Amalan Zikir Untuk Pembuka Pintu Rezeki dan Murah Rezeki

Jun 16, 2017

Assalamualaikum dan salam 21 Ramadhan. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya korang akan sentiasa gembira dan dilindungi Allah SWT. Pagi ini agak terlewat sedikit menulis. Namun, tiada apa yang mampu menghalanginya jika kita memang ingin melakukannya. Buat sahaja, tak perlu fikir apa orang lain kata. Kita kan unik, penuh dengan kelainan.

Hari ini, akak omei nak berkongsi dengan korang tentang zikir-zikir pembuka pintu rezeki. Mana tahu akan membantu mereka yang memerlukan. Zikir- zikir tersebut bukan semata-mata untuk membuka pintu rezeki je tau. Membantu juga untuk makanan rohani.

Sesiapa yang rajin berzikir akan sentiasa kelihatan tenang walaupun pada masa itu, menghadapi cabaran dan rintangan. Tak percaya? Cuba dahulu baru tahu. Inj berdasarkan pengalaman akak dan pengalaman kawan-kawan akak omei.


Eh! Tak sabar-sabar pula nak tahu ye, zikir apa yang akak omei nak kongsikan ye... Oklah, inilah zikir yang akak maksudkan.


Ada lagi satu zikir yang akak omei nak kongsikan jugak. Zikir tersebut adalah zikir murah rezeki. Jadinya, korang boleh aplikasikannya setelah selesai melakukan solat. Yang penting kita berusaha untuk melakukan sesuatu.


Haaaa... Apa macam? Boleh la digunakan nanti. Alhamdulillah.....

Semoga korang yang membaca tulisan akak pada hari ini akan dikurniakan rezeki yang banyak. Namun, jangan lupa diri dan abaikan suruhan Allah.

Sampai disini dahulu perkongsian akak omei. Nanti akak omei kongsikan lagi info-info yang menarik dengan korang semua. Terima kasih sebab sudi membaca tau...

Assalamualaikum...


You Might Also Like

0 ulasan