Bercuti di kampung sambil menikmati buah mempelam harum manis

Mei 07, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari cuti begini menceriakan kehidupan dan memberi kebahagiaan. Korang buat apa cuti-cuti ni? Kak omei balik kampung minggu ni. Lama jugak tak menjengah ke kampung.

Apabila balik, macam-macam aktiviti nak dibuatnya. Tambahan pula si kakak dengan si kecik boleh bermain puas-puas. Almaklum la rumah kampung. Habis di pusing satu rumah. Tu belum lagi pi tangkap kucing. Belum lagi ligan itik angsa. Hurmmm... Sebulan duduk kampung, gerenti turun kilogram. Hahaha....



Aktiviti pertama sekali mestilah memasak. Dah lama jugak tak masak sambal ayam dengan gulai ikan mambu. Sedapppnyer... Sambil menyiapkan nasi si kecik, sempat lagi la menyiang ikan dan ayam.  Sekali sekala bagi mak rehat sikit. Boleh la bermain dengan cucu-cucu. Heheheh... Sikecik makan nasi dua kali. Si kakak kalau ada telur ,memang laju la..

Eh!! Kenapa si kecik boleh duduk diam ye?? Rupa-rupanya mak kak omei bagi si kecik makan buah mulberi. Makan banyak pulak tu. Isk..isk..isk.. Memang hantu buah masam si kecik ni. Di rumah mak kak omei memang ada tanam pokok mulberi ni. Sekali-sekala kak omei makan jugak, siap tunggu depan pokok lagi. Hehehhe..

Lepas makan nasi, tup-tup abah balik. Abah kak omei pergi kebun buah dia. Abah kak omei bawa balik buah harum manis. Katanya, buah belum cukup tua. Diganggu dek cik siti wan kembang. Dekat dua ratus tau yang luruh. Besar-besar pulak tu. Dan berbalut lagi. Apa boleh buat, rezeki Allah yang tentukan. Lagipun pokok di rumah masih ada lagi.

Buah yang luruh tu, mak kak omei kupas. Ada yang manis ada yang masam-masam manis. Alhamdulillah, dapat rasa juga. Si kecik makan sungguh dia. Si kakak tak berapa gemar sangat. Heheheh...

Banyak juga kak omei makan buah harum manis tu. Mujur juga kak omei ada bawa stok vitamin kesayangan kak omei dan krim herbal blend. Hehehehe....







Lepas makan buah, si kecik dengan si kakak main di luar. Lepas puas bermain, apa lagi tidur la. Tidur pun tak lama mana sebab nak balik dah. Time balik tu tengah hujan lebat la. Niat di hati nak singgah padang besar, tetapi memandangkan hari dah hujan, kak omei pendam je lah keinginan tu. Heheheh...

Macam la jauh sangat, boleh jer nak pegi bila-bila pun... Hehehhe...

Sampai di sini dahulu info atau kisah kak omei kongsikan dengan korang. Ada masa kak omei kongsikan lagi tau..

Nak dapatkan vitamin, jangan segan-segan rojer kak omei di

0⃣1⃣6⃣5⃣0⃣0⃣3⃣0⃣7⃣5⃣

Assalamualaikum..


You Might Also Like

0 ulasan