Celulitis - Penyakit Kulit Yang Merebak Melalui Jangkitan Kuman

Jun 12, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap korang semua sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Alhamdulillah, akhirnya akak omei diberi kesempatan untuk menulis satu artikel. Bukan mudah untuk mendapatkan ilham ni. Hehehe..

Korang nak tahu tak? Ada seorang blogger ni tanya kat akak kenapa lama tak update blog? Terasa seperti hendak melompat pulak. Akak omei ni bukan la penulis yang hebat, baru je hendak mulakan semula setelah berbelas tahun meninggalkan bidang penulisan ni. Apabila jer dapat pertanyaan sebegitu, akak omei mula la mencari idea untuk diketengahkan supaya dapat dikongsi beramai-ramai. Dapat jugak manfaat untuk akak omei kan??? Manfaat di SANA kelak.

Kali ini akak omei nak berkongsi dengan korang sejenis penyakit ni. Walaupun jarang berlaku, tetapi tetap ada sahaja pesakit yang mendapatnya. Masalah yang akak omei nak kongsikan adalah celulitis atau bahasa mudahnya penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sepertimana yang semua orang tahu, kulit kita adalah organ terbesar yang mana berfungsi untuk melindungi struktur dibawahnya daripada terkena jangkitan kuman. Jangkitan kuman dipermukaan kulit atau nama glamor dia adalah celulitis boleh berlaku di mana-mana sahaja bahagian permukaan kulit. Tetapi bahagian yang paling kerap berlaku adalah di kawasan kaki.

Pernah juga akak omei lihat seorang pakcik tu, terhencot-hencot berjalan. Ingatkan ada masalah vericose vein, tetapi rupanya mengalami masalah celulitis. Sakit katanya! Memula tu akak omei pun tak tahu celulitis tu apa. Ingatkan selulit! Hehehehe... Jauh beza tu kan??

Celulitis - Penyakit Kulit
Celulitis ni mudah sangat berlaku apabila terdapat lapisan kulit terpisah seperti luka, tusukan objek tajam, gigitan seranga ataupun digaru akibat kegatalan. Mereka yang selalu berisiko tinggi untuk mendapat celulitis adalah mereka yang mengidap kencing manis, bengkak kaki seperti pesakit lemah jantung, rosak hati atau pun buah pinggang, pesakit yang mempunyai imunisasi rendah, pesakit ekzema dan warga emas.

Sebelum kita pergi jauh mendalam lagi mengenai celulitis ni, meh sini akak omei nak kabokan kuman apa yang menyebabkan celulitis ni. Sudah pasti lah kuman yang bernama Staphylococcus dan Streptococcus. Nama kuman yang paling glamor kot. Mereka ni memang penghuni tetap di bahagian kulit kita ni. Sebab itulah, kita selalu digalakkan untuk membasuh tangan atau kaki sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Apabila berlaku luka di kawasan tertentu, mereka ni lah yang akan memasuki dan menyebarkan jangkitan di bahagian dalam.

Celulitis - Penyakit Kulit
Apabila berlaku celulitis, kawasan yang mengalami jangkitan kuman akan membengkak dan kemerah-merahan. Jangkitan kuman tu boleh berlaku dengan cepat tau. Jangan ambil mudah ye!

Kebiasaannya jarang la nak demam apabila mengalami masalah celulitis ni. Tapi, kalau berlaku demam ini bermakna jangkitan kuman telah merebak dengan banyak dan memasuki saluran darah. Seperti mana Dr Zubaidi pernah menulis di FB, jangkitan kuman celulitis itu merebak melalui jaringan saluran limfatik dan menyebabkan kalenjer limfatik membengkak.

Tapi, jangan la risau sangat. Boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik. Lebih kurang 95% pesakit celulitis akan sembuh dengan penggunaan antibitik yang sesuai. Selalunya mengambil masa lima hingga ke tujuh hari untuk sembuh. Kena habiskan tau, ikut sela masa yang ditetapkan. Jangan suka skip-skip, sebab boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

Jangkitan celulitis ni jarang la menyebabkan berlakunya nanah. Namun tidak bermakna tidak ada. Pemberian antibiotik secara makan memang tidak sesuai la. Kena diberi secara suntikan. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis yang tidak terkawal dan mereka yang mempunyai masalah imunisasi yang rendah mendapat komplikasi bernanah tu.

Apabila berlaku nanah, pesakit mula merasa sakit, kemerahan semakin membesar, demam, menggigil, hilang selera makan dan adakala tidak mampu berjalan.

Selain daripada itu juga, jangkitan kuman boleh merebak ke selaput otot dan menyebabkan pesakit mengalami simptom yang sama seperti nanah tadi.

Untuk kedua-dua kes di atas ni, memerlukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan nanah dan menghentikan jangkitan kuman tersebut. Selain tu, pemberian antibiotik melalui saluran darah atau suntikan.

Bengkak pada kaki juga akan lebih cepat surut sekiranya pesakit mengangkat kaki pada paras lebih tinggi iaitu melebihi paras jantung dan juga mengurangkan berjalan.

Nak tahu bagaimana jangkitan kuman tersebut berjaya dihapuskan? Kulit kaki akan kelihatan berkedut apabila bengkak telah surut. Ha... Itulah jawapan dia.

Sampai di sini dahulu penulisan akak omei. Inn Syaa Allah, ada masa nanti akak omei kongsikan lagi dengan korang ye. Semoga penulisan akak omei kali ini dapat membantu walaupun sedikit.

Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan