Sabtu, 4 Februari 2017

Tips Untuk Mendapatkan Mata yang Cantik dan Bersinar Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aktiviti hujung minggu ni selalunya korang buat apa? Kak omei selalunya mengemas rumah dan bermain bersama anak-anak. Banyak tau kena pelajari apabila anak-anak semakin membesar dengan jayanya. Heheheh...

Kali ni kak omei nak kongsikan artikel yang bertajuk mendapatkan mata yang cantik dan bersinar. Haaa... Nampak tak kak omei nak kongsi tips mengenai mata. Mata yang kita ada ni satu anugerah yang tidak ternilai tau. Sebab tu la kita kena jaga sebaik mungkin. Jangan ambil mudah ya, kerana mata itu adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada umat manusia.

Nah! ikuti beberapa tips yang kak omei sertakan untuk mendapat mata yang bersinar dan cantik.

1. PEMBERSIH KHAS


Image result for pembersih mata 

Apabila berbicara mengenai mata, perlukan juga pencucian tau. Sebab itulah kita perlu memilih pencuci yang khusus untuk membersih di kawasan mata kita. Ini kerana, kawasan mata adalah kawasan yang agak sensitif jika hendak dibandingkan dengan kawasan yang lain. Tidak kiralah jika kita mengenakan solekan ataupun tidak, bahagian mata perlu kita bersihkan setiap hari. Nak bersihkan pun ada cara tau. Bersihkan dengan lembut dan lap dengan perlahan supaya tidak menyakitkan mata.


2. MINUM AIR MASAK


Image result for minum air masak



Haaaa.... ini macam susah jer kan??? No...No...No... Jangan la buat macam tu. Kena banyakkan minum air masak tau korang. Faktor cuaca yang panas atau berada di dalam bangunan yang berhawa dingin boleh juga mempercepatkan kedutan disekitar mata. Aauucchh... Tak mahu la... Jadi, hendak mengatasinya adalah kita perlu minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian mata kita daripada kering dan berkedut.


3. TEKNIK ALAMI


Image result for timun atas mata


Apa tu?? Ala teknik semulajadi la. Macam mana tu? Ala, yang kita guna timun atau uncang teh terpakai untuk diletakkan di mata tu. Membantu memberi kelegaan dan rehat kepada mata kita. Disamping menjimatkan kos jugak. Satu lagi kaedah adalah menyapu ais pada keliling mata juga merupakan kaedah yang dapat membantu melancarkan pengaliran darah ke mata.


4.  SENAMAN MATA


Image result for senaman mata



Bukan tubuh badan jer yang perlukan senaman tau. Mata pun boleh kita buat senaman. Macam mana nak buat senaman mata yer??? Ok, macam ni kaedahnya. Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan anak mata ke kanan, ke kiri, ke atas, dan ke bawah dalam kiraan 10 saat. Senaman ini boleh membantu meredakan ketegangan di sekitar otot mata dan berkesan untuk tugasan di hadapan komputer sepanjang hari. Eh! boleh buat nih..


Selain daripada tips-tips diatas, pengambilan suplemen juga membantu untuk kita mendapatkan mata yang sihat dan bersinar. Antara suplemen itu adalah


5. Carotomax

Carotomax ni adalah gabungan 6 jenis karotenoid penting untuk perlindungan antioksidan. Karotenoid yang saya maksudkan adalah :

Image result for carotomax 

Banyakkan!!! Semuanya dalam satu botol Carotomax. Kak omei sertakan sekali testimoni untuk tatapan korang semua. 




Image result for carotomax 

 
Related image 


7. Vivix


Image result for vivix 


Vivix ni bukan penyembuh yer. Ini cuma ikhtiar kita sahaja. Membantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Vivix mengandungi antioksida yang tinggi kerana mempunyai gabungan Resveratrol dan Polyphenol. Membantu melindungi organ badan kita daripada terdedah kepada radikal bebas. Lagipun vivix membantu menyokong kesihatan mata kita.

Kak omei sertakan testimoni untuk tatapan korang yer.

  
Related image 

Image result for testimoni vivix untuk mata 

Seronokkan dapat mengembirakan orang-orang yang kita sayang.....

Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan.
Jom sama-sama kita menjayakannya.

Inginkan maklumat lanjut,

Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof


 Jika ingin membeli secara online pula, klik gambar troli di bawah yer....


 Image result for cara buat butang esell
Sampai di sini dahulu. Nanti kak omei kongsikan lagi yer.... Assalamualaikum...



2 ulasan:

Mahamahu berkata...

Thanks kerana sudi share nice info untuk saya... dari blog mahamahu.com

suliana yusof berkata...

@Mahamahu terima kasih juga kerana sudi meninggalkan jejak di blog newbie seperti saya.