6 Jenis Senaman Yang Sangat Sesuai Ibu-Ibu Mengandung Amalkan Sebelum Bersalin

Mei 12, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan korang sihat sejahtera dan gembira selalu. Apa aktiviti korang hari ni? Kalau hari bekerja tu, sama je la kan??

Korang, ada tak member-member yang tengah pregnant? Kak omei ada seorang. Yang seorang lagi dah selamat bersalin. Hehehehe....

Dulu-dulu sewaktu pregnant, korang ada tak pergi kelas senaman? Yang biasa mengandung boleh la jawab yer!! Selalunya korang pergi waktu bila tu? Kak omei tak berpeluang nak pergi. Mana tahu kedepan ada rezeki kan!!

Kali ni kak omei nak kongsikan info dengan korang dan ibu-ibu pregnant seluruh malaysia. Wah!! Macam best jer.. Info apa tu??? Oklah tanpa buang masa, kak omei nak kongsikan info mengenai senaman yang boleh ibu-ibu mengandung lakukan untuk memudahkan bersalin. Haaa... Bestkan???


Kak omei bila mengingatkan pengalaman bersalin, memang gerun jugak la. Almaklum la kak omei bersalin belah, bukan normal. Memang tak tahu la rasa bersalin normal tu macam mana. Dah tu pulak, kedua-dua emergency pembedahan. Hehehe.... Gerun jugak tau. Masa memula dulu tu, memang ada juga perasaan serik untuk mengandung dan bersalin lagi. Lebih-lebih lagi bila di induce ubat dan sakit di tempat jahitan. Aduhhh!!! Terasa ngilu tau.

Tetapi sekarang ni dah lain. Siap ada kelas untuk senaman lagi. Dah tu boleh belajar macam-macam teknik pernafasan dan senaman. Huntonngg tau!! Meh sini kak omei nak kongsikan senaman yang membantu memudahkan korang dan ibu-ibu mengandung untuk bersalin. Dah sedia semua??


Senaman yang pertama sekali adalah



1- PELVIC FLOOR

Senaman ini memang selalu kak omei lakukan. Tidak tertakluk kepada ibu-ibu mengandung je tau. Kalau untuk ibu-ibu pregnant, otot-otot pelvic korang menjadi lemah kerana terpaksa menampung beban yang banyak. Akibat daripada itu jugaklah, korang mudah terkencing semasa bersin atau batuk. Sebab itulah, digalakkan untuk melakukan senaman Pelvic Floor ni. Membantu menguatkan semula otot-otot di kawasan Pelvic.

Cara untuk buat senaman Pelvic Floor ni adalah dengan melakukan kemutan. Memula tu korang cuba tahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula. Ala, macam korang duk tahan kencing tu la. Selalu buatkan???..

Senaman Pelvic Floor ni boleh buat pada bila-bila masa dan dimana-mana pun. Mudah kan??



2- REGANGAN

Senaman jenis ini boleh dilakukan di dalam dua keadaan iaitu

- Dalam keadaan berbaring

Memula tu korang baring dulu. Kemudian letakkan kedua-dua tangan disisi. Kaki sebelah kanan dibengkokkan manakala kaki kiri pula ditegakkan ke atas. Tahan seketika. Lepas tu ulang pula untuk kaki kiri. Lakukan secara bergilir-gilir tau.

- Regang tubuh

Kalau senaman jenis ini, korang kena duduk atas lantai. Kaki pula korang kena rentangkan. Lepas tu, korang hulurkan lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri ke atas kepala untuk menghala ke kanan secara perlahan-lahan.Gerakan inj diulang beberapa kali. Lakukan dengan berselang seli kirid dan kanan. Kalau nak tahu berkesan atau tidak, apabila korang rasa lenguh pinggang tu maksudnya jadilah.



3- BERTINGGUNG

Senaman bertinggung ni bukanlah bertinggung seperti di dalam jamban tu ye. Bertinggung di dalam jamban ditahan dengan tapak kaki. Bertinggung yang dimaksudkan ni ialah ianya seakan mencangkung tetapi ditahan oleh jari kaki. Beza kan??

Semasa korang bertinggung, kaki berada di dalam keadaan berjinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas lutut dan cuba bertahan selama yang boleh. Senaman ini pun boleh dilakukan dengan sekerap yang mungkin. Senaman bertinggung ni memberi manfaat kepada punggung dan kaki. Jom reramai kita buat...



4- BERENANG

Haaaaaa.... Ini adalah antara senaman yang sangat digalakkan untuk ibu-ibu pregnant tau. Ini kerana, apabila kita berenang, ia boleh memberikan keadaan terapung atau pun dalam keadaan tanpa beban.

Semasa berenang, cuba kawal pernafasan. Ini adalah kerana semasa berenang, ianya dapat membantu semasa proses bersalin nanti. Takde la semput nafas apabila meneran nanti kerana memerlukan nafas yang panjang. Berenang juga dapat membantu menguatkan otot-otot korang. Apabila ibu-ibu pregnant berenang atau berada didalam air, tekanan yang wujud akan membuatkan otot korang bekerja lebih sedikit berbanding biasa.



5- BERJALAN KAKI

Kalau korang nak tahu, berjalan kaki ni bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh je tau, malahan dapat membantu mengerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin. Mula tu, berjalan kaki secara perlahan dan jarak pendek dahulu. Cuba buat seminggu tiga kali.  Apabila dah sesuai cubalah tambah jarak untuk berjalan kaki. Tempat yang paling sesuai untuk buat aktiviti berjalan kaki adalah window shopping di pasaraya besar. Hehehe...



6- MENAIKI TANGGA

Sekali sekala tu cubalah naik tangga. Dulu, kak omei naik tangga ke tingkat tiga. Hari-hati naik turun tangga. Memang cergas dan bertenaga. Tapi!!! Ada pantang dia tau. Senaman naik tangga tak sesuai untuk ibu-ibu yang baru mengandung. Bimbang juga sebab rahim tak berapa nak kuat diawal kehamilan.

Apabila kita menaiki tangga, kita paling banyak menggunakan otot paha dan pelvic. Boleh cuba ni, naik tangga sekerap mungkin dan ianya memudahkan bukaan  perineum dan seterusnya memudahkan korang bersalin.



7- KERJA RUMAH

Siapa balik kerja, sambung pula kerja di rumah?? Angkat tangan nak tengok?? Kita geng punyalah.. Ibu-ibu pregnant digalakan untuk melakukan kerja-kerja rumah yang ringan. Jika ibu-ibu pregnant hendak menyapu lantai dan menyidai pakaian, dibolehkan la ye.

Tetapi, elakkan daripada mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan mengangkat barang berat. Boleh mencederakan ibu atau anak yang dikandung. Bahaya tau!!!

Tudia panjang lebar sekali kak omei bagi no. Sambil-sambil tu boleh la ibu-ibu pregnant dan lain-lain melihat produk shaklee. Ada pelbagai set lagi tau. Nak tahu???


Inilah set yang kak omei memang duk guna. Sekarang pun guna lagi. Banyak membantu memberi tenaga, aktif, kurang mengantuk. Alhamdulillah, sepanjang pregnant yang nombor dua ni, tekanan darah stabil dan tiada GDM pulak kali ni. Alhamdulillah.... Mana tahu membantu ibu-ibu pregnant yang lain pulak!!

Kalau korang nak beli sendiri secara online pun boleh. Korang klik jer gambar troli dibawah ni tau.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c3c80d6099f861d4199ca0372b9f96c3

Tapi!!!! Kalau korang nak maklumat lanjut, korang boleh jer

WHATSAPP/SMS/TELEGRAM

016-5003075

PENGEDAR SHAKLEE UTARA - PERLIS

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Bagus petua2 cegini di-share at least new mums buleh jadikan rujukan.. it helps very2 much kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. Dulu saya pun tercari-cari jugak senaman yang sesuai untuk ibu-ibu yang preggy. Alhamdulillah, bila dah jumpa tu share la supaya dapat beri manfaat kepada yang memerlukan.

      Padam