Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Kenangan sewaktu melakukan praktikal di Pauh bersama rakan

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Ada yang akan kembali ke rumah semula setelah bercuti. Ada yang kena masuk kerja dah. Saya pun balik kampung juga. Dalam perjalanan nak balik ke rumah, singgah sebentar di Pauh. Berderet kedai menjual pelbagai barangan. Dulu, sewaktu saya praktikal di sini, payah la nak jumpa deret kedai sebegitu. Banyak yang masih menjadi hutan. Sekarang ni, dah ada rumah taman lagi tau. Memang banyak la perubahan dalam masa 18 tahun.
Di kawasan sini ada satu kedai makan yng sentiasa saya dan kawan-kawan kunjungi sewaktu buat praktikal di sini. Saya buat praktikal apa yer??? Sebelum saya bergelumang dengan kesihatan, saya bergelumang dengan pembinaan. Saya ambil kursus awam pembinaan. Memang cara dan penampilan tu seperti lelaki la. Hehehehe....

Kadang-kadang tu bila makan, ada jer orang yang tolong bayarkan. Memang murah rezeki sungguh la. Almaklum la bila praktikal kena keluar belanja sendiri. Tak da…

Kenduri kesyukuran di rumah mertua serta jemputan yang ramai

Imej
Kemas rumah

Assalamualaikum. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Apa aktiviti korang time cuti-cuti nih?? Saya takde aktiviti sangat,cuma ada kenduri kecil-kecil di rumah mertua saya.

Pagi-pagi lagi saya dah bangun untuk mengemas rumah. Almaklum la, kalau nak balik pun lewat malam. Jadinya, masa yang ada tu dapat jugak la saya gunakan untuk mengemas apa yang patut.



Mekap time


Lepas je siap mengemas, saya mandikan anak-anak dan siapkan mereka. Lepas tu, saya pula siapkan mekap. Bukan mudah, namun saya cuba juga. Alhamdulillah, saya sudah semakin mahir. Seronok pula bila lihat wajah di cermin. Comei jer..



Kenduri

Sekali dengan anak-anak interfrem sekali. Biasa la, bila ibu dia pegang kamera, anak-anak pun meroket ke sisi. Yang kecik tu pun bukan main lagi...

Seronok sangat bila dapat lihat wajah-wajah ceria mereka. Banyak ragam dan keleteh yang perlu dipenuhi.

Ok lah, dah nak kena pergi ni... Nanti lewat pulak.. Assalamualaikum...



Posted via Blogaway