Makanan Penambah Tenaga Yang Sesuai Diambil Sewaktu Berpuasa di Bulan Ramadhan

Jun 02, 2017

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Baru dapat memunculkan diri. Mesti korang rindukan akak omei kan??? Time hujung-hujung bulan dan awal bulan adalah waktu yang sangat sibuk. Ada je perkara-perkara yang tidak diundang menjadi keutamaan. Alhamdulillah dapat diharungi dengan penuh kesabaran.

Korang dah berpuasa berapa hari?? Harap tu korang puasa penuh tau. Tak baik tau puasa main-main. Lagipun dah besar panjang kan?? Tapi ada jugak yang menghadapi masalah untuk berpuasa. Yang mana tidak dapat berpuasa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tu, tak mengapalah. Tapi lepas ni kena ganti balik la yer....


Kali ni akak omei nak berkongsi dengan korang satu info nih. Nak dijadikan cerita, tahun ni adalah tahun pertama akak omei berpuasa dengan set Ramadhan dari Shaklee. Makanan Penambah tenaga ini sangat sesuai diambil oleh mereka yang berpuasa. Bukan itu sahaja, lepas bulan puasa pun boleh diambil. Sebelum ni tak sempat nak beli sebab ada jer masalah yang timbul. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Jadinya, akak omei tak sabar nak berkongsi dengan korang tentang Makan Penambah tenaga ni.


Ok, di sini akak omei sertakan gambar Set Ramadhan ni untuk tatapan korang semua tau.


Image result for set ramadhan shaklee
Makanan Penambah Tenaga


Setiap satu produk di atas mengandungi pelbagai fungsi dan nutrien yang sangat diperlukan oleh badan kita. Tambahan pula dalam keadaan kita berpuasa. Tetapi!!!! Jangan pula salah anggap yer. Makan suplemen bukan beerti tak perlu makan nasi, tak perlu senaman, tak perlu makan ubat yer!!!! Bila sakit kena makan ubat. Suplemen hanyalah tambahan untuk membantu menambah nutrien yang kurang daripada badan kita. 

Sebelum kita masuk lebih ke dalam, akak omei nak konsikan dengan korang tip-tip semasa bulan Ramadhan. Boleh baca di sini tau.


Sekarang ni, meh akak kongsikan setiap satu  Makanan Penambah Tenaga yer. Akak kongsikan mengenai :


ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP adalah merupakan makanan tambahan yang berasakan soya. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dari jenis non-GMO. Non-GMO itu sendiri bermaksud bahan makanan itu sendiri tidak dicampur dengan bahan kimia yang berkemungkinan memudharatkan kesihatan. Dah faham kan?? Tambahan pula ESP berada di dalam Program Pengekalan Identiti. Program ini juga memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.  Bukan sembarangan tau

Kalau korang nak tahu, setiap hidangan ESP membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Setiap 850 gram dihasilkan daripada 30 kilogram kacang soya. Ditambah dengan sembilan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dikenali sebagai Asid Amino Perlu. Asid Amino Perlu ini harus diperolehi dari sumber pemakanan. 

Protein sangat penting untuk tumbesaran badan kita. Apabila berlaku kekurangan potein di dalam badan, akan menjadikan sistem imun tidak kuat melawan jangkitan, kehilangan kepejalan otot, masalah penghadaman, masalah penghasilan hormon dan darah dan pelbagai masalah lain lagi. Pentingkan protein untuk tubuh badan kita??




MEAL SHAKES

Meal Shakes adalah minuman kesukaan anak akak omei. Mereka suka minum apabila dicampur dengan susu mahupun milo. Sedap tau!!!... Meal Shakes ni terdiri daripada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Meal Shakes ni pula diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin ni adalah bahan yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah pula diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi ke peringkat dewasa.

Disebabkan itu, Meal Shakes sangat sesuai dijadikan sarapan pagi. Kalau bulan puasa ni, waktu sahur la yer...Meal Shakes ni juga kaya dengan antioksidan. Mengandungi Vitmin A,C,E, Zink, Selenium. 
Bukan itu sahaja, Meal Shakes juga mengandungi Biotin, asid folik, kalsium dan magnesium. Membantu didalam tumbesaran. 





PERFORMANCE

Performance Drink ni adalah minuman pemberi tenaga. Sangat sedap dan ada perisa oren tau. Minum sejuk-sejuk lagi best. Tambahan apabila minum semasa berbuka puasa, memberi tenaga tau!!. Performance Drink ni juga membantu tubuh kita agar menjaga kestabilan bendalir supaya tidak kering. Jadi, kuranglah rasa dahaga dan lapar tu. Membantu juga di dalam sistem neuromotor kita iaitu sistem saraf dan otot. Sebab itulah, Atlet Amerika meminum Peformance Drink ni tau. Bukan setakat atlet jer, Angkasawan juga menikmati Performace drink ni semasa mereka berada di angkasa.

Performance drink ni membantu meningkatkan daya ketahan badan dengan memberi tenaga kepada otot dan sel.  Selain itu juga, Performnce Drink ni juga mencegah berlakunya penyahidratan. Kulit pun nampak lembap je la. Jangan tak tahu, Performance drink ni mengekalkan paras gula juga tau. Jadinya takde la nak rasa pening, pitam dan letih yang keterlaluan.





LECITHIN

Lecithin juga dihasilkan daripada kacang soya non-GMO. Setiap kapsul Lecithin mengandungi 520 miligram lecithin soya termasuk 80 miligram kolin dan 48 miligram inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Lecithin sangat bagus untuk melindungi hati daripada enapan, sirosis hati dan membantu memulihkan kesihatan hati. Leithin juga membantu memecahkan lemak dan kolesterol. Jangan tak tahu, Lecithin juga mencantikkan otot dan kulit juga. Menghaluskan dan melembapkan kulit untuk mencantikkan kulit serta mengaktifkan metabolisme sel.

Banyak sebenarnya jika hendak diceritakan fungsi dan manfaat Makanan Penambah Tenaga ni. Ini hanya baru sedikit sahaja ni. Meh akak kongsikan testimoni untuk korang lihat.

Image result for set ramadhan shaklee
Makanan Penambah Tenaga








Cukup sampai di sini dahulu perkongsian akak omei yer. Ada masa akak kongsikan lagi. Semoga puasa tahun ini dapat dinikmati dengan lebih baik lagi. Sebelum terlupa, jika ingin membeli secara online, boleh klik gambar  dibawah ni.




Jika ingin bertanya atau mengetahui dengan lebih lanjut, sila

WHATSAPP/TELEGRAM/SMS

016-5003075


#pengedarshakleeutara
#akakgunaakakkongsi


Ada masa akak kongsikan lagi yer kisah-kisah menarik.... Assalamualaikum...








You Might Also Like

0 ulasan