria E.coli, Salmonella dan jangkitan Staphylococcus. Buah betik juga mampu menyingkirkan parasit di usus, hati dan buah pinggang. Biji buah betik juga membantu menyingkirkan toksin. Boleh dijadikan alternatif kepada lada hitam.

8- Baik untuk wanita dan lelaki

Buah betik yang muda amat sesuai untuk kaum wanita yang sering mengalami senggugut dan juga berupaya melancarkan pengaliran serta membetulkan kitaran haid.
Rujuk di sini.

Buah betik juga kaya dengan likopena. Iaitu keratonoid ( pigmen antioksidan semulajadi) yang kebanyakkannya terdapat pada buah-buahan yang berwarna jingga dan merah. Selain dari buah betik, buah jambu, tembikai, tomato dan beberapa jenis buah lagi.

Buah-buahan yang kaya dengan likopena dan diambil bersama teh hijau sangat membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser prostat bagi orang lelaki.

Memilih untuk kerap makan buah-buahan yang kaya dengan likopena bersama teh hijau boleh menurunkan risiko pembentukan kanser prostat sehingga 86 peratus menurut penyelidikan yang disiarkan oleh Asia Pasific Journal of Clinical Nutrition.

Banyak juga manfaat yang kita boleh dapat daripada buah betik. Semoga artikel ini dapat membantu korang semua.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya menulis lagi... Assalamualaikum

9 Cara semulajadi melancarkan haid yang terlambat dan bonus kulit cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira selalu.

Aktiviti korang cuti ni buat apa? Kak omei macam biasa la, kerja rumah duk menunggu dengan setianya. Heheheh... Bila dah settle kerja rumah dan anak-anak, barulah ada masa untuk diri sendiri.

Hari ni kak omei nak kongsikan tip dengan korang. Tips apa tu??

Cara melancarkan haid yang terlambat. Siapa ada masalah macam tu??? Dulu kak omei memang ada pun masalah macam tu. Cumanya walaupun dia lewat tetapi tetiap bulan haid tetap datang. Cuma tak regular je la. Ikut suka jer dia nak mai bila-bila pun. Heheeh

Sebelum kak omei kongsikan tips dengan korang, kak omei kupas dulu sikit mengenai punca yang menyebabkan haid datang lambat. Seperti mana yang kita tahu, antara punca-punca haid datang lewat adalah

1- Perubahan rutin

Daripada biasa kerja siang, tiba-tiba kena kerja malam pula. Bila dah ubah rutin harian, hormon pun mula la tak seimbang. Kadang-kadang tu, bila kena ubah tempat pun boleh jugak haid datang lewat.

2- Pengambilan ubat pencegahan kehamilan.

Terdapat pelbagai bentuk ubat pencegahan kehamilan. Ada dalam bentuk biji, suntikan dan tampalan. Pengambilan ubat pencegahan kehamilan turut mengganggu hormon. Gangguan hormon tersebut adakalanya menyebabkan haid datang lambat ataupun tak datang langsung.

3- Masalah kelenjar Tiroid

Sesetengah daripada mereka yang mengalami masalah kelenjar tiroid juga terganggu hormon dia. Menyebabkan haid datang lambat.

4- Masalah kesihatan

Apabila tubuh tidak sihat, haid pun akan terganggu. Dan menyebabkan haid datang lambat dari yang sepatutnya.

5- Berat badan yang berlebihan

Ini juga salah satu punca yang terbanyak mengapa haid datang lambat. Kadang kala setahun cuma 4 atau 5 kali sahaja datang haid.

6- Penurunan berat badan secara mendadak.

Ini juga boleh menyebabkan haid datang lambat.

7- Senaman berlebihan

Terlalu buat senaman yang agresif pun akan mengganggu kitar haid.

8- Emosi yang stres

Apabila kita berada di dalam situasi yang bertekanan, hormon pun akan mengalami perubahan drastik. Boleh juga menyebabkan haid datang lambat.

