Skoliosis mampu dikurangkan dengan rawatan semulajadi dan selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat disamping keluarga. Kak omei sekarang ni sibuk dengan kerja ditambah pula dengan anak-anak yang semakin membesar. Seronok melihat keletah mereka.


Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang mengenai tulang. Bukan tulang ikan atau tulang ayam tau. Tapi tulang manusia. Haaaa..... Bukan berkaitan dengan arkeologi jugak yer.... Hehehehe.....


Apa yang kak omei maksudkan adalah, penyakit skoliosis. Korang tahu ker?? Penyakit skoliosis ni berkait dengan tulang kita. Jom korang, kak omei kupaskan isu skoliosis nih....





Skoliosis ni adalah satu keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok atau melengkung pada paksinya. Ianya lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak dua peratus berbanding kaum lelaki hanya 0.5 peratus. Kalau korang nak tahu, perkataan skoliosis berasal dari bahasa yunani yang membawa maksud bengkak.

Tulang belakang yang normal pula mencengkung ke dalam dan ke luar apabila dipandang dari sisi. Jika dipandang dari belakang, ia kelihatan lurus.

Skoliosis ni ada kelihatan dalam bentuk "S" ataupun "C".

Baru faham apa itu skoliosis. Ingatkan penyakit kulit. Hehehe.... Punya la tak tahu... Jom kita tengok tanda-tanda penyakit skoliosis ni. Antaranya adalah :


1- Jarak antara tangan dengan trunk tidak sama.


2- Kepala tidak lurus dengan badan.


3- Kelihatan bahu tinggi sebelah.


4- Badan sebelah belakang ada bonggol sedikit.


5- Tulang belakang yang membengkok nampak lebih jelas.


6- Pinggang tinggi sebelah.


7- Bentuk badan nampak tidak normal.

Skoliosis ni ada banyak jenis tau. Ada antara tu jarang kita dengar. Kalau ada pun tak banyak. Selalunya yang tidak tahu punca tu yang kerap berlaku.

Antara jenis-jenis skoliosis ni adalah :

1- Idiopathic (punca yang tidak diketahui)
Jenis ni memang paling banyak la.


2- Congenital (skoliosis yang berlaku sejak di dalam rahim)


3- Neuromuscular (disebabkan kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy)


4- Metabolic (disebabkan oleh gangguan proses bahan kimia di dalam badan)


5- Traumatic (disebabkan oleh kecederaan)


6- Infeksi (disebabkan oleh jangkitan kuman)

Antara yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh Idiopathic skoliosis. Idiopathic skoliosis terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :


1- Infantile Idiopathic Skoliosis

Skoliosis jenis ini dikesan ketika masih bayi  sehingga berumur tiga tahun.


2- Juvenile Idiopathic Skoliosis

Skoliosis jenis ini dikesan pada umur tiga tahun sehingga sepuluh tahun.


3- Adolescent Idiopathic Skoliosis

Skoliosis jenis ini dikesan pada umur sepuluh tahun dan ke atas.



Kebiasaannya Adolescent Idiopathic Skoliosis paling kerap dijumpai. Antara punca-punca penyebab Adolescent Idiopathic Skoliosis adalah :



a) Faktor genetik


b) Masalah kolagen


c) Hormon yang tidak stabil


d) Ketumbuhan


e) Cerebral Palsy


f) Jatuh


g) Masalah akibat saraf otot




Antara rawatan yang dilakukan adalah pemakaian bracing. Pemakaian bracing ni ada yang mengambil masa yang lama dan sekejap. Jika masalah skoliosis serius, berkemungkinan memerlukan pembedahan.

Ianya bergantung kepada darjah atau sudut kebengkokkan tulang belakang itu.

Selain rawatan di hospital, terdapat juga rawatan menggunakan suplemen. Suplemen hanya membantu untuk menyokong kesihatan yer bukan untuk menyembuhkan. Jika melakukan rawatan di hospital, teruskan ye... Jangan pandai-pandai sendiri. Rujuk pada doktor dahulu.


Suplemen yang kak omei maksudkan adalah :




Vivix merupakan sirap pekat yang berwarna merah. Dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi iaitu :


a) Anggur Muscadine

b) Purple carrot

c) European Elderberry

d) Polygonum Cuspidatum


Keempat bahan aktif di atas sangat kaya dengan polifenol. Selain itu, mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi dan sel antipenuaan semulajadi.




Shaklee Collagen powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mana ianya mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) collagen. Iaitu kolagen yang bermutu tinggi dan tulen yang di ekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga mengandungi tujuh bahan utama iaitu :


a) Ekstrak biji benih Camela Japonica

b) Ekstrak Pfaffia

c) Kolagen ikan

d) Ekstrak kerang-kerangan

e) Lactobacilus Acidophiles

f) Vitamin C

g) Vitamin B


Semua diatas digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.




Ostematrix merupakan campuran antara Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan dan beberapa mineral lain. Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen sementara magnesium diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


Seperti yang kita semua tahu, tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.

Banyak juga perkongsian kak omei kali ini. Semoga memberi panduan dan info buat korang semua. Jika korang inginkan maklumat lanjut, korang boleh


Whatapps  : 016-5003075
FB               : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE    : Multivitamin Plus Multimineral 
IG                :Sulianayusof


Jika ingin membuat pembelian online, klik gambar troli di bawah




Sampai di sini dahulu perkongsian kak omei. Nantikan penulisan daripada kak omei yer..

Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom sama-sama menjayakannya.

Ulasan

iLiAiSyAhkaDir berkata…
jkalau duduk lama mmg sakit blakang. Oste dah makan. nanti nak makan vivix la
suliana yusof berkata…
Oste ambik berapa biji? Ambik tetiap mlm tak? Vivix memang terbaik la. Kak omei memang duk ambil pun vivix. Kesan dia memang ploles la

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.