Ahad, 5 Februari 2017

10 tips mengurangkan rasa bosan apabila berada di pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap korang semua gembira dan ceria selalu. Kali ni kak omei nak kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Dengar pun macam pelik kan?? Ok lah, kak omei nak kongsikan tips bagaimana untuk mengurangkan kebosanan semasa mengadap komputer

Of course la, kekadang tu mesti ada perasaan bosan tu kan??? Iye la, duk mengadap benda yang sama hari-hari. Ditambah pula dengan bebanan kerja da deadline memang menambahkan lagi kebosanan la.

Jom kita lihat tips-tips nya.


1. REHAT SEKETIKA

Untuk menghilangkan rasa bosan semasa mengadap komputer adalah dengan berhenti seketika daripada melakukan kerja. Cuba lakukan gerakan-gerakan kecil untuk merehatkan otot kaki, tangan dan bahu. Urut perlahan leher anda atau lakukan bersama-sama teman sepejabat.


2. PERMAINAN KOMPUTER

Bermain komputer game. Apabila bermain akan membuatkan fikiran kita menjadi segar. Secara tidak langsung, akan mengembalikan tumpuan kerja kita selepas itu. Tapi, jangan lupa ye, jangan terlalu leka sehingga lupa pada kerja.
Nanti dimarahi dengan bos pula. Bertambah stres jadinya...


MELAYARI INTERNET


Yang ni memang menjadi kesukaan kot! Korang boleh cari maklumat-maklumat di internet. Cara sebegini mampu mengurangkan rasa bosan dan boleh memberikan idea baru. Sambil tu korang boleh la memuat turun bahan-bahan dari internet yang berkaitan dengan kerja anda mahupun sekadar hiburan sahaja.


4. MENONTON TELEVISYEN

Pejabat korang ada televisyen tak?? Pejabat kak omei ada tapi jarang boleh tengok. Tapi kalau kat tempat kerja korang ada televisyen, boleh la atasi masalah bosan korang tu. Korang boleh la menonton rancangan kegemaran korang seperti hiburan, filem atau berita terkini. Tetapi awas yer, jangan melampaui batas.


5. MINUM

Kalau tempat kerja korang ada pantri, boleh la juga bancuh air kopi atau nescaffe kan?? Mengadap komputer lama-lama pun akan menyebabkan mata bertambah mengantuk. Bancuhlah air kopi panas untuk menyegarkan tubuh korang semula.


6. BERBUAL-BUAL

Aktiviti yang disukai ramai tu. Ajaklah teman sepejabat korang berbual-bual seketika. Gosip pejabat adalah bahan bualan yang paling menarik untuk menghilangkan rasa bosan dan letih. Namun jangan la keterlaluan sangat tau.


7. MEMBACA

Aktiviti membaca pun boleh mengurangkan rasa bosan di pejabat. Cuba korang buka buku-buku bacaan yang bersesuaian seperti kesihatan, hiburan, motivasi dan sebagainya untuk memgelakkan masalah kebosanan.


8. MENULIS

Aktiviti yang kak omei suka buat tau. Kalau korang nak tahu, berdasarkan penyelidikan oleh ilmuan, menulis dengan memakai pen di atas kertas sama ada dalam bentuk tulisan atau gambar dapat mengurangkan tekanan dan aura negatif dari badan.


9. JALAN-JALAN

Cuba korang ambil masa sekejap untuk menghilangkan rasa bosan dengan berjalan-jalan di sekitar pejabat ataupun jauh sikit, keluar dari pejabat. Lebih elok sekiranya korang berjalan kaki ke kedai buku atau melihat permandangan untuk mengambil angin. Ingat!! Jangan merewang ke tempat lain.


10. TELEFON

Masa yang ada tu bolehlah kita telefon mak ayah kita untuk tanya kesihatan mereka. Tidak pun telefon kawan-kawan. Disamping salah satu terapi, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.


Banyak juga tips yang kak omei sertakan. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Seronok tau bila dapat bantu orang. Terasa kepuasannya....

Nanti kak omei kongsikan lagi cerita dengan korang yer... Assalamualaikum...


Tiada ulasan: