Kaedah merawat serangan strok secara semulajadi dan terbukti selamat

Februari 07, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap korang semua sihat dan gembira selalu. Hari ini, kak omei nak berkongsi info mengenai cara untuk merawat strok. Bahaya kan penyakit tu??

Kalau korang nak tahu, strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Tambahan pula strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Tetapi,majoriti di Malaysia, orang dewasa yang menghidapinya. Serangan strok dianggap sebab utama kepada kehilangan upaya yang teruk.


Seperti mana yang korang semua tahu, otak merupakan pusat kepada saraf tubuh kita. Untuk berfungsi dan bekerja, otak memerlukan bekalan darah secara berterusan yang membawa oksigen dan nutrient yanh penting.

Serangan strok berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen. Ianya kebiasaannya berpunca daripada saluran darah kepada tisu otak tersumbat ataupun berlaku pendarahan di dalam otak.

Bahaya kan??? Dengar je pun dah gerun.

Terdapat dua jenis strok tau. Strok yang saya maksudkan tu adalah

1- Iscaemic strok

Strok Iscaemic disebabkan oleh saluran arteri yang membekalkan darah yang mengandungi oksigen ke tisu otak kita tersumbat disebabkan oleh darah beku.

2- Haemorrhagie strok

Stok ini pula berlaku disebabkan oleh salur darah di dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan.

Sekarang ni, kak omei kongsikan dengan korang tanda-tanda yang mungkin akan dialami semasa terkena serangan strok.
Di antaranya adalah :

1- Tidak dapat mengimbangi tubuh badan apabila berjalan.

2- Penglihatan menjadi kabur, gelap ataupun objek menjadi dua.

3- Muka menjadi senget dan menyebabkan berlakunya masalah pertuturan.

4- Mengalami masalah kebas,lemah atau lumpuh sebelah badan.

Terdapat beberapa punca yang sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan berlakunya serangan strok. Punca-punca tersebut terbahagi kepada risiko yang boleh diubah dan juga risiko yang tidak boleh diubah.

Risiko yang boleh diubah terdiri daripada:

1- Tekanan darah tinggi

Untuk mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,selalunya tidak ada sebarang simptom yang khusus. Jadi, sangat penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah. Jika ada alat pemeriksaan di rumah, boleh la ambil tiap-tiap hari. Jika tiada, buatlah temujanji dengan doktor.

2- Merokok

Risiko diserang strok akan menurun dengan serta-merta jika korang berhenti merokok.

3- Penyakit kencing manis

Sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis, ianya akan meninggikan risiko untuk mendapat serangan strok. Jadi, kawal pemakanan dan lakukan aktiviti fizikal setiap hari.

4- Kolesterol

Saluran darah yang sangat halus boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Penyumbatan kebiasaannya disebabkan oleh kolesterol. Apabila kolesterol tersumbat di dalam salur darah, bekalan darah ke otak boleh terganggu dan seterusnya menyebabkan serangan strok.

5- Obesiti

Jika korang mengalami masalah berat
yang tidak terkawal, akan meninggikan lagi risiko mendapat serangan strok. Jadi, kawal berat badan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti senaman yang berterusan.

Risiko yang tidak boleh diubah pula terdiri daripada :

1- Umur

Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda untuk mereka yang berumur melebihi 55 tahun. Selalunya unur begitu, hampir-hampir hendak bersara. Uitt... Kena berwaspada ni...

2- Genetik

Jika salah seorang daripada keluarga korang yang terdekat pernah mendapat serangan strok, kemungkinan besar korang berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok juga. Keluarga terdekat tu seperti ayah, adik, nenek dan sebagainya.

3- Jantina

Kebiasaannya kaum lelaki adalah yang tertinggi mendapat serangan strok jika hendak dibandingkan dengan kaum wanita. Tetapi, kaum wanita lebih ramai yang meninggal dunia akibat serangan strok berbanding dengan kaum lelaki. Isk..Isk.. Risau ni. Kak omei pun ada saudara terdekat yang mengalaminya.

4-  Sejarah serangan jantung atau strok

Mereka yang pernah mendapat serangan jantung atau strok lebih berisiko tinggi berbanding dengan mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Di sini kak omei sertakan tips-tips untuk mencegah serangan strok ye.


1- Jika korang ada masalah tekanan darah tinggi, kawal tekanan darah tinggi korang secara optimum. Jangan dibiarkan semakin meningkat.


2- Jika korang ada masalah kencing manis, jangan dibiar bacaan gula menaik. Kawal pemakanan dan buat aktiviti senaman.

3- Buat pemeriksaan kolesterol. Jika tahap kolesterol berada di tahap yang memerlukan pengambilan ubat, ambil sahaja yer. Boleh mengurangkan serangan strok.


4- Rawat masalah stres atau tekanan korang dengan betul.


5- Konsisten melakukan aktiviti senaman. Senaman aerobik dikatakan mampu mencegah strok.


6- Jika korang ada merokok, cuba kurangkan. Jika boleh, korang boleh ikuti klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan.


7- Tangani masalah obesiti menerusi pengambilan makanan yang sihat.



Itulah antara tips-tips yang kak omei kongsikan dengan korang. Tetapi kan, apabila korang dah lakukan perkara di atas tu, apa kata korang tambah lagi satu benda.



Apa tu????

Yang kak omei nak cerita tu adalah mengenai vivix. Banyak juga testimonial mengenai pesakit yang terkena strok yang mengambil suplement vivix ni. Antaranya adalah


 

Ini adalah di antara testimonial yang dapat kak omei sertakan. Banyak membantu bukan???


Seperti mana yang korang semua tahu, Vivix mengandungi Resveratrol dan gabungan polyphenol. Membantu mengelakkan tubuh kita daripada diserang berjuta-juta radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan DNA tau. Tambahan pula ramuan yang terkandung di dalam vivix membantu melindungi dan memperbaiki selular DNA.

Jika ingin dapatkan secara online, klik di butang troli ye...









Image result for cara buat butang esell

Haaaa..... Banyak juga perkongsian kak omei kali ni. Semoga perkongsian ini membantu untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan kita semua.


Jika korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh


Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof



Tetapi, jika korang ingin dapatkan 20% penjimatan, apalagi wasap kak omei okey!!


Sampai di sini dahulu perkongsian kak omei. Kak omei ingin membantu korang semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom kita sama-sama menjayakannya. Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan