12 simptom kekurangan mineral magnesium di dalam tubuh badan kita

Jun 09, 2017

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Semoga korang semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang. Korang bersahur tak puasa kali ini? Diharap tu bersahurlah ye kerana terdapat keberkatan dia. Cewah!!! Macam bagi ceramah agama pulak!! Kih..kih..kih...

Kali ini akak omei nak kongsikan dengan korang topik mengenai mineral di dalam tubuh kita. Ada banyak jenis mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Akak omei cuma pilih satu dahulu tau. Kalau citer banyak-banyak pulak, nanti korang pulak pening. Dah tu takut jadi salah faham. Haru nanti akak oiii...

Mineral yang akak pilih kali ini adalah Magnesium. Bukan Magnesium logam tu tau!! Tu dah masuk bab kimia tu. Akak omei dah lama tinggal subjek kimia. Jenuh nak hadam semula. Ahaakkss....

Bercerita tentang mineral magnesium ni, akak omei khususkan kepada simptom-simptom kekurangan mineral Magnesium di dalam tubuh badan kita. Haaa.... Macam penting je mineral yang bernama Magnesium ni kan?? Meh kita selidik bersama-sama.


Magnesium ni adalah mineral yang penting untuk menguatkan tulang kita. Dikatakan, magnesium ni adalah mineral keempat terbanyak di dalam tubuh kita. Tubuh kita menggunakan magnesium untuk

1- Mengatur denyutan jantung

2- Untuk fungsi saraf

3- Untuk pergerakkan otot

4- Menguatkan tulang dan sendi

5- Mengatur tekanan darah

Ini adalah sebahagiannya sahaja tau. Kalau korang nak tahu, magnesium diperlukan untuk lebih daripada 300 tindak balas biokimia di dalam badan kita. Haaa.... Banyak kan????

Sebab itulah, mineral magnesium ni penting. Kalau kurang, akan ada kesan pada tubuh badan kita tau. Nak tahu apa simptom-simptom kekurangan mineral magnesium ni??? Meh sini akak omei kongsikan...


1- Ketagihan kepada Coklat

Coklat gelap mengandungi magnesium. Apabila badan kita ketagih dengan coklat, ini menunjukkan bahawa badan kita mengalami simptom kekurangan kandungan magnesium yang mencukupi di dalam diet korang. Ha... Kena pilih makanan yang kaya dengan magnesium.


2- Terlebih minum minuman berkabonat

Jika korang gemar minuman berkarbonat dan meminumnya setiap hari, ini akan menyebabkan magnesium disingkirkan keluar dari badan kita. Nak tahu kenapa tak?? Sebabnya adalah kerana fosfat di dalam minuman berkarbinat akan mengikat magnesium, jadi tubuh kita tidak dapat menggunakan mineral magnesium tersebut. Sebab itulah magnesium tersingkir keluar. Kesian kan??


3- Stres

Pelbagai kesan yang boleh korang perolehi apabila berada di dalam keadaan stres tau. Antaranya adalah meningkatkan kadar dengupan jantung dan tekanan darah disebabkan oleh rembesan beberapa hormon. Kesan stres kepada tubuh adalah, stres menyebabkan simpanan magnesium di dalam tubuh menjadi semakin berkurang. Jadi, cubalah jauhkan Stres daripada melanda diri kita. Tak elok untuk kesihatan jugak.


4- Kejang atau sakit otot

Jika korang sering mengalami masalah kekejangan di bahagian kaki, ini bermakna punca utamanya adalah kekurangan magnesium. Kalau korang nak tahu, magnesium ni menenangkan kita punya otot dan mengelakkan berlakunya kekejangan. Akak omei dulu selalu jadi. Selalunya waktu malam la. Sakit tau!!!


5- Masalah gigi

Apabila banyak menggunakan gula, magnesium yang tersimpan akan tersingkir. Magnesium disingkirkan melalui buah pinggang apabila terlebih pengambilan gula seharian. Jadinya, gigi korang akan lebih mudah rosak dan berlubang. Sakit tau gigi berlubang ni. Silap makan sikit pun dah sakit. Sebab tu kena lebihkan magnesium dengan pengurangan penggunaan gula putih.


6- Sukar tidur atau Insomnia

Apabila berlakunya kekurangan magnesium di dalam tubuh, salah satu masalah yang mungkin akan timbul adalah sukar untuk melelapkan mata atau insomnia. Ini adalah kerana, pengeluaran melatonin terganggu. Jadi, akan menyebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur.


7- Tekanan darah tinggi

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan berlakunya tekanan darah tinggi ni termasuklah kekurangan mineral magnesium di dalam badan. Kalau korang nak tahu, magnesium menenangkan salur darah dan mengakibatkan tekanan darah menjadi rendah. Ilmu baru ni...


8- Pengambilan kafein berlebihan

Apabila korang minum terlalu banyak minuman berkafein, buah pinggang akan menyingkirkan magnesium samada magnesium tersebut masih diperlukan atau tidak. Jika korang selalu mengambil minuman berkafein, korang mungkin akan mengalami masalah kekurangan magnesium di dalam tubuh badan.


9- Ritma jantung yang tidak sekata atau debar-debar

Hanya mineral magnesium membantu menenangkan otot-otot daripada terjadinya kekejangan. Ia juga membantu agar jantung sentiasa berfungsi dengan baiknya. Jika pernah berhadapan dengan situasi tiba-tiba mudah rasa berdebar, berkemungkinan simptom kekurangan magnesium di dalam badan.


10- Masalah sembelit

Apabila tubuh kita kekurangan magnesium, ianya juga boleh menyebabkan berlakunya masalah sembelit. Ini kerana usus akan memperlahankan pembuangan najis. Jadi, kena banyak mengamalkan pemakanan yang kaya dengan magnesium bagi mengurangkan masalah sembelit.


11- Ketagihan Alkohol

Apabila banyak meminum alkohol, ia akan menyebabkan pembuangan secara berlebihan mineral magnesium melalui urin. Ketagihan alkohol juga membuatkan sistem pencernaannya menjadi kurang efektif.


12- Mata mengerenyit

Akak pernah juga mengalaminya. Adakala kanan, adakala kiri. Dulu tak tahu pun, ianya salah satu daripada simptom kekurangan magnesium dan juga kalsium. Hehehehe... Korang ada tak yang pernah alami???


Banyak juga yang akak omei kongsikan dengan korang mengenai simptom kekurangan magnesium ni. Semoga membantu korang walaupun tidak sebanyak mana. Jadi, yang mana menggurangkan mineral magnesium di dalam badan tu, tak payah la nak ikut sangat yer.. Cari alternatif lain untuk tingkatkan mineral magnesium di dalam badan. Selain daripada pemakanan dan senaman, pengambilan air putih dan suplemen pun perlu juga. Membantu menambahkan apa yang terkurang dari pemakanan harian kita.

Sampai di sini dahulu penerangan akak omei mengenai simptom kekurangan mineral magnesium ni. Ada masa akak menulis lagi.

Assalamualaikum...


You Might Also Like

0 ulasan