Buah yang sangat bermanfaat dan terdapat di Tropika iaitu buah Betik

Februari 13, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira bersama keluarga. Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang info mengenai satu jenis buah ni. Memang korang akan tahu punyalah..

Hehehehe.... Buah apa yer???

Buah betik atau dalam bahasa inggeris papaya adalah sejenis buah tropika yang paling berkhasiat dan menyihatkan. Kalau korang nak tahu lagi, betik membekalkan sebahagian besar nutrient yang diperlukan setiap hari seperti protein, mineral dan vitamin.

Buah betik kebiasaannya dimakan diwaktu pagu sebagai sarapan atau pun di makan segar sebagai pencuci mulut. Selain dimakan begitu sahaja, betik juga boleh dibuat jus ataupun jem. Namun terdapat juga betik yanh ditinkan bersama dengan sirap. Betik muda pula selalunya buat kerabu ataupun dijadikan sayur. Sedapnya kalau campur dengan rebung. Alahaiii...

Sekarang nih, meh kita tinjau pula kebaikan betik kepada kesihatan dan kehidupan kita. Antaranya adalah :

1- Menyihatkan paru-paru

Rupanya betik didapati boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Risiko kanser paru-paru adalah 27 peratus lebih rendah di kalangan orang yang mengambil makanan yang mengandungi karotenoid. Sebab itulah betik warna isinya jingga kemerahan. Ini kerana betik sangat kaya dengan karotenoid.

2- Menguatkan sistem imun

Buah betik mengandungi beta-karotena yang menghasilkan Vitamin A dan C. Vitamin-vitamin ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi sistem imun di dalam badan kita. Disebabkan itu, betik adalah pilihan yang baik untuk mencegah penyakit-penyakit yang mudah berulang seperti selsema atau jangkitan di telinga.

3- Baik untuk jantung

Betik bukan sahaja mengandungi vitamin A dan C jer. Tapi ada juga vitamin E tau. Kalau korang nak tahu la, ketiga-tiga jenis vitamin tu merupakan antioksidan yang sangat berkuasa.

Sepertimana yang kita tahu, apabila kolesterol dioksidakan, ia akan melekat di dinding pembuluh darah kita. Nutrien-nutrien inilah yang membantu menghalang kolesterol daripada teroksida dan melekat ke dinding pembuluh darah. Selain itu juga, nutrien tersebut menghalang pembentukan plak yang bahaya yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Betik juga sangat padat dengan serat. Pengambilan buah betik di dalam diet harian telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol yang tinggi yang mana selalunya dikaitkan dengan penyakit jantung.

4- Mencegah kanser usus

Betik berkhasiat di dalam mencegah kanser usus. Ini kerana, serat betik boleh mengikat toksin penyebab kanser di dalam usus dan menjauhkannya daripada sel-sel usus yang sihat. Folat, vitamin C, beta-karotena dan vitamin E buah betik dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser usus.

Nutrient-nutrient ini menyediakan perlindungan secara bersepadu kepada sel-sel usus daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Individu-individu yang berdepan dengan masalah kanser usus, digalakkan menambahkan buah betik di dalam menu harian bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan bagi membendung kanser usus.

5- Menghapus cacing

Merupakan petua orang dulu-dulu yang bermanfaat untuk kita ikuti. Di dalam buah betik muda ada enzim pencernaan yang kelihatan seperti susu iaitu papain. Ianya bersifat antihelmintik. Antihelmintik tu adalah ubat penghapus cacing dan antihelmintik dari buah betik berkuasa menghapuskan cacing bulat.

Selain daripada itu, biji betik juga berupaya membunuh cacing kerana kaya dengan bahn yang dinamakan caricin. Carisin juga merupakan ubat yang berkesan untuk menghapuskan cacing bulat.

Alkaloid karpain yang terdapat pada daun buah betik juga bermanfaat membunuh cacing di dalam usus.

6- Merawat gastrik

Papain merupakan enzim yang terdapat pada sebuah betik. Papain di dalam buah betik muda sangat bermanfaat mengatasi kekurangan jus gastrik dan mukus yang tidak menyihatkan, dispepsia dan iritasi usus. Buah betik yang ranum pula jika dimakan secara kerap mampu mengatasi masalah sembelit, pendarahan buasir dan juga cirit-birit kronik.

7- Biji Betik

Boleh dikatakan ramai orang yang tidak tahu bahawa biji betik boleh dimakan. Rupa dan rasa seakan-akan lada hitam. Biji betik bersifat antibakteria dan berkesan menentang bakteria E.coli, Salmonella dan jangkitan Staphylococcus. Buah betik juga mampu menyingkirkan parasit di usus, hati dan buah pinggang. Biji buah betik juga membantu menyingkirkan toksin. Boleh dijadikan alternatif kepada lada hitam.

8- Baik untuk wanita dan lelaki

Buah betik yang muda amat sesuai untuk kaum wanita yang sering mengalami senggugut dan juga berupaya melancarkan pengaliran serta membetulkan kitaran haid.
Rujuk di sini.

Buah betik juga kaya dengan likopena. Iaitu keratonoid ( pigmen antioksidan semulajadi) yang kebanyakkannya terdapat pada buah-buahan yang berwarna jingga dan merah. Selain dari buah betik, buah jambu, tembikai, tomato dan beberapa jenis buah lagi.

Buah-buahan yang kaya dengan likopena dan diambil bersama teh hijau sangat membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser prostat bagi orang lelaki.

Memilih untuk kerap makan buah-buahan yang kaya dengan likopena bersama teh hijau boleh menurunkan risiko pembentukan kanser prostat sehingga 86 peratus menurut penyelidikan yang disiarkan oleh Asia Pasific Journal of Clinical Nutrition.

Banyak juga manfaat yang kita boleh dapat daripada buah betik. Semoga artikel ini dapat membantu korang semua.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya menulis lagi... Assalamualaikum

You Might Also Like

0 ulasan