Cara Mengatasi Serangan Jantung dengan Berkesan dan Selamat

Februari 02, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari-hari yang mendatang memberi kebahagiann dan keceriaan kepada korang semua. Hari ni macam happy sedikit. Tak tahu la pula kenapa kan???

Seperti mana yang korang tahu, hari ini saya ingin berkongsi satu tajuk dengan korang semua. Penyakit yang saya nak ceritakan ni bukan setakat meragut nyawa mereka yang telah berusia sahaja yer. Orang-muda pun banyak yang dapat tau. Seperti seorang pelakon tu, alah nama dia arwah faizal yusof tu. Ex siti nordiana.... Kenal kan???

Seperti mana yang kita semua telah tahu, jantung merupakan salah satu organ yang amat penting yang terdapat di dalam tubuh kita. Di Malaysia sahaja 15 peratus daripada 30,319 kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan pada tahun 2000 yang berpunca daripada serangan jantung.

Terdapat dua faktor iaitu faktor pemboleh ubat dengan faktor tidak boleh ubah.

Di antara faktor bolehubah adalah :

1- Merokok
2- kegemukkan
3. Kencing manis
4- Peningkatan kolesterol
5- Tekanan darah tinggi
6- Tekanan
7. Kekurangan aktiviti fizikal.

Manakala faktor yang tidak boleh diubah adalah :

1- Jantina
2- Keturunan
3- Usia

Kolesterol yang terkumpul terlampau banyak di dalam salur darah juga yang menjadi penyebab kepada serangan jantung. Ini kerana salur darah semakin mengecil dan kandungan oksigen tidak sampai ke jantung. Menyebabkan kematian otot jantung. Kesian kan??

Disebabkan oleh serangan jantung boleh menyerang sesiapa sahaja, makanya saya ingin berkongsi tips dengan korang semua. Tips ni boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja. So, sekarang mari kita lihat apakah caranya:

1- Senaman

Senaman merupakan cara paling mudah untuk membuatkan jantung kita sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari, kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti lain yang boleh diamalkan adalah berjogging, berenang, berbasikal dan bersukan.

2- Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Jika boleh tu, masak ajelah sendiri di rumah. Ini adalah kerana kita boleh pantau kuantiti minyak yang kita hendak gunakan dan bahan-bahan lain yang kita gunakan untuk memasak.
Sekiranya kita terpaksa makan di luar, pilihlah makanan yang kurang lemak dan kurang garam yer.

3- Belajar menangani tekanan.

Pelajari cara atau teknik untuk mengawal tekanan atau kemarahan. Sekurang-kurangnya kita dapat meredakan tekanan bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada jantung.

4- Berhenti merokok

Jika sebelum ini, anda merokok habis dua kotak sehari, cuba kurangkan kepada sekotak sehari. Kalau anda merokok seminggu beberapa kali, saya nasihatkan berhentilah merokok. Kesiankanlah pada jantung anda. Serangan jantung datang dengan tiba-tiba sahaja.


5- Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Jika setiap tahun kita ambil berat mengenai tubuh kita, Inn Syaa Allah, jarang kita akan jumpa dengan doktor. Sebab itulah, walaupun kita ambil suplemen, ubat tak boleh tinggal macam tu ajer tau. Kena makan sampai doktor cakap berhenti.

Selain daripada korang makan ubat hospital atau klinik, korang boleh juga mengambil suplemen. Ini untuk membantu memenuhi keperluan suplemen kita sehari-hari. Antaranya adalah

- CoQ 10

Mengandungi CoQ 10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ 10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakkan membran sel dalam tubuh yang mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati.
CoQ 10 berfungsi untuk menguatkan jantung kita.

Phytocol-ST adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal beekesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Omega membantu memelihara kesihatan jantung. Disamping itu juga, omega membantu menurunkan paras kolesterol. Membantu meningkatkan metabolisme badan untuk pembakaran lemak.

Inilah dia si merah ang ang atau nama penuhnya vivix. Terdiri daripada buah anggur tau. Sebiji je pun dekat rm100. Memang terbaik la gitu kan?? Vivix membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Di samping melindungi salur darah daripada kerosakan radikal bebas.

Bersama-samalah kita menjaga kesihatan jantung kita. Serangan jantung tidak mengira umur. Namun seperti mana yang kita ketahui, mencegah lebih baik dari mengubati bukan???

Sampai di sini dahulu celoteh saya. Esok saya kongsikan lagi ye cerita-cerita sihat.  Saya ingin membantu anda semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom kita sama-sama menjayakannya.




Untuk sebarang maklumat, sila wasap saya di 016-5003075



You Might Also Like

5 ulasan

  1. Betol tu bagi mengelakkan daripada serangan jantung kita seharus menjaga dalam pemakanan kita seharian ...selain bersenam juga mengamalkan supplement yang terbaik...yang semulajadi..

    BalasPadam
  2. serangan jantung ni bahaya betullah.. dahlah akhir-akhir ni, selalu pulak dengar pasal ada orang meninggal mengejut. padahal muda lagi.. huhuhu

    BalasPadam
  3. Orang muda pun boleh kena serangan jantung

    BalasPadam
  4. penyakit dlaam diam nih.. tanpa kita sedar tetiba jek kita diserang.. hurm.. baiklah jaga kesihatan dari awal.. jaga pemakanan dan mengawal stress..

    BalasPadam
  5. BETUL TU. MEMANG KENA JAGA PEMAKANAN, BERSENAM DAN JUGA AMBIL SUPLEMEN. SEPERTI MANA YANG KITA TAHU, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. MAHAL KAN???

    BalasPadam