Kisah Berbuka Puasa Bersama Saudara Yang Tinggal Di Paya.

Jun 18, 2017

Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan. Kali ni akak omei nak kongsikan kisah berbuka puasa pulak. Asyik-asyik buka puasa di rumah je kan. So, kali ni family akak omei decide nak berbuka puasa di rumah saudara mereka di Paya.

Sebelum bertolak, kami semua pergi ke kebun dahulu. Ada kerja- kerja menyiram yang perlu dilaksanakan. Nanti kering dan layu pula sayuran cili. Kesian mereka kan?

Kami semua bertolak pada pukul 6.40 petang dah. Kalau ikut tu tak sempat nak berbuka puasa dah. Mujur jalan tak sesak. Smooth je. Alhamdulillah..

Menu berbuka puasa

Sampai di Paya pada pukul 7.15. Apa lagi bergegas la memotong dan menyusun menu berbuka puasa. Antara menu yang ada adalah ayam masak ros, sup daging lembu, sambal kuinin, ikan sumbat bakar, ulam rebung. Ada pencuci mulut juga tau. Nak tahu tak apa dia?

Jeng..Jeng..Jeng...

Sudah pasti la buah harum manis. Sedap tau. Disamping tu ada cucur jemput-jemput pisang emas. Bertambah jugak la akak omei makan nasi. Mungkin sebab berbuka puasa ramai-ramai, jadi feel dia lain la sikit.

Sambal Kuinin

Buah Harumanis

Si kecik makan nasi sampai penuh dengan baju seluar. Tak padan dengan umur, nak makan sendiri. Jika akak omei tak bagi, dia bebai pulak. Haruuu...

Si kakak pulak dengan cara dia. Nak makan bubur kanji sahaja. Entah kali ke berapa pun tak ingat dah. Pelbagai ragam jika ada mereka berdua ni sewaktu berbuka puasa.

Setelah selesai acara makan, apalagi kelam kabut pula mengemas dan solat maghrib. Dah siap, apa lagi acara menyembang pulak la.

.

Sambil menyembang tu ada pula terselit kain langsir raya, baju raya serta kuih raya. Haaa.... Bab ni memang wajib kot. Saudara mereka tak sedondon kali ni. Seorang minat warna hijau, seorang minat warna merah. Saudara family akak omei ni pandai menjahit langsir dan baju. Langsir biasa-biasa je la. Tapi kreatif. Dia jahit sendiri jer langsir dia. Mudah kan??

Sambil-sambil menyembang tu, sambil makan jemput-jemput. Cucur berbuka puasa tadi tu la. Heheheh

Lepas isyak baru kita orang bertolak balik ke rumah. Di dalam kereta, masing-masing melayan perasaan. Akak omei dengan si kecik, tidur dalam kereta. Mengantuk pulak setelah seharian tidak tidur sebab siapkan task. Nikmatnya jika dapat tidur tau!

Jemput-jemput pisang

Ok lah korang, sampai disini dahulu kisah akak omei semasa berbuka puasa di rumah saudara. Ada masa nanti akak omei kongsikan lagi ye.

Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan