Kesan akibat kekurangan mineral zink di dalam tubuh badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sedia membaca coretan kak omei ni. Hehehe... Kadang-kadang timbul, kadang-kadang tenggelam.


Kali ni, perkongsian kak omei adalah mengenai topik yang santai-santai je. Kak omei nak kongsikan mengenai kesan kekurangan mineral zink di dalam badan kita. Ada kesan tak??


Adakala tu, tak ambil kisah sangat kan. Almaklum la hanya sekadar mineral sahaja kan. Padahal, zink ni memainkan peranan yang penting tau.


Kalau korang nak tahu, zink ni merupakan mineral yang perlu ada di dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakan reaksi-reaksi biokimia di dalam tubuh kita.


Sekarang ni meh kak omei kongsikan dengan korang fungsi mineral yang bernama zink ni. Mineral ni sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Ini kerana faktor pemakanan kita pada masa kini sudah berubah.

Antara fungsi-fungsi mineral zink adalah :

1- Mengurangkan berlakunya keradangan kulit seperti jerawat.

2- Membantu sistem imun badan melawan atau menyerang bakteria dan virus.

3- Merencatkan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam badan.

4- Menyokong pengeluaran hormon progesterone agar estrogen yang dihasilkan itu sama rata.

5- Mengelak dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat, payudara, kulit dan sebagainya.


Walaupun adakala kita rasa dah cukup vitamin atau mineral, tetapi rupanya masih tidak mencukupi. Ada cara ke kita nak tahu kita ni kekurangan vitamin atau mineral??

Meh sini kak omei kongsikan dengan korang kesan kekurangan mineral zink di dalam badan kita. Antaranya adalah :

a) Sistem imuniti rendah. Akibatnya selalu la demam ke batuk ke selsema ke

b) Tahap ingatan yang semakin rendah. Tadi bukan main ingat nak ambil beg, tup-tup lupa macam tu jer. Bila dah sampai kedai baru tau tak bawa beg duit. Adoiii...

c) Hilang selera makan. Berat pun turun dengan mendadaknya.

d) Jika berlaku luka pula, lambat la nak sembuh.

e) Masalah kesuburan

f) Masalah prostat.

g) Hilang berat badan

h) Gangguan ovulasi

i)Kulit, kuku dan rambut bermasalah. Kuku jadi rapuh, rambut pulak asyik luruh. Lelama boleh botak ni..

j) Tidak dapat fokus sepenuhnya.

k) Gangguan pada mata

l) Tompok putih pada kuku. Yang ni  memang selalu la. Dulu tak tahu pun kata itu petunjuk untuk simptom kurang mineral zink.


Sekarang ni kak omei nak kongsikan dengan korang makanan yang kaya dengan sumber mineral zink. Makanan tersebut adalah :

- Daging

- Telur

- Makanan laut seperti kerang atau ikan.

- Susu dan produk tenusu seperti keju.

- Buah Beet

- Tiram

- Cendawan

- Organ dalaman ayam atau lembu seperti hati

- Bijirin seperti gandum

- Ragi

- Roti

- Kelacang seperti gajus ataupun pistachio


Setakat ini dahulu perkongsian kak omei. Semoga sedikit sebanyak membantu korang semua. Nantikan lagi selepas ini perkongsian kak omei. Nak tahu apa dia???? Tungguuuu....


Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom sama-sama kita menjayakannya.....

Assalamualaikum...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.