10 Cara Menghias Kediaman Agar Menyerlah Dan Menarik Perhatian

Mei 06, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan kepada korang. Semoga korang semua sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Apa aktiviti korang waktu cuti ni?? Kak omei selalunya kerja lebih masa la. Kalau tak bekerja, selalunya kak omei akan mengemas dan membasuh apa yang patut.

Tambahan pula kedua-dua orang puteri kak omei ni suka sangat membantu ibu diaorang mengemas tau. Membakar lemak-lemak yang ada di dalam badan. Hehehehe...

Eh!! Macam terkena pulak dengan info yang kak omei nak kongsikan dengan korang ni tau. Haaa... Nak tahu tak???

Info yang kak omei nak kongsikan dengan korang adalah mengenai cara yang boleh korang gunakan untuk membuatkan kediaman menjadi semakin menarik. Haaa.... Bestkan??? Sesuai sangat la kak omei carik info ni. Boleh jugak digunakan untuk persiapan raya nanti... Auwww... Awalnyer... Heheheh


Semua orang mengimpikan sebuah kediaman sendiri. Kediaman yang diimpikan tu sudah pastilah sebuah kediaman yang menarik, ceria dan teratur walaupun punya anak yang masih kecil. Tak gitu!! Gambar di atas tu adalah kediaman impian kak omei. Suka sangat rumah berdepan dengan sungai. Dah tu ada pulak pokok-pokok. Boleh dapat ilham... Hehehhe

Bagi sesetengah orang, mendekorasi rumah adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan. Sebelum nak mendekorasi kediaman korang, 10 perkara ini perlu diambil perhatian. Bukan boleh main redah jer tau. Baca buku atau pun tanya jer dengan mr. google. Hehehehe...

Kalau korang nak tahu, kerja-kerja mendekorasi rumah ni mudah jer jika kita tahu cara dia. Kalau korang nak tahu apa dia 10 cara tu, meh sini kak omei cerita bagi..


1- Pemilihan Hiasan Yang Bersesuaian

Jika korang ni peminat atau gemar dengan palet motif kulit haiwan, korang kena pastikan jugak pemilihan dan hiasan dalaman bersesuaian dengan motif kulit haiwan tu. Almaklum la ada antara korang yang minat corak atau motif extreme gitu kan??

Jangan pulak korang pilih satu motif untuk semua ruang kediaman korang. Kang ramai yang takut nak bertandang pulak! Seram jek... Hahahaha...


2- Kebersihan Item Deko

Item-item yang korang gunakan untuk mendeko tu nanti, jangan la korang biarkan berhabuk. Kena rajin-rajin la membersihkannya. Paling kurang pun, korang boleh jer dapatkan pelekat habuk yang digunakan untuk pakaian korang tu bagi menghapuskan kesan habuk degil pada kusyen dan sofa.

Kalau korang guna jenis kayu pun korang kena rajin mengelap tau. Walaupun item kayu, habuk tetap boleh ada. Haaa...


3-  Padanan Yang Ideal

Untuk korang yang minat dengan perabot bermotif haiwan ni, korang cubalah ringkaskan dengan perabot jenis kayu atau metal. Jangan pulak korang bantai semua perabot korang dengan elemen haiwan semata-mata. Kaku tau!! Tak best la kediaman begitu...


4- Pemilihan Perabot Yang Sesuai

Kalau ye pun korang suka deko-deko ni, jangan pulak korang terlampau ghairah memadankan semua ruang kediaman korang dengan elemen berkilau. Tak sesuaiiiii tau!!!

Kalau korang nak tahu,emas sesuai dipadankan dengan kayu jenis gelap. Manakala perak pula sesuai dipadankan dengan besi tahan karat ataupun kaca jernih.

Haaa.. Ingat tu!!


5- Tetapkan Konsep

Apabila mempunyai kediaman sendiri ni, korang perlu tetapkan konsep kediaman korang. Ada pelbagai jenis konsep yang boleh korang padankan. Jangan pula bantai ikut suka. Pastikan harmoni ye.. 

Ada pelbagai konsep yang boleh korang gayakan antaranya adalah konsep klasik dan emas, moden dan perak. Manakala tembaga sesuai dengan urban mahupun etnik.


6- Elakkan Bersatu

Dalam duk seronok nak mendekorasi kediaman korang, faktor ni perlu korang titikberatkan. Ada beberapa padanan yang tidak sesuai digandingkan. Antaranya adalah emas dengan perak. Korang kena pilih salah satu sahaja kerana mereka ni masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Baruku tahu... Heheheheh....


7- Hiasan Kemasan Lembut

Jika korang penggemar hiasan jenis kemasan lembut, ianya hanya sesuai untuk kegunaan sekali sekala sahaja. Jni kerana stukturnya yang lembut akan memudahkan ianya rosak dan tidak selesa.

Kebiasaannya sesuai dijadikan sebagai bahan hias sahaja.


8- Padankan Dengan Bantal Yang Sesuai

Jika korang minat sofa dari jenis kulit asli polos, korang gandingkan lah dengan throw pillow motif bunga. Ini kerana akan membuatkan sofa korang manis dipandang mata.

Hamboiii....


9-  Kertas Dinding Fokus Ruang

Kertas dinding pun boleh juga digunakan sebagai titik fokus untuk ruang yang korang ingin fokuskan. Ada pelbagai jenis kertas dinding. Jadi pilihlah yang bersesuaian.

Jangan pula korang pilih satu jenis untuk seluruh ruang, nampak tak cantik dan serabut.


10-  Bunga Segar

Part ni memang kak omei suka. Kak omei dah lama simpan impian nak bubuh bunga tulip. Eh!!! Boleh ker??
Bila masukkan elemen bunga segar di dalam kediaman, ianya akan mencantikkan lagi penataan ruang serta mampu menebarkan aura positif, segar dan berbau harum.

Ermmmmm..... Bestnyer....


Macam mana??? Dah boleh korang bayangkan konsep kediaman korang? Nak masukkan elemen apa?? Kalau korang dah dapat, itu bermaksud korang faham dengan penulisan kak omei kali ini.

Haaa.... Jadinya, sebelum korang hendak mendeko-deko kediaman korang, pastikan cara-cara yang kak omei kongsikan tadi korang ikut tau. Mana tahu, lepas ni ramai pula kawan-kawan bertandang. Inn Syaa Allah....

Sampai di sini dahulu penulisan kak omei. Nanti kak omei kongsikan info dengan korang ye!!

Last but not least, kalau korang nak beli vitamin, jangan segan silu wasap kak omei di

0⃣1⃣6⃣5⃣0⃣0⃣3⃣0⃣7⃣5⃣

Assalamualaikum


You Might Also Like

0 ulasan