Kaedah semulajadi dan selamat untuk menangani stres di kalangan wanita

Februari 04, 2017

Assalamualaikumdan salam sejahtera. Di harap korang semua ceria dan senyum-senyum selalu. Hari ini, kak omei suka sangat nak berkongsi info dengan korang semua. Mood terlebih rajin kot. Diharap mood rajin ni akan meresap ke dalam diri setiap hari. Aminn

Kak omei nak kongsikan dengan korang semua mengenai Cara kita nak tangani stres. Semua orang mengalaminya boleh dikatakan setiap hari. Begitu juga dengan kak omei, setiap hari ada sahaja tekanan yang datang menghimpit. Bila dah tertekan, mula la emosi pun tak stabil kan?? Kerja nak marah je la. Jangan amalkan begitu ye. Bahaya tau untuk kesihatan korang.

Jika kita hendak bandingkan, wanita ni lebih kerap mengalami tekanan atau stres tau. Bukan sahaja kesibukan bekerja di pejabat sahaja, menguruskan rumah tangga ataupun wanita yang dalam percintaan pun akan mengalami stres. Sampai begitu sekali kan???Jika tidak ditangani dengan betul, sudah pasti akan menyebabkan tekanan.Sebelum kita nak tangani stres, meh kita lihat dulu punca-punca yang menyebabkan stres.

Jom....................


1. HORMON


Image result for hormon wanita


Sepanjang hidup seorang wanita, ia kan mengalami perubahan hormon yang ketara. Contohnya adalah sewaktu mengandung, menstruasi atau sewaktu menopause. Ketidakseimbangan inilah yang akan menyebabkan berlakunya perubahan pada jiwa dan hati dan kesan dia adalah stres. Teringat kisah Mohabbatein, apabila Aishwarya Rai terjun dari biliknya akibat Amitabh Bachchan tidak merestui hubungan percintaan. Sampai begitu sekali tekanan yang dihadapi oleh anak perempuannya.

2. TIADA KEKUATAN

Wanita yang sering merasakan kurang kekuatan dalam perubahan yang dialami akan terus hidup di dalam tekanan. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk mengubahnya. Sebagai contoh, wanita yang tidak bahagia dengan perkahwinannya tetapi dia tidak melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Akan menyebabkan wanita itu bertahan di dalam hubungan tersebut. Lama-kelamaan, menambahkan lagi tekanan yang dihadapi.

3. PERANAN BERGANDA

Sebagai wanita berkejaya, mereka mempunyai masa yang sangat terhad bersama keluarga. Keadaan ini membuatkan wanita cepat merasa bersalah terhadap keluarga mahupun anak-anak.Keadaan ini juga boleh meningkatkan lagi stres. Lagi teruk apabila mereka tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

4. KENANGAN HIDUP

Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, punca utama penyebabnya stres adalah kerana kehilangan pasangan dan tekanan hidup didalam perkahwinan.

5. AKTIVITI HARIAN

Image result for aktiviti harian wanita berkerjaya

Ini pun salah satu daripada punca stres juga. Antaranya adalah disebabkan oleh penimbunan nilai kad kredit, bergaduh dengan pasangan, kereta terlanggar pagar, di marahi bos dan sebagainya.



Sekarang ni meh kita lihat langkah yang sesuai untuk kita kurangkan stres. Terdapat beberapa caya yang boleh kita lakukan. Di antaranya adalah bersenam, melakukan yoga, bercuti dan sebagainya. Tetapi, bukan semua orang dapat melakukanya, jadi anda boleh ikuti tips berikut.

1. KAWAL DIRI

Tekanan atau stres berlaku akibat korang terlampau berusaha untuk mengawalnya. Cuba jangan terlalu mengawal atau mengaturkan. Tidak perlu sampai memaksa diri sendiri. Buat sekadar yang termampu.

2. FIKIRKAN POSITIF

Tekanan atau stres akan mudah meningkat jika korang selalu memikirkan kekurangan diri korang. Dalam satu penelitian yang dilakukan, menunjukkan bahawa seseorang yang percaya kepada diri dan berkeyakinan dapat menjaga hormon kortisol. Jadinya tahap stres akan rendah.

3. MAKANAN SIHAT

Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau boleh, elakkan pengambilan gula, kaffein dan makanan berlemak. Sumber tenaga yang sihat dapat membantu emosi kita stabil. Lagi satu, jangan makan jika tidak lapar. Nak tahu kenapa??? Merupakan salah satu tanda korang alami stres..

4. TIDUR BERKUALITI

Best ni kan.... Bila dapat tidur dengan nyenyak segala tekanan yang melanda akan berkurangan. Jadi elakkan pengambilan kaffein sebelum tidur.

5. HIBURKAN HATI SENDIRI

Apabila mengalami stres,korang akan sukar untuk menerima perkara-perkara yang baru. Untuk atasinya adalah dengan mengikuti kels sulaman, jahitan, solekkan, melukis atau aktiviti yang mengembirakan.

6. PENGAMBILAN SUPLEMEN

Membantu di dalam kehidupan kita semua. Suplemen mengandungi nutrisi yang mungkin badan kita perlukan yang mungkin tiada atau kurang dalam pemakanan harian kita. Antara suplemen yang korang boleh ambil adalah

    - B Complex

Image result for b complex shaklee 

Image result for testimoni b complex 



Image result for testimoni b complex


Antara testimoni B Complex. Vitamin membantu menambahkan tenaga dan mengurangkan stres.


           - Vivix



Image result for testimoni vivix untuk stres 

             Menyokong kesihatan secara keseluruhan. Disamping membantu menambahkan tenaga.


Korang nak rasa kelebihannya, klik gambar troli yer...


Image result for cara buat butang esell 

 Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehiduoan dengan penuh keceriaan. 
Jom kita sama-sama menjayakannya.

Jika inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi


Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof
 
 
Sampai di sini dahulu. Nanti kak omei updatekan lagi yer... Assalamualaikum...

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Salam perkenalan juga

    BalasPadam
  3. saya makan b-compleks ni tak jalan. huhuhu

    BalasPadam
  4. @dorsett pink awak ambil b complex untuk apa yer? So far alhamdulillah saya ambil b complex ni. Menambahkan tenaga dan saya mudah fokus. Stres pun berkurangan. Bukan sekadar ambil suplemen jer cik, kena check juga dari segi pemakanan harian, aktiviti fizikal, emosi dan sebagainya. Suplemen sekadar membantu mencukupkan nutrisi harian kita yang adakalanya tidak mencukupi disebabkan oleh pemakanan atau persekitaran kita.

    BalasPadam