Overnight oats yang paling simple dan mudah penyediaannya.

Jun 17, 2017

Assalamualaikum dan salam 22 Ramadhan. Semoga semakin membara semangat korang mencari malam Lailatul Qadar. Semoga bertemu nanti. Esok adalah hari sabtu, namun anak-anak perlu ke sekolah kerana hari jumaat depan adalah hari cuti.

Jadi, dapatlah ibu bapa rancang untuk memulakan perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri. Akak omei memang orang sini, en suami pun orang sini. Memang takde masalah la nak balik beraya, sebab boleh sampai je dlm masa sehari kedua-dua tempat tersebut.

Alhamdulillah kan!

Memandangkan esok cuti, hari ni akak omei nak kongsikan resepi overnight oats. Sedap tau!

Overnight oats ni mudah sahaja penyediaan dia. Tidak perlu dibakar atau dikukus. Hanya memerlukan peti sejuk sahaja untuk menyejukkannya. Mudahkan?

Tanpa membuang masa, akak omei kongsikan dengan korang bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan overnight oats ni.

Bahan-bahan penyedian overnight oats


= 1 cawan oat

= 250ml susu (korang boleh guna apa sahaja susu kesukaan korang. Low fat ke, full cream ke)

= 1 sudu besar yogurt

= Madu/sirap maple secukup rasa

= 1/2 cawan buah kering. (kalau korang nak guna buah stoberi ka bluberi ka ikut la kesukaan korang la. Buah kiwi pun boleh)

= Kekacang mengikut pilihan (kismis ka, kurma ka, buah prun ka, biji labu ka pun boleh guna. Nak buh badam pun boleh?


Tengok tang bahan-bahan pun dah membuatkan perut akak omei lapar dengan tetibanya.. Aduiii....

Overnight oats
Sekarang ni, akak omei ajarkan pula cara untuk melakukan overnight oats ni.. Meh lihat disini tau...


Cara melakukan overnight oats:


1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kaca kecuali buah-buahan segar. Buah-buahan segar tu seperti stoberi, bluberi tu la.

2. Kacau bagi rata. Lepas tu kat atas tu taburlah buah-buahan segar tu. Ikut suka la nak buh banyak mana pun. Lepas dah buh buah-buahan segar tu, korang tutup la botol kaca tu dengan penutup. Korang kena simpan kan botol kaca overnight oats tu dalam peti sejuk dan dibiar semalaman.

3. Lepas tu apa lagi, ngap je la. Haa... Mudah kan!

Overnight oats
Ini adalah overnight oats versi simple. Ada yang jenis buat layer by layer. Kali ni punya resepi akak omei kongsikan yang simple je tau. Lain kali akak omei kongsikan overnight oats versi layer by layer.

Apa tunggu lagi, lekas-lekas la ke dapur untuk sediakan overnight oats ni. Guna je apa yang ada kat dapur tu. Jangan buh rempah ratus sudah lah... Hehehehe...

Overnight oats versi layer
Sampai disini dahulu akak omei berceloteh. Nanti akak omei kongsikan lagi resepi versi yang lain pulak tau. Kalau dah buat tu, meh la bagi komen dengan gambar sekali. Hehehehe... Boleh la jamu mata akak omei pulak.

Sampai kita berjumpa lagi. Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan