9 Cara Semulajadi yang Membantu meningkatkan paras HDL di dalam darah

Mac 09, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat hendaknya dan bergembira selalu. Alhamdulillah, sepanjang minggu ni adalah minggu yang sangat menggembirakan. Walaupun letih dengan kerja-kerja hakiki dan kerja rumah, namun sempat lagi melakukan aktiviti yang disukai. Apa dia yang disukai sangat tu???

Sudah pasti la aktiviti menulis....

Kali ni kak omei nak berkongsi dengan korang mengenai masalah kesihatan yang semakin bertambah. Hari-hari ada je yang buka buku tau. Kadang-kadang tu terfikir juga adakah mereka ini mengetahui atau tidak.

Oklah, membebel pulak! Kak omei nak kongsi dengan korang mengenai kolesterol. Semua orang ada kolesterol di dalam badan. Kolesterol pula terbahagi kepada kolesterol jahat (LDL), kolesterol baik (HDL) dan trigliseride. Almaklum la kak omei baru dapat keputusan ujian darah kak omei. Alhamdulillah.....



Walaupun keputusan yang kak omei terima tu dalam range lagi, tapi kak omei harus berhati-hati dah. Kena kurangkan makanan yang berkolesterol, kena banyakkan bersenam, kena banyak minum air kosong, kena konsistan ambil suplemen. Wah!! Banyaknya kena buat ni....

Kalau nak sihat, haruslah berkorban bukan??? Bukan susah sangat pun kan??? Oklah, korang dah tengok result darah kak omei kan? So sekarang kita masuk ke topik yang kak omei nak kongsikan ni.

Korang tahu tak kenapa HDL kita kena bagi tinggi?? Ianya adalah kerana, jika bacaan HDL kita tinggi, ianya membantu untuk membawa keluar kolesterol daripada arteri (salur darah) ke hati kita sama ada untuk digunakan ataupun untuk dilupuskan. Selain itu juga, jika bacaan HDL kita tinggi, ianya membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Ini adalah kerana, paras HDL yang tinggi turut memberi kesan antioksida dan antiradang.

Sekarang, meh kak omei bawakan korang sembilan cara yang sihat yang mana membantu meningkatkan lagi kolesterol baik (HDL). Ianya adalah :



1- PENGGUNAAN MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun merupakan sumber lemak mono tak tepu yang mana ianya membantu untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Kajian yang dijalan turut menemui kandungan polyphenol iaitu antioksida di dalam minyak zaitun yang mana membantu meningkatkan paras HDL di dalam darah.



2- DIET KETOGENIK ATAU KURANG KARBOHIDRAT

Diet ini adalah diet yang kurangkan pengambilan karbohidrat. Diet jenis ini membawa banyak kebaikan kepada kesihatan. Ianya membantu untuk penurunan berat badan, penurunan gula di dalam darah, meningkatkan paras bacaan HDL di dalam darah dan juga mengurangkan paras triglicerida di dalam darah.


3- SENAMAN BERTERUSAN

Secara fizikalnya, apabila kita aktif melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ianya membantu untuk kesihatan jantung kita. Melakukan senaman seminggu lima kali membantu untuk meningkatkan paras HDL di dalam darah.



4- MINYAK KELAPA

Ada kajian yang dijalankan membuktikan bahawa minyak kelapa :

    a) Membantu mengurangkan selera
    
    b) Meningkatkan kadar metabolisme

    c) Membantu melindungi otak


Disebabkan itulah, minyak kelapa dapat membantu meningkatkan lagi paras HDL kita. Penggunaan dua sudu besar minyak kelapa setiap hari membantu meningkatkan paras HDL kolesterol di dalam badan. Jadi, Cubalah....



5- BERHENTI MEROKOK

Seperti mana yang korang semua tahu, merokok akan meningkatkan lagi risiko pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuklah penyakit jantung dan kanser paru-paru. Salah satu kesan negatif akibat merokok adalah menyekat peningkatan HDL di dalam darah.

Jadi, untuk meningkatkan paras HDL kita, berhentilah merokok ye. Bukan setakat HDL kita dapat meningkat jer, dapat lagi kesan positif seperti melindungi daripada penyakit jantung. Di klinik kerajaan ada disediakan perkhidmatan berhenti merokok ni.



6- PENGURANGAN BERAT BADAN

Pada masa kini, masalah obesiti menjadi sangat popular. Salah satunya adalah disebabkan pemakanan kita.  Jadinya, untuk tingkatkan semula paras HDL, kita perlu kurangkan berat badan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan iaitu :

  
      a) Melalui kiraan kalori makanan

      b) Menyekat karbohidrat

      c) Puasa

      d) Pembedahan

      e) Kombinasi diet dan senaman

Terdapat beberapa kaedah mengurangkan berat badan yang dilakukan oleh  mereka yang obesiti menunjukkan peningkatan HDL di dalam darah mereka.

Bestkan??



7- PILIH MAKANAN WARNA UNGGU


Makanan yang berwarna unggu ini mempunyai antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanins. Ada kajian yang dijalankan turut membuktikan bahawa penggunaan ekstrak anthocyanins membantu untuk :


   a) Membantu melawan keradangan

   b) Melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

   c) Membantu meningkatkan paras HDL di dalam darah

Antara buah-buahan atau sayur-sayuran berwarna unggu adalah seperti kubis unggu, blueberri, blackberri dan lain-lain lagi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna unggu akan meningkatkan lagi paras HDL di dalam darah.





8- PENGAMBILAN MINYAK IKAN (OMEGA)

Seperti mana yang korang semua ketahui, omega 3 memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Ini termasuklah mengurangkan keradangan, memperbetulkan fungsi sel dan kesihatan jantung.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa dengan pengambilan omega 3 juga membantu untuk meningkatkan paras HDL di dalam darah. Apabila HDL meningkat, risiko untuk penyakit jantung dapat dikurangkan.



9- ELAKKAN PENGGUNAAN ARTIFICIAL LEMAK TRANS


Artificial lemak trans ni kerap dijumpai di dalam marjerin dan juga makanan yang diproses seperti makanan di dalam tin. Penggunaan artificial lemak tran menunjukkan pengurangan kolesterol HDL di dalam darah. Selain itu juga, penggunaan artificial lemak trans juga meningkatkan keradangan.

Kak omei kongsikan dengan korang testimoni yang meningkatkan lagi paras bacaan HDL iaitu :


PHYTOCOL-ST

1) Membantu menghalang penyerapan kolesterol di dalam darah dan menurunkan paras LDL.

2) Membantu menurunkan paras LDL sebanyak 10 peratus dan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus.



OMEGA GUARD


1) Menyokong kesihatan kardiovaskular

2) Membantu merendahkan paras trigeliserida di dalam badan

3) Mengurangkan kandungan kolesterol jahat (LDL) di dalam darah dan meningkatkan bilangan kolesterol baik (HDL)




GARLIC

1) Membantu merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah.




VIVIX

1) Memperbaiki masalah darah tinggi dan kolesterol tinggi.

2) Membantu melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia.




Banyak juga info yang kak omei kongsikan dengan korang semua. Kak omei nak mulakan diet seimbang lebih ketat sedikit. Ini bagi memastikan kesihatan dalam badan kak omei dapat berfungsi dengan baiknya.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita agar dapat menikmatinya dengan tenang dan gembira.

Jika ingin membeli secara online, boleh klik di gambar troli di bawah




Sebarang maklumat lanjut, boleh je klik di sini


www.wasap.my/60165003075



Cukup di sini dahulu perkongsian kak omei. Nanti kak omei kongsikan lagi yer. Assalamualaikum...

You Might Also Like

2 ulasan