Bila jadi macam tu, mesti korang rasa susah hati kan? Rasa tak selesa dan macam-macam lagi la. Kak omei pun pernah juga tak datang haid, itupun sebab bersalin dan menyusu anak. Pernah juga haid lewat disebabkan suntikan ubat perancang. Memang seriau giler kot!!

Antara cara atau kaedah yang korang boleh buat panduan adalah seperti berikut:

1) Bijan

Bijan atau nama lain dia lenga membantu melancarkan haid. Tetapi, tidak digalakkan diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan suhu badan meningkat.

2) Salmon

Ikan salmon adalah antara makanan kategori protein. Ianyabkaya dengan protein dan vitamin D. Membantu menstabilkan hormon.

3) Telur rebus

Telur pula adalah sumber protein, kalsium dan vitamin. Membantu untuk melancarkan haid korang jugak tau.

4) Susu soya

Susu soya mengandungi sumber protein yang membantu melancarkan haid.

5) Yogurt

Yogurt merupakan produk tenusu yang kaya dengan kalsium dan protein. Membantu untuk melancarkan haid yang terlambat.

6) Almond

Sedap tau kacang ni. Makan dengan ais krim aduuhh... Tapikan, almond pun kategori protein jugak kan??? Almond ni ada protein dan serat. Banyak membantu menyeimbangkan hormon di dalam badan.

7) Asam jawa

Sedapnya dapat minum air asam jawa ni. Tak sangka pula membantu melancarkan haid yang terlambat. Dah tu kurang la sikit darah haid yang ketul-ketul tu. Patut la, dulu kak omei pernah juga ambil air asam jawa ni. Tapi tak tahu pula boleh membantu melancarkan haid.

8) Betik

Buah betik pun membantu melancarkan haid yang terlambat.

9) Omega 3

Omega 3 ni membantu melindungi saluran darah di dalam ovari daripada kerosakan akibat ketulan darah yang terlekat atau tersumbat. Omega 3 juga membantu melancarkan haid yang tersumbat.

Tapikan terdapat satu lagi cara yang mudah dan menjimatkan masa. Apa dia???

GLA Complex.

Apa pula tu?? Ok, meh sini kak omei terangkan.

GLA Complex ni adalah campuran daripada Minyak Borage, Minyak sunflower, Vitamin E, Blackcurrent dan EPO.

Kesimpulan dia adalah GLA Complex ni untuk membantu memperbetulkan hormon di dalam badan. Disamping itu, dapat jugak la bonus kulit muka makin cantik dan membantu meningkatkan kesuburan.

Best kan???

GLA Complex juga mengandungi shakleeguard untuk antioksida yang berkesan. Vitamin E pula membantu untuk penyerapan yang maksima.

Satu lagi yang kak omei nak kongsikan adalah, vivix pun membantu untuk melancarkan haid. Vivix ni banyak membantu untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan korang semua.

Vivix juga mengandungi polifenol antacianin iaitu merupakan :

- Antioksida yang kuat.

- Antibiotik yang semulajadi.

- Agen anti inflamatori yang kuat.

Berbaloi-baloi kan????


Jika ingin membeli secara online, klik gambar troli di bawah ini.



Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof

Sampai di sini dahulu perkongsian kak omei. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum...

Khamis, 9 Februari 2017

9 Tips hilangkan parut jerawat secara semulajadi dan mencerahkan muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucàpkan kepada anda semua. Apa aktiviti anda tu??? Kak omei macam biasa la. Aktiviti tempat kerja dan di rumah. Memang tak habis la.

Hari ni kak omei nak kongsikan dengan korang tips yang korang boleh gunakan untuk korang hilangkan parut jerawat. Best kan???


Kebanyakkan daripada kita pasti akan mengalami masalah parut jerawat nih. Jika jerawat halus takpe la sangat kan. Ada setengah tu jerawat besar-besar dan bila dah pecah tinggalkan kesan parut berkawah bagai pulak kan???

Jerawat terjadi disebabkan oleh kuman yang bernama Corynebacterium. Kuman ini menyerang kulit yang lembap dan berminyak. Kulit muka yang berminyak atau lembap adakalanya disebabkan oleh perubahan hormon.

Apabila jerawat menyerang, kulit yang akan mengalami perubahan yang ketara seperti kusam, mengalami kesan penuaan ataupun menyebabkan pori-pori terbuka luas. Menambahkan lagi potensi untuk munculnya jerawat.

Tapi, bukan ini yang kak omei nak kongsikan dengan korang tau. Kak omei nak kongsikan  cara untuk hilangkan parut jerawat ni.

Ramai yang nak tahu kan???

Terdapat beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan parut. Parut ni ada beberapa jenis tetapi kak omei cuma fokuskan kepada parut jerawat. Terdapat pelbagai jenis parut jerawat iaitu dari lubang yang dalam ke parut yang mempunyai sudut atau berbentuk tajam seperti ombak.

Antara tips yang popular adalah :

1. Cuci Muka

Ini adalah step yang harus kita lakukan. Tak kira lah macam mana pun. Rutin yang tak boleh korang kata TIDAK. Walaupun balik tetengah malam sekali pun, muka harus di cuci sebaiknya. Barulah mudah parut di wajah korang memudar.

2. ALOE VERA

Sangat bagus untuk melebatkan rambut. Tetapi bukan itu sahaja tau. Aloe vera juga membantu di dalam pemulihan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Aloe vera juga boleh memgempiskan jerawat. Tetapi, ada kesan gatal sedikit namun lama kelamaan akan hilang sendiri.

3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis kebiasaannya korang lihat di dapur kan??? Almaklum la merupakan salah satu bahan makanan kita. Kena guna dalam kuantiti yang kecil je tau. Sebab akan menyebabkan kulit muka pedih dan merah.
Boleh dicampur dengan bedak sejuk macam citer Mok Cun tu tau. Depa pun pakai jugak bedak sejuk ni... Hehehehe

4. TIMUN

Bukan sekadar untuk dimakan jer, timun pun boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Kak omei selalu guna sebelum tidur. Buh kat mata. Hehehehe... Sejuk je tau. Timun ni kaya dengan khasiat dan zat besi seperti Vitamin A dan Vitamin
C serta magnesium.

5. KIUB AIS
Selalunya kita buat ais kiub ni untuk menyejukkan minuman atau makanan. Tetapi, ais kiub ni pun boleh digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan parut jerawat. Sebelum tertinggal, ais kiub pun mampu meredakan kemerahan di muka.

6. CUKA EPAL

Baru pertama kali dengar cuka epal boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Cara nak guna, hanya buatkan cuka epal sebagai toner. Seeloknya buat pada waktu malam. Ini mungkin disebabkan untuk mengelak bau yang kurang menyenangkan.

7. BEDAK SEJUK

Siapalah yang tidak kenal dengan bedak sejuk kan?? Kalau korang suka tengok citer Mok Cun tu, pasti korang tau kan?? Tengok!! Mok Cun pun guna bedak sejuk juga tau, siap pasarkan ke luar negara lagi tu. Heheheh...

8. LEMON

Lemon selalunya digunakan untuk membuat kek. Tak pun ikan kukus. Alahai sedap la pulak!!! Lemon pun boleh hilangkan parut jerawat jugak tau. Lemon ni mengandungi asid alfa hidroksil semulajadi. Sangat membantu di dalam pertumbuhan kulit baru dan mengurangkan parut.

9.  VITAMIN E

Ini memang sudah pun dikenali ramai. Merupakan vitamin penjaga kulit.

Vitamin E ni memang vitamin yang sangat digemari oleh wanita. Tetapi kini, kaum lelaki turut mengambilnya. Vitamin E juga membuatkan pengamalnya nampak muda dan juga mengurangkan parut. Membuatkan kulit cantik dan berseri.

Antara kandungan vitamin E Complex ni adalah d-alfa-tokoferol yang asli daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Selain itu juga, ada mengandungi selenium yang berfungsi melengkapkan lagi fungsi vitamin E.

Setiap sebiji kapsul lembut Vitamin E memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10 mcg Selenium. Memang berbaloi bukan???



Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin antioksidan. Memberi bekalan vitamin C yang tulen kepada badan kita. Vitamin C Shaklee mengandungi sistem pembebasan  terkawal. Setara dengan sebiji setengah oren setiap jam selama 5 jam. Memang terbaik bukan???

Vitamin C juga membantu dalam pembentukan kolagen tubuh kita. Sebab tu, kulit nampak cantik dan cerah. Parut pun kurang tau.




VIVIX

Vivix merupakan antara suplemen yang boleh dikatakan laris jugak la. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka telan biji atau kapsul. Mudah dan cepat.

Vivix juga mengandungi 10x ganda lebih hebat dari Resveratrol. Membantu melambatkan mekanisme utama dalam proses penuaan.

Artis pun ada ambil vivix tau. Hehehe...



COLAGEN POWDER

Collagen powder dari shaklee ni istimewa sikit. Nak tahu kenapa???

Collagen powder ni di ekstrak daripada sisik ikan merah. Ikan merah ni ikan yang memang tahan dengan tekanan sehingga 20 paun. Ikan merah pula hidup bebas dan bertelur di laut dalam. Merupakan sumber kolagen yang elastik dan tahan lasak. Jisim molekul sangat rendah dan memudahkan penyerapan.

Collagen powder membantu memudarkan parut dan mencerahkan.

Itu adalah antara tips atau panduan yang korang boleh buat.



Jika ingin membeli secara online, boleh klik di gambar troli di bawah


Image result for cara buat butang esell




Jika inginkan lebih lanjut, boleh hubungi kak omei



Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof



Ada masa kak omei kongsikan lagi ye. Assalamualaikum...

Selasa, 7 Februari 2017

Kaedah merawat serangan strok secara semulajadi dan terbukti selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap korang semua sihat dan gembira selalu. Hari ini, kak omei nak berkongsi info mengenai cara untuk merawat strok. Bahaya kan penyakit tu??

Kalau korang nak tahu, strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Tambahan pula strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Tetapi,majoriti di Malaysia, orang dewasa yang menghidapinya. Serangan strok dianggap sebab utama kepada kehilangan upaya yang teruk.


Seperti mana yang korang semua tahu, otak merupakan pusat kepada saraf tubuh kita. Untuk berfungsi dan bekerja, otak memerlukan bekalan darah secara berterusan yang membawa oksigen dan nutrient yanh penting.

Serangan strok berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen. Ianya kebiasaannya berpunca daripada saluran darah kepada tisu otak tersumbat ataupun berlaku pendarahan di dalam otak.

Bahaya kan??? Dengar je pun dah gerun.

Terdapat dua jenis strok tau. Strok yang saya maksudkan tu adalah

1- Iscaemic strok

Strok Iscaemic disebabkan oleh saluran arteri yang membekalkan darah yang mengandungi oksigen ke tisu otak kita tersumbat disebabkan oleh darah beku.

2- Haemorrhagie strok

Stok ini pula berlaku disebabkan oleh salur darah di dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan.

Sekarang ni, kak omei kongsikan dengan korang tanda-tanda yang mungkin akan dialami semasa terkena serangan strok.
Di antaranya adalah :

1- Tidak dapat mengimbangi tubuh badan apabila berjalan.

2- Penglihatan menjadi kabur, gelap ataupun objek menjadi dua.

3- Muka menjadi senget dan menyebabkan berlakunya masalah pertuturan.

4- Mengalami masalah kebas,lemah atau lumpuh sebelah badan.

Terdapat beberapa punca yang sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan berlakunya serangan strok. Punca-punca tersebut terbahagi kepada risiko yang boleh diubah dan juga risiko yang tidak boleh diubah.

Risiko yang boleh diubah terdiri daripada:

1- Tekanan darah tinggi

Untuk mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,selalunya tidak ada sebarang simptom yang khusus. Jadi, sangat penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah. Jika ada alat pemeriksaan di rumah, boleh la ambil tiap-tiap hari. Jika tiada, buatlah temujanji dengan doktor.

