6 Tip Untuk Elak Sembelit Daripada Bertambah Teruk

Jun 17, 2017

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menulis lagi akak omei pada hari ini untuk sembelit. Baru je lepas siapakan kerja akak. Sekarang kena siapkan task yang telah diberikan.

Korang pernah alami masalah sembelit tak? Akak omei memang selalu jadi suatu ketika dahulu. Sampai takut hendak ke bilik air. Padahal tak boleh tau macam tu. Dulu mungkin la akak omei kurang minum air dan kurang bersenam.

Eh! Dah terlepas masuk pulak. Sebenarnya akak omei nak kongsikan dengan korang tip-tips untuk mengelakkan masalah sembelit. Tambahan lagi dalam bulan Ramadhan ni.

Masalah sembelit

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, akak omei kongsikan info mengenai sembelit. Sembelit atau bahasa Inggerisnya adalah constipation berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu. Masalah sembelit boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa. Ianya berlaku akibat pergerakan makanan di dalam usus menjadi perlahan.

Ermmm... Patut la akak omei boleh dapat sembelit ni.

Sekarang meh akak omei terangkan punca penyebab berlakunya sembelit ni.



Punca penyebab masalah sembelit :



#1 Pemakanan yang rendah atau tiada serat

#2 Tidak minum air putih secukupnya. Kita memerlukan air sebanyak 8 gelas sehari.

#3 Kurang atau tidak melakukan senaman.

#4 Tidak mengendahkan keinginan untuk melakukan pergerakan usus. Ha... Ni lebih kurang seperti menahan dari membuang air besar. Bahaya tau.

#5 Berlaku perubahan di dalam rutin seperti melancong, ubah tempat tidur, kadang tu berjaga malam sebab anak tak berapa sihat.

#6 Perubahan pada diri seperti mengandung.

#7 Usia semakin tua atau golongan warga emas (selalunya akibat kekurangan minum air secukupnya, seperti tok akak la)

#8 Menghidapi penyakit yang kronik

#9 Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti mengambil ubat tahan sakit dari kategori opiod atau narkotik untuk mengawal sakit selepas pembedahan.

Korang dah tahukan penyebab berlakunya masalah sembelit ni. Sekarang ni akak omei nak kongsikan beberapa tip untuk mengatasi berlakunya sembelit.


Tip untuk mengatasi berlakunya sembelit adalah:


1/ Mengambil pemakanan yang seimbang dengan membanyakkan serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran. Apabila serat banyak, ianya akan membantu berfungsi sebagai pelincir dan dapat mengelakkan sembelit. Pengambilan serat boleh ditingkatkan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan masalah kembung perut.




2/ Sudah pasti lah kena minum air putih sebanyak yang boleh. Serat apabila bergabung dengan air akan memastikan korang tidak mengalami sembelit. Ini kerana air membantu serat melepaskan najis.


3/ Elakkan atau kurangkan minuman berkafein seperti kopi kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan memggalakkan berlakunya sembelit.


4/ Ada sesetengah orang tidak sesuai memgambil produk tenusu kerana boleh menyebabkan sembelit.


5/ Yang ini memang perlu tahu. Apa dia? Bersenam la. Kalau segan nak buat di luar rumah, kat dalam rumah pun boleh je buat. Yang penting, BUAT, itu pun jika korang nak mengatasi berlakunya sembelit.


6/ Bersegera ke bilik air jika ingin membuang air besar. Tak perlu menangguh-nangguh. Meningkatkan risiko berlakunya sembelit.

Serat bantu kurang sembelit
Di sini akak omei nak kongsikan satu produk dengan korang iaitu Herb lax. Herb lax ni merupakan herba tau. Banyak digunakan untuk masalah pembuangan air besar seperti sembelit. Herb lax terdiri daripada campuran Daun Senna, Daun Alfalfa, Jintan Hitam,Kulit Pokok Buckthorn, Likuoris, Akar Culver, Jintan Manis, Akar Rhubarb dan Bunga Mallow Biru. Herb lax ni memang sangat-sangat membantu tau.

Akak omei sertakan testimoni Herb lax ye. Mana tahu berguna kepada korang nanti.

Testimoni Sembelit
Testimoni Sembelit Herb Lax

Lihat testimoni di bawah ni tau..

Testimoni Sembelit
Testimoni Sembelit Ostematrix
Macam mana penerangan akak omei kali ni? Mesti korang fahamkan? Akak omei memang dah gunakan pun Herb lax dengan Ostematrix ni. Memang sangat-sangat membantu la. Masalah sembelit dan buasir akak omei semakin berkurangan. Takde dah rasa sakit dan pedih. Kalau tidak, nak duduk pun susah tau. Dah la dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi pulak tu.

Jika korang nak beli set untuk sembelit ni secara online, korang boleh klik gambar di bawah ni tau.



Tapi, jika korang nak tahu secara lanjut lagi mengenai set untuk sembelit ni, korang boleh jer PW akak omei di

016-5003075

Korang nak tahu tak, korang boleh dapat harga lagi jimat. Nak tahu bagaimana,seperti biasa PW akak omei tau.

Sampai di sini dahulu coretan akak omei. Ada masa nanti, akak omei kongsikan dengan korang tau. Assalamualaikum..

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

You Might Also Like

0 ulasan