Cara Merawat Hipotiroid dengan Bersumberkan Bahan Semulajadi dan Terbukti Selamat

Februari 22, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Kali ini kak omei nak berkongsi dengan korang mengenai info mengenai tiroid. Apa dia???? Tunggu yer...

Ok, seperti yang kak omei janjikan, kak omei nak kupas info mengenai rawatan hypothyroidisme. Kak omei mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah dengan kelenjar tiroid dia. Baru sahaja empat bulan lepas melakukan operation pembuangan kelenjar tiroid. Jom, kak omei kupaskan info mengenai rawatan hipotiroid ni.


Sebelum korang masuk ke bahagian yang lebih mendalam, meh kak omei terangkan dulu apa Tiroid ni buat. Kelenjar Tiroid merupakan salah satu kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di bahagian hadapan leher manusia. Kelenjar Tiroid berfungsi untuk mengeluarkan hormon Tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronone (T3). Hormon-hormon ini berfungsi untuk mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia.

Sebelum tu, meh sini kak omei beritahu dulu apa itu hipotiroidisme. Hipotiroidisme adalah satu keadaan di mana kelenjar Tiroid menjadi kurang aktif. Maka, pengeluaran hormon Tiroid akan berkurangan. Ianya adalah disebabkan oleh kegagalan kelenjar Tiroid ataupun kegagalan kelenjar pituitari yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar Tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormon Tiroid.

Selalunya, 15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit Hipotiroidisme. Penyakit ini juga adalah dua kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.



Ada banyak tau tanda-tanda yang boleh kita ambil tahu untuk mengetahui adakah kita mengalami masalah Hipotiroid ni. Antaranya adalah :

1- Otak dan sendi mungkin sakit atau lemah dan boleh menjejaskan keupayaan bergerak.

2- Pengsan atau tidak sedar diri jika keadaan teruk dan boleh mengakibatkan kematian.

3- Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutamanya di sekeliling mata.

4- Pesakit menjadi gemuk, kerana kadar metabolisme menjadi perlahan.

5- Mengalami masalah sembelit.

6- Haid tidak menentu di kalangan remaja, samada terlalu sedikit atau banyak.

7- Tidak tahan kepada keadaan sejuk.

8- Masalah kemurungan

9- Mengalami masalah keguguran rambut

10- Tidak dapat mengawal pundi kencing



Ada beberapa sebab bagaimana penyakit hipotiroid ni boleh berlaku. Antaranya adalah:



1- Hashimoto's Thyroiditis adalah penyebab yang spesifik berlakunya hipotiroid ni. Ia berlaku dengan kerapnya di mana kelenjar Tiroid berkemungkinan membengkak pada permulaannya tetapi apabila semakin berlanjutan, ia mampu memusnahkan kelenjar Tiroid dan berlakulah Hipotiroidisme.



2- Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar Tiroid yang terlampau aktif, ubat lithium yang digunakan untuk merawat penyakit jiwa dan ubat amiodarone yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.



3- Pembedahan dan pembuangan kelenjar Tiroid.



4- Radiasi ke atas kelenjar Tiroid yang lampau.






Hipotiroid mudah dirawat tetapi memerlukan pesakit mengambil ubat hormon tiroksin seumur hidup. Namun pengambilan dos ubat mungkin berubah secara berkala mengikut aras hormon Tiroid di dalam badan.



Ada beberapa suplemen yang boleh membantu untuk mengurangkan hipotiroid ni. Antaranya adalah :



1- Vita Lea Iron Formula

Ini merupakan multivitamin yang tertua sekali. Mengandungi iodin, Vitamin A, D, E, B2, B3, B6 dan Zink. Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan punca kepada hipotiroid. Vitamin A dan D menambahkan lagi keberkesanan hormon Tiroid yang aktif.
Vitamin B2, B3 dan B6 membantu di dalam penghasilan hormon Tiroid. Manakala Zink pula membantu proses penghasilan Tiroksin dan menukarkan Tiroksin kepada hormon aktif.

2- Sustained Release Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan lagi sistem imuniti badan. Bersifat kepada antioksidan dan membebaskan radikal bebas yang berbahaya.

3- Vitamin E

Vitamin E mengandungi Selenium yang mana Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga memgurangkan antibodi kepada Tiroid. Vitamin E juga bersifat antioksida yang melawan radikal bebas.

4- B Complex

B complex berfungsi di dalam penghasilan hormon Tiroid. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyekat fungsi Tiroid kerana kelenjar Tiroid dan adrenalin gagal merembeskan hormon.

5- Vivix

Merupakan antara antioksidan terkuat kerana mengandungi 10 x lebih Resveratrol. Vivix membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian juga ada menunjukkan bahawa pesakit Hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah di dalam badan.


Kak omei sertakan testimoni untuk korang semua yer....



Jika ingin membeli secara online, boleh klik di gambar troli di bawah



Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi kak omei di

Whatapps : 016-5003075
FB               : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE    : Multivitamin plus Multimineral
IG                : sulianayusof

Sampai di sini dahulu penulisan kak omei. Ada masa nanti kak omei kongsikan lagi dengan korang. Assalamualaikum...

You Might Also Like

4 ulasan

  1. bahaya juga thuroid ni ye..terima kasih atas penjelasan

    BalasPadam
  2. Saya berkongsi info je sis. Semoga memberi manfaat. Terima kasih

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sis. Berikhtiar tak salah, asalkan rujuk pada doktor dahulu.

    BalasPadam