Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Cara Merawat Hipotiroid dengan Bersumberkan Bahan Semulajadi dan Terbukti Selamat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Kali ini kak omei nak berkongsi dengan korang mengenai info mengenai tiroid. Apa dia???? Tunggu yer...

Ok, seperti yang kak omei janjikan, kak omei nak kupas info mengenai rawatan hypothyroidisme. Kak omei mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah dengan kelenjar tiroid dia. Baru sahaja empat bulan lepas melakukan operation pembuangan kelenjar tiroid. Jom, kak omei kupaskan info mengenai rawatan hipotiroid ni.


Sebelum korang masuk ke bahagian yang lebih mendalam, meh kak omei terangkan dulu apa Tiroid ni buat. Kelenjar Tiroid merupakan salah satu kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di bahagian hadapan leher manusia. Kelenjar Tiroid berfungsi untuk mengeluarkan hormon Tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronone (T3). Hormon-hormon ini berfungsi untuk mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia.

Sebelum tu, meh sini kak omei berit…

5 Cara untuk Hilangkan jeragat degil dengan cepat dan Bonus Kulit Licin

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan. Semoga korang semua sihat selalu hendaknya. Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang satu tajuk yang sangat dekat dengan kaum wanita iaitu mengenai kecantikan. Semua wanita suka kepada kecantikan. Kaum lelaki pun ada jugak la. Hehehe...

Info apa yer??? Sudah pastilah cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat dengan cepat.


Apa jeragat tu ye?? Jeragat adalah tompok-tompok hitam yang tiba-tiba muncul di kulit muka korang. Kebiasaannya, wanita yang berumur 40-an akan menghadapinya. Namun, pada masa kini kaum wanita yang berumur 20-an juga turut menghadapinya.
Bagaimana jeragat boleh muncul di kulit wajah yer??? Mesti korang tertanya-tanya bukan?? Kak omei kongsikan dengan korang punca-punca yang boleh menyebabkan kulit wajah berjeragat. Di antaranya adalah :

1- Terdedah kepada cahaya matahari yang bahaya.

2- Faktor-faktor genetik

3- Pengambilan ubat hormon seperti ubat pencegahan kehamilan.

4- Kesan akibat…

Buah yang sangat bermanfaat dan terdapat di Tropika iaitu buah Betik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira bersama keluarga. Kali ini kak omei nak kongsikan dengan korang info mengenai satu jenis buah ni. Memang korang akan tahu punyalah..

Hehehehe.... Buah apa yer???

Buah betik atau dalam bahasa inggeris papaya adalah sejenis buah tropika yang paling berkhasiat dan menyihatkan. Kalau korang nak tahu lagi, betik membekalkan sebahagian besar nutrient yang diperlukan setiap hari seperti protein, mineral dan vitamin.

Buah betik kebiasaannya dimakan diwaktu pagu sebagai sarapan atau pun di makan segar sebagai pencuci mulut. Selain dimakan begitu sahaja, betik juga boleh dibuat jus ataupun jem. Namun terdapat juga betik yanh ditinkan bersama dengan sirap. Betik muda pula selalunya buat kerabu ataupun dijadikan sayur. Sedapnya kalau campur dengan rebung. Alahaiii...
Sekarang nih, meh kita tinjau pula kebaikan betik kepada kesihatan dan kehidupan kita. Antaranya adalah :

1- Menyihatkan paru-paru

Rupanya betik didapati boleh m…

9 Cara semulajadi melancarkan haid yang terlambat dan bonus kulit cantik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira selalu.

Aktiviti korang cuti ni buat apa? Kak omei macam biasa la, kerja rumah duk menunggu dengan setianya. Heheheh... Bila dah settle kerja rumah dan anak-anak, barulah ada masa untuk diri sendiri.

Hari ni kak omei nak kongsikan tip dengan korang. Tips apa tu??

Cara melancarkan haid yang terlambat. Siapa ada masalah macam tu??? Dulu kak omei memang ada pun masalah macam tu. Cumanya walaupun dia lewat tetapi tetiap bulan haid tetap datang. Cuma tak regular je la. Ikut suka jer dia nak mai bila-bila pun. Heheeh
Sebelum kak omei kongsikan tips dengan korang, kak omei kupas dulu sikit mengenai punca yang menyebabkan haid datang lambat. Seperti mana yang kita tahu, antara punca-punca haid datang lewat adalah

1- Perubahan rutin

Daripada biasa kerja siang, tiba-tiba kena kerja malam pula. Bila dah ubah rutin harian, hormon pun mula la tak seimbang. Kadang-kadang tu, bila kena ubah tempat pun boleh jugak haid dat…

9 Tips hilangkan parut jerawat secara semulajadi dan mencerahkan muka

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucàpkan kepada anda semua. Apa aktiviti anda tu??? Kak omei macam biasa la. Aktiviti tempat kerja dan di rumah. Memang tak habis la.

Hari ni kak omei nak kongsikan dengan korang tips yang korang boleh gunakan untuk korang hilangkan parut jerawat. Best kan???


Kebanyakkan daripada kita pasti akan mengalami masalah parut jerawat nih. Jika jerawat halus takpe la sangat kan. Ada setengah tu jerawat besar-besar dan bila dah pecah tinggalkan kesan parut berkawah bagai pulak kan???
Jerawat terjadi disebabkan oleh kuman yang bernama Corynebacterium. Kuman ini menyerang kulit yang lembap dan berminyak. Kulit muka yang berminyak atau lembap adakalanya disebabkan oleh perubahan hormon.

Apabila jerawat menyerang, kulit yang akan mengalami perubahan yang ketara seperti kusam, mengalami kesan penuaan ataupun menyebabkan pori-pori terbuka luas. Menambahkan lagi potensi untuk munculnya jerawat.

Tapi, bukan ini yang