7 Tips Kecantikan Dengan Hanya Menggunakan Madu Asli Semalaman.

November 16, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama jugak akak tak menulis kan? Semak balik blog akak. Hehehe.. Kali ni akak nak kongsikan tentang tips kecantikan dengan korang. Mesti korang teruja kan?? Harusss...

Akak nak kongsikan pelbagai tips kegunaan madu lebah untuk kecantikan. Madu lebah ni bukan untuk kesihatan sahaja tau. Kecantikan pun boleh jugak. Tak semua tahu kegunaan madu lebah untuk kecantikan. Haa... Sapa-sapa yang ada madu lebah tu boleh la praktikkan tau.

Tips yang akak nak kongsikan ni boleh dilakukan sebelum tidur. Nak tahu apa yang madu lebah boleh lakukan? Meh sini akak nak cerita ni.

1. Bibir kering


Untuk siapa yang mengalami masalah kekeringan pada bibir boleh cuba tips ni. Sapu nipis madu pada bibir sebelum masuk tidur. Apabila bangun tidur nanti, korang akan dapati bibir korang lembut dan licin.

2. Jerawat

Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat pula, sapu madu pada tempat yang berjerawat dan lindungi dengan pembalut luka. Biarkan selama semalaman. Bangun pagi esok tu, korang basuh dengan air.

3. Pecah hujung rambut

Untuk mereka yang mengalami masalah sebegini,korang boleh la cuba tips ni. Ambil madu dan campur dengan minyak zaitun. Campuran madu dan minyak zaitun disapu dihujung rambut yang terpecah untuk menambahkan kelembapan dan merawat kekeringan.

4. Kulit berseri

Campurkan satu bahagian madu dengan dengan dua bahagian gel lidah buaya. Sapu dimuka sebelum masuk tidur. Bangun pagi nanti mesti korang rasa lembap jer muka. Cubalah..

5. Haluskan rambut

Korang campurkan madu dengan teh chamomile. Lepas tu korang spray di rambut dan pakai sarung kepala. Biarkan semalaman.

6. Parut

Sapu madu nipis-nipis pada kawasan berparut. Biarkan semalaman. Akak memang ada parut czer. Tapi sebab akak amalkan Vitamin C dari shaklee, semakin pudar dah parut akak. Takde keloid jugak.

7. Bintik hitam

Haa... Yang ni memang ramai orang yang hadapinya. Geram jer kan bila tengok kat cermin. Macam nak kikis jer kawasan tersebut. Nanti dulu!! Ada cara dia.

Campurkan madu dengan jus lemon. Sapu dikawasan yang ada masalah bintik hitam tu. Lepas tu dibiarkan semalaman.

Boleh cuba ni. Kurang la sikit bintik hitam tu. Heheheh...

Tu dia... Banyak sungguh madu lebah ni punya khasiat. Akak pun rasa seperti nak buat jer. Almaklum la,madu lebah memang ada pun dalam peti sejuk rumah akak. Heheheh...

Cukup setakat ini dahulu perkongsian akak. Lepas ni akak kongsikan lagi tip-tips dan info mengenai kecantikan semulajadi.

Assalamualaikum...

You Might Also Like

24 ulasan

  1. Best nye..saya nak try tips utk bintik hitam tu la..mana tau lama2 makin pudar..hehe thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, nanti share tau feedback dia. Akak pernah guna untuk masalah bibir kering. Memang smooth jer bibir akak. Siap boleh pakai lipstik jenis matte lagi.

      Padam
  2. Banyak kan manfaat madu ini. Ramai yang lupa pasal manfaat madu yang banyak so thanks sebab share info ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Betul tu, kadang-kadang tu kita terlupa ada cara tradisi yang boleh kita aplikasikan untuk beberapa masalah kesihatan atau kecantikan.

      Padam
  3. Wah.. bagusnya top ni kat umah mmg ada madu tapi xgunapun, lps ni kena amalkan semua tiap2 di atas,tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Dipersilakan dengan gembiranya. Nanti jangan lupa share tau.

      Padam
  4. Biasanya kita x sedar yang di keliling kita banyak solution utk kecantikkan tanpa modal pun..sebab apa..sebab kita especially wanita dh biasa dimomok kan dengan product2 hebat di pasaran kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SA. Saya setuju sangat dengan statement SA. Sebab tu saya cuba cari tips yang menggunakan sumber di dapur atau di halaman rumah. Kalau madu tu, kena masuk hutan pulak la. Heheheh

      Padam
  5. I really need one now to have a healthier hair. Learn some tips here. Thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome. Hope ur enjoy having this tips.

      Padam
  6. Bal tau yg madu boleh buat macam2. Tapi tak pernah pulak Bal sapu kat muka. Hegehehe... Nak try lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Cuba bal cuba. Akak memang duk sapu tapi takde la tiap-tiap malam. Heheheh.... Muka lembap jer. Jerawat pun sukar nak timbul.

      Padam
  7. Memang madu banyak kebaikan dan manfaat. Kene amalkan selalu dan konsisten baru ada hasil. Btw, kena pakai madu pure ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bella. Konsistan tu sangat penting. Sebaiknya madu asli Bella, barulah hasil pun gempak. Heheheh... Kat rumah memang ada sebotol madu asli. Duk sapu bibir je. Kadang-kadang jer sapu muka.

      Padam
  8. Tapi la kan... macam mana nak detect ianya madu asli atau yang palsu?

    Kalau madu asli, bawa balik rumah... Sure kena halau dengan isteri hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau MADU tu jangan cari pasal lah yer. ada beberapa ciri yang boleh dikenalpasti. Selalunya bau madu asli ni kuat dan menyengat. Lagi satu, bila madu asli dimasukkan ke dalam air suam, ia tidak akan pecah atau air suam itu jernih sebelum dikacau.

      Padam
  9. Yes kita ada baca tentang madu boleh merawat wajah ni bagus info ni adakah madu tertentu seperti madu kelulut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya khusus kepada madu asli yang diperolehi dalam hutan tu.

      Padam
  10. Banyak khasiat madu yang kita tak tahu sebenarnya, selalunya madu kinah amalkan bila batuk je. Rupanya banyak lagi khasiatnya. Terima kasih kak kongsi tips ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madu ni bukan untuk kesihatan jer, kecantikan pun boleh. Tak semua tahu pun. Akak pun sebab dulu abah akak suka sangat cari madu asli. So, akak pun cari info. Ada yang memang dah lama akak amalkan.

      Padam
  11. Semua masalah kt atas tu...mcm semua mummy hado. Nak nangos kejap tepi bucu katil ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, mummy jangan nanges ye... Masih belum terlambat untuk mencuba. Tiada istilah terlambat. Buat jer...

      Padam
  12. yes honey has always been a good medicine, i always use it for sore throat! haha

    Which Income Group Do You Belong To?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ur right. Now, u can know more info about honey.

      Padam