2- Merokok

Risiko diserang strok akan menurun dengan serta-merta jika korang berhenti merokok.

3- Penyakit kencing manis

Sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis, ianya akan meninggikan risiko untuk mendapat serangan strok. Jadi, kawal pemakanan dan lakukan aktiviti fizikal setiap hari.

4- Kolesterol

Saluran darah yang sangat halus boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Penyumbatan kebiasaannya disebabkan oleh kolesterol. Apabila kolesterol tersumbat di dalam salur darah, bekalan darah ke otak boleh terganggu dan seterusnya menyebabkan serangan strok.

5- Obesiti

Jika korang mengalami masalah berat
yang tidak terkawal, akan meninggikan lagi risiko mendapat serangan strok. Jadi, kawal berat badan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti senaman yang berterusan.

Risiko yang tidak boleh diubah pula terdiri daripada :

1- Umur

Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda untuk mereka yang berumur melebihi 55 tahun. Selalunya unur begitu, hampir-hampir hendak bersara. Uitt... Kena berwaspada ni...

2- Genetik

Jika salah seorang daripada keluarga korang yang terdekat pernah mendapat serangan strok, kemungkinan besar korang berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok juga. Keluarga terdekat tu seperti ayah, adik, nenek dan sebagainya.

3- Jantina

Kebiasaannya kaum lelaki adalah yang tertinggi mendapat serangan strok jika hendak dibandingkan dengan kaum wanita. Tetapi, kaum wanita lebih ramai yang meninggal dunia akibat serangan strok berbanding dengan kaum lelaki. Isk..Isk.. Risau ni. Kak omei pun ada saudara terdekat yang mengalaminya.

4-  Sejarah serangan jantung atau strok

Mereka yang pernah mendapat serangan jantung atau strok lebih berisiko tinggi berbanding dengan mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Di sini kak omei sertakan tips-tips untuk mencegah serangan strok ye.


1- Jika korang ada masalah tekanan darah tinggi, kawal tekanan darah tinggi korang secara optimum. Jangan dibiarkan semakin meningkat.


2- Jika korang ada masalah kencing manis, jangan dibiar bacaan gula menaik. Kawal pemakanan dan buat aktiviti senaman.

3- Buat pemeriksaan kolesterol. Jika tahap kolesterol berada di tahap yang memerlukan pengambilan ubat, ambil sahaja yer. Boleh mengurangkan serangan strok.


4- Rawat masalah stres atau tekanan korang dengan betul.


5- Konsisten melakukan aktiviti senaman. Senaman aerobik dikatakan mampu mencegah strok.


6- Jika korang ada merokok, cuba kurangkan. Jika boleh, korang boleh ikuti klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan.


7- Tangani masalah obesiti menerusi pengambilan makanan yang sihat.



Itulah antara tips-tips yang kak omei kongsikan dengan korang. Tetapi kan, apabila korang dah lakukan perkara di atas tu, apa kata korang tambah lagi satu benda.



Apa tu????

Yang kak omei nak cerita tu adalah mengenai vivix. Banyak juga testimonial mengenai pesakit yang terkena strok yang mengambil suplement vivix ni. Antaranya adalah


 

Ini adalah di antara testimonial yang dapat kak omei sertakan. Banyak membantu bukan???


Seperti mana yang korang semua tahu, Vivix mengandungi Resveratrol dan gabungan polyphenol. Membantu mengelakkan tubuh kita daripada diserang berjuta-juta radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan DNA tau. Tambahan pula ramuan yang terkandung di dalam vivix membantu melindungi dan memperbaiki selular DNA.

Jika ingin dapatkan secara online, klik di butang troli ye...









Image result for cara buat butang esell

Haaaa..... Banyak juga perkongsian kak omei kali ni. Semoga perkongsian ini membantu untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan kita semua.


Jika korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh


Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof



Tetapi, jika korang ingin dapatkan 20% penjimatan, apalagi wasap kak omei okey!!


Sampai di sini dahulu perkongsian kak omei. Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom kita sama-sama menjayakannya. Assalamualaikum...

Ahad, 5 Februari 2017

10 tips mengurangkan rasa bosan apabila berada di pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap korang semua gembira dan ceria selalu. Kali ni kak omei nak kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Dengar pun macam pelik kan?? Ok lah, kak omei nak kongsikan tips bagaimana untuk mengurangkan kebosanan semasa mengadap komputer

Of course la, kekadang tu mesti ada perasaan bosan tu kan??? Iye la, duk mengadap benda yang sama hari-hari. Ditambah pula dengan bebanan kerja da deadline memang menambahkan lagi kebosanan la.

Jom kita lihat tips-tips nya.


1. REHAT SEKETIKA

Untuk menghilangkan rasa bosan semasa mengadap komputer adalah dengan berhenti seketika daripada melakukan kerja. Cuba lakukan gerakan-gerakan kecil untuk merehatkan otot kaki, tangan dan bahu. Urut perlahan leher anda atau lakukan bersama-sama teman sepejabat.


2. PERMAINAN KOMPUTER

Bermain komputer game. Apabila bermain akan membuatkan fikiran kita menjadi segar. Secara tidak langsung, akan mengembalikan tumpuan kerja kita selepas itu. Tapi, jangan lupa ye, jangan terlalu leka sehingga lupa pada kerja.
Nanti dimarahi dengan bos pula. Bertambah stres jadinya...


MELAYARI INTERNET


Yang ni memang menjadi kesukaan kot! Korang boleh cari maklumat-maklumat di internet. Cara sebegini mampu mengurangkan rasa bosan dan boleh memberikan idea baru. Sambil tu korang boleh la memuat turun bahan-bahan dari internet yang berkaitan dengan kerja anda mahupun sekadar hiburan sahaja.


4. MENONTON TELEVISYEN

Pejabat korang ada televisyen tak?? Pejabat kak omei ada tapi jarang boleh tengok. Tapi kalau kat tempat kerja korang ada televisyen, boleh la atasi masalah bosan korang tu. Korang boleh la menonton rancangan kegemaran korang seperti hiburan, filem atau berita terkini. Tetapi awas yer, jangan melampaui batas.


5. MINUM

Kalau tempat kerja korang ada pantri, boleh la juga bancuh air kopi atau nescaffe kan?? Mengadap komputer lama-lama pun akan menyebabkan mata bertambah mengantuk. Bancuhlah air kopi panas untuk menyegarkan tubuh korang semula.


6. BERBUAL-BUAL

Aktiviti yang disukai ramai tu. Ajaklah teman sepejabat korang berbual-bual seketika. Gosip pejabat adalah bahan bualan yang paling menarik untuk menghilangkan rasa bosan dan letih. Namun jangan la keterlaluan sangat tau.


7. MEMBACA

Aktiviti membaca pun boleh mengurangkan rasa bosan di pejabat. Cuba korang buka buku-buku bacaan yang bersesuaian seperti kesihatan, hiburan, motivasi dan sebagainya untuk memgelakkan masalah kebosanan.


8. MENULIS

Aktiviti yang kak omei suka buat tau. Kalau korang nak tahu, berdasarkan penyelidikan oleh ilmuan, menulis dengan memakai pen di atas kertas sama ada dalam bentuk tulisan atau gambar dapat mengurangkan tekanan dan aura negatif dari badan.


9. JALAN-JALAN

Cuba korang ambil masa sekejap untuk menghilangkan rasa bosan dengan berjalan-jalan di sekitar pejabat ataupun jauh sikit, keluar dari pejabat. Lebih elok sekiranya korang berjalan kaki ke kedai buku atau melihat permandangan untuk mengambil angin. Ingat!! Jangan merewang ke tempat lain.


10. TELEFON

Masa yang ada tu bolehlah kita telefon mak ayah kita untuk tanya kesihatan mereka. Tidak pun telefon kawan-kawan. Disamping salah satu terapi, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.


Banyak juga tips yang kak omei sertakan. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Seronok tau bila dapat bantu orang. Terasa kepuasannya....

Nanti kak omei kongsikan lagi cerita dengan korang yer... Assalamualaikum...