10 Tip Tabiat Pelik Yang Tidak Diketahui Tetapi Sihat

Mei 08, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Tak tahu kenapa pagi ni kak omei semacam mendapat ilham untuk menulis. Bukan mudah untuk mendapat ilham atau idea. Namun dikeheningan pagi seolah-olah membuka minda dan idea untuk dicorak dan dilakar menjadi sebuah cerita.

Wow!!! Sempat pulak bermadah bagai ye... Dah lama ditinggalkan. Banyak yang dah lupa. Heheheh... Kena asah balik la nanti.

Bila dapat menulis, laju je ayat yang keluar tu kan!! Pagi ni kak omei nak kongsi dengan korang mengenai tabiat pelik. Eh!! Kenapa dengan tabiat pelik yer?? Haaa... Baca betul-betul tau.

Tajuk yang kak omei nak kongsikan adalah 10 tip tabiat pelik yang selalu korang buat tetapi ianya sihat. Haaa... Pelik kan?? Sebelum korang bertambah pening, meh sini baca

Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Disebabkan itu, kita seringkali menitikberatkan kesihatan. Bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga keluarga. Tapi, dalam kita mengekalkan kesihatan adakala pelbagai cara yang digunakan sehinggalah tak tercapai dek akal kita. Untuk kesihatan, sanggup untuk dilakukan apa sahaja. Betul kan??

Di sini kak omei nak kongsikan beberapa tabiat pelik yang dapat membantu korang mengekalkan kesihatan. Tip yang disenaraikan adalah :

1-  Gunakan Tandas Dekat Dengan Pintu Masuk

Kenapa yer?? Rupanya ada kajian yang telah dijalankan memberitahu bahawa tandas yang berdekatan dengan pintu masuk mempunyai peratusan bakteria yang lebih rendah. Ini kerana tandas tersebut jarang dimasuki. Lepas ni boleh la guna tandas yang dekat pintu masuk. Kurang sikit dapat jangkitan kuman.

2-  Garu Anggota Badan Yang Lain

Jika korang mengalami kemalangan dan mengalami patah, sudah pasti tempat yang patah tersebut akan disimen bukan??? Kalau korang gatal kat tempat yang disimen tu, apa korang nak buat?? Ada caranya la... Caranya adalah dengan menipu otak korang dengan menggaru pada bahagian yabg bertentangan dengan anggota yang sakit. Macam pelik jer kan??

3-  Turunkan Suhu Badan Panas

Kebiasaannya, korang akan minum banyak air masak kan bila suhu badan meningkat. Apa kata kali ni korang cuba cara lain pula. Letakkan ais pek dibawah ketiak atau pun pangkal paha korang. Cubalah..

4-  Hidu Epal Elak Rasa Takut

Adakala korang semua akan berada di dalam situasi yang menakutkan seperti Claustrophobia. Jadi, korang hidulah buah epal hijau. Sebab apa?? Sebab dia ialah epal hijau mampu memberikan ketenangan dan meredakan kegelisahan jiwa. Kena pi cari epal hijau la lepas ni. Menyicah dengan garam pun sedap...

5-  Jangan Guna Sabun Antibakteria

Mesti korang tertanya-tanya dan pelik kan??Mesti la nak guna yang antibakteria. Takkan nak guna yang ada bacteria pulak!! Menurut American Medical Assodiation, tiada bukti yang menunjukkan sabun antibakteria bertindak dengan lebih baik. Tetapi menjadikan bakteria bertambah kuat dan terdedah. Ermmm... Pelik kan??

6-  Madu Pembasmi Kuman

Rupanya madu mempunyai sifat antibakteria. Madu juga dapat membasmi jangkitan bakteria pada luka ringan. Caranya mudah sahaja iaitu korang hanya perlu sapu madu di tempat luka dan balutlah luka tersebut.

7-  Rapikan Misai

Haaa.... Ini part untuk orang lelaki ye. Bukan wanita je yang jaga kesihatan. Lelaki pun kena turut serta. Kalau korang jenis yang mudah mendapat alahan, korang kena kerap rapikan misai korang. Ianya penting tau sebab dengan merapikan misai, korang dapat mengurangkan hama, debu serta debunga yang mungkin terperangkap di dalam misai. Kena buat la lepas ni. Kena bagitau dekat en suami la...

8-  Bela Haiwan Peliharaan

Jika korang ada membela haiwan peliharaan seperti kucing ka, harimau ka, cubalah kodang belai-belai haiwan peliharaan korang. Nak tahu kenapa?? Sebabnya, ianga mampun mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ye la, dah korang pun tenang jer, gelisah pun jarangkan, korang dapat la kawal tekanan darah korang. Tak gitu??

9-  Ketagihan Merokok

Ini part lebih sikit kepada orang lelaki. Ada caranya untuk korang lengah-lengahkan masa. Antaranya, cuba korang gosok jari telunjuk dengan ibu jari atau pun korang gosok kedua-dua belah tangan. Memberi ketenangan dan akan membuatkan anda sibuk.

10.  Hilangkan Sedu

Dulu kak omei kerap jer jadi sedu. Tak tahu kenapa. Tetapi, ada petua kak omei nak kongsikan iaitu ambil satu sudu gula putih. Katanya ia mampu memberi kesan kepada saraf diafragma dan dapat menberhentikan rasa sedu.

Haaaa.... Macam mana dengan tip-tip yang kak omei kongsikan tu??? Korang boleh terima tak?? Kak omei nak kongsikan satu vitamin ni dengan korang. Korang boleh jer nak consume dia seorang atau bersama yang lain.

Kak omei nak kongsikan korang dengan vivix. Memang merupakan minuman botani tau. Dah banyak research dijalankan. Dah tu pulak kajian yang dijalankan tu mengambil masa bertahun-tahun tau.

Tambahan pula dalam vivix mengandungi resveratrol dan polyphenol. Gabungan keduanya menghasilkan result yang luar biasa. Kalau tak percaya, kak omei kongsikan testimoni ye.. Korang boleh lihat di sini.

Jika korang inginkan maklumat lanjut, korang boleh jer whatapps di

Jika korang nak beli online, korang klik gambar troli di bawah ni yer

Sampai kita berjumpa lagi. Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan