Amalan Pemakanan Sihat yang amat diperlukan Ibu-Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga kehidupan korang baik-baik hendaknya. Lama juga ye, kak omei menyepikan diri. Almaklum la kehidupan hari ini berbeza dengan semalam. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Si kakak baru je lega demam. Lega sikit hati kak omei.

Kesian tengok anak tak sihat ni. Mujur lah cepat recovernya. Alhamdulillah...

Kali ni, kak omei nak kongsikan info untuk ibu-ibu yang preggy. Info tentang apa tu???

Tentulah info mengenai pemakanan sihat untuk ibu mengandung ni. Ha... Amacam best tak???

Sebelum tu, meh tengok video yang kak omei nak kongsikan dengan korang ni! Tengok tau!!

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Macam mana video tadi tu? Ada beri ilmu tak? Kak omei pernah lalui pengalaman mengandung sebanyak dua kali. Kedua-duanya sangat berbeza. Mengandung anak sulung, kak omei cuma ambil rutin vitamin yang doktor bagi tu jer. Tu pun kekadang skip jugak. Hehehehe....

Tetapi, masa mengandung anak kedua, kak omei memang amalkan suplemen shaklee. Memang terasa sangat tau perbezaan dia. Aktif memanjang.. Hahahaha...

Ehhh!! Dah terlebih pulak! Kalau dah mula menaip, semua dia nak tulis. Hehehehe...

Seperti mana yang korang pernah lalui, pengalaman sewaktu mengandung sangatlah indah. Ditambah lagi apabila doktor mengesahkannya kan?? Setiap kali mengandung tak sama tau peel dia. Ada yang alami morning sickness, ada yang tak, ada yang nak makan macam-macam dan pelbagai lagi lah.

Selalunya, doktor akan bagi nasihat dan penerangan mengenai pemakanan sewaktu mengandung. Ini amat penting kerana, pemakanan sihat bukan semata-mata untuk bakal bayi sahaja tetapi juga untuk ibu mengandung.

Ibu mengandung memerlukan khasiat makanan yang sangat tinggi berbanding normal. Ianya membantu agar ibu dan bayi sihat dan cergas. Selain itu, pemakanan sihat juga membantu membaiki tisu yang rosak semasa kelahiran. Tak lupa juga untuk mengelakkan ibu-ibu mengandung dari menghadapi masalah anemia dan kekurangan zat.



Sekarang ni meh kita masuk ke pemakanan sihat yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung ni. Di antaranya adalah :



1- Sayur-sayuran.

Sayur-sayuran ni bagus tau untuk ibu-ibu mengandung ni. Selain daripada mengelakkan atau mengurangkan rasa mual, sayur-sayuran juga kaya dengan zat besi. Seperti mana yang korang tahu, zat besi ni penting tau untuk pembentukan hemoglobin di dalam badan.

Sayur-sayuran pun ada mineral jugak. Tapi pastikan sayur-sayuran dibasuh dan dimasak seeloknya.



2- Produk tenusu

Produk tenusu ni banyak mengandungi protein dan kalsium. Protein ni penting untuk pertumbuhan sel bayi dan memperbaiki jaringan yang rosak serta pembentukan otot. Kekurangan protein juga dikaitkan dengan kecacatan pada bayi.

Kalsium pula penting untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Ianya penting untuk mengelakkan tulang ibu reput (osteoporosis) kerana bayi mengambil kalsium dari ibunya.



3- Buah-buahan

Buah-buahan ni sedap dijadikan sebagai snek. Sudah la kaya dengan vitamin dan mineral, kaya pula dengan serat. Sangat bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah sembelit di kalangan ibu mengandung. Buah-buahan juga membantu meningkatkan stamina dan membekalkan tenaga. Membantu juga meningkatkan kekebalan badan ibu mengandung.



4- Bijirin

Bijirin mengandungi mineral, vitamin, karbohidrat dan kalsium. Sangat-sangat membantu untuk menyokong aktiviti ibu dan keperluan bayi di dalam kandungan.Seeloknya banyakkan bijirin penuh di dalam hidangan.



5- Kekacang

Kekacang mengandungi Omega 3 yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak bayi. Di samping itu, kekacang juga membekalkan tenaga dan kaya dengan kandungan protein dan Vitamin B serta folic asid.



6- Air Suam

Ha... Ini tak boleh tinggal. Kena paksa juga diri untuk lebihkan air suam daripada air manis. Tak elok sangat untuk ibu mengandung melebihkan minuman manis. Minum lah antara enam ke lapan gelas sehari ataupun mengikut keperluan. Membantu melawaskan pembuangan air kecil dan besar.



Disamping itu, digalakkan juga pengambilan suplemen untuk ibu-ibu mengandung. Suplemen ini adalah sebagai tambahan semasa mengandung bagi memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan di dalam pemakanan seharian. Pemakanan sihat setiap hari amat penting dijaga dan diteruskan walaupun mengambil suplemen.

Antara suplemen yang digalakkan di ambil semasa mengandung adalah :



-  Vita C Plus

Vitamin C ni adalah antioksida. Ianya membantu menguatkan sistem imun badan ibu mengandung. Vitamin C ni istimewa tau. Nak tahu kenapa kak omei berkata begitu??

Ini adalah kerana Vitamin C ni dibebaskan setiap jam. Macam mana pulak tu? Ianya bermaksud, setiap satu jam dibebaskan 100mg Vitamin C. Vitamin C ni berkekuatan 500mg. Ini bermakna, vitamin C dapat diserap hampir 99% di dalam tubuh ibu mengandung. Mengurangkan pembaziran. Tambahan pula, Vitamin C diperlukan untuk membantu penyerapan mineral.




  - B Complex

B complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vutamin b termasuklah biotin dan asid folic. Haa, senangkan. Telan sebiji untuk mendapat manfaatnya. Kalau korang nak tahu, vitamin B nj adalah vitamin larut air. Jadi, yang mana tidak diperlukan akan disingkirkan. Sebab itu amat penting pengambilan vitamin B complex ni setiap hari. Tambahan pula dapat mengelakkan berlakunya kecacatan pada bayi akibat kekurangan folic acid.



 - Vita Lea

Kalau korang nak tahu, inilah vitamin pertama yang dicipta oleh shaklee. Multivitamin pertama tau uuoollss... Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral.

Di dalam Vita Lea ni pun ada zat besi yang membantu mengelakkan ibu-ibu mengandung daripada menjadi anemia dan kekurangan nutrisi. Membantu mencerdaskan ibu-ibu mengandung.



Sekarang, meh kita lihat testimoni akak-akak yang gunakan set mengandung ni yer???



Jika korang inginkan lagi info dengan lebih lanjut, korang boleh jer

Whatapps : 016-5003075
FB               : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE    : Multivitamin plus Multimineral
IG                : Sulianayusof



Tapi, kalau korang nak order online pun boleh jugak tau. Korang klik je gambar troli di bawah ni yer. Mudahkan???

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=660110aa3162f77605b07eec19f1e20a


Sampai di sini dahulu celoteh kak omei. Nanti kak omei menulis lagi yer. Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.