Pengalaman Terlepas Daripada Masalah GERD Dengan Bantuan Bahan Yang Semulajadi

Mei 14, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang buat aktiviti apa hari ahad ni?? Kak omei kalau hari cuti, mengemas, menyapu, mengemop lantai la. Sambil tu membasuh sekali. Oleh kerana si kecik tidur, dapat juga kak omei buat intro untuk info hari ini.

Agak-agak korang, apa yang kak omei nak kongsikan yer!!! Haaaa.... Tunggu tau... Sebelum tu, meh tengok video ni dulu tau. Tengok tau!!!

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Kali ini kak omei nak kongsikan kisah kak omei sendiri. Kisah bagaimana pengalaman Kak omei terlepas daripada masalah GERD.  Kak omei pun pernah alami masalah GERD ni tau. Banyak jenis makanan terpaksa kak omei pantangkan. Sedih tau!! Orang melayu tapi tak boleh makan pedas. Tak puas la.. Kalau korang nak tahu apa tu GERD, klik sini tau.

Kalau pergi kedai makan lagi haru tau. Tak larat nak makan sup sahaja. Huhuhuhu... Jemu hari-hari kena makan sup. Sup ayam, sup daging, sup sayur dan sup kosong. Itu je la menu hari-hari. Silap makan walaupun sikit, siaplah.... Tak boleh tidur dan buat keje dibuatnya GERD ni tau.

Ubat klinik kerajaan tak berapa nak jalan. Jadinya terpaksa pergi ke klinik swasta. Dapat famotidine. Baru sesuai tau. Sebelum ni ada juga ambil gaviscon. Tapi tak membantu sangat pula. Apabila masalah GERD menyerang, klinik swasta la jadi pilihan. Tempat keluar duit jugak yang sesuai.. Huhuhuhuhu...



Pada tahun 2015, kak omei baru mengenali mengenai shaklee. Jadi, produk yang kak omei beli adalah ESP. Merupakan serbuk soya tapi ada spesial dia tau. Serbuk ESP ni mengandungi kalsium. Dibasuh dengan menggunakan air tau. Jadinya khasiat soya tidak hilang. Kak omei suka bancuh ESP dengan air putih. Kadang-kadang tu kak omei campur ESP dengan MILO. Kalau rajin, buat jus buah campur dalam ESP. Sejak konsistan mengamalkan ESP, terasa pula seperti terlepas daripada masalah GERD ni tau...

Eh!!! Dah masuk ke tengah sangat pulak. Heheheheheh

Korang nak tahu tak, lepas je kak omei amalkan ESP, kak omei mengandung. Allahuakbar... Syukur sangat-sangat. Kak omei beli ESP untuk kurangkan masalah GERD yang kerap mengganggu, tetapi dapat bonus yang memang tidak disangka...

Sambil-sambil tu kak omei ambil Peppermint Ginger Plus jugak. Seronok tau. Buang angin selalu. Hehehehe... Badan pun rasa ringan. Siap menyapu sambil menari sekali.. Hehehehe....

Pengalaman Terlepas masalah GERD

Pengalaman Terlepas Masalah GERD

Kini, sudah dua tahun masalah GERD tidak menyerang kak omei. Kak omei dah mula makan pedas seperti tomyam. Tapi takde la makan serupa tak makan bertahun. Makan cukup sekadar yang diperlukan sahaja.

ESP ni bukan sahaja untuk mengurangkan masalah GERD, boleh juga untuk melembapkan kulit, mengenyangkan, menganjalkan dan pelbagai lagi khasiat ESP ni. Tak rugi pun menggunakan ESP dan Peppermint Ginger Plus.

Sekarang pun kak omei masih minum ESP dan Peppermint Ginger Plus. Mujur la sempat rembat ESP untuk sahur semasa bulan Ramadhan nanti. Boleh la bertenaga semasa di tempat kerja dan bertenaga juga untuk melakukan terawih di masjid.

Di bawah ni, kak omei sertakan testimoni ESP. Mana tahu, ada yang memerlukan nanti.








Haaaa... Tu baru sikit je tu testimoni kak omei beri. Kalau korang nak beli online, korang klik je gambar troli tu ye. Mudahkan??



Tetapi, jika korang nak tahu lebih lagi, korang boleh jer

WHATSAPP/SMS/TELEGRAM 016-5003075

PENGEDAR SHAKLEE UTARA

Kak omei berikan konsultasi secara percuma.

Sampai di sini dahulu perkongsian daripada kak omei. Ada masa nanti kak omei kongsikan lagi ye. Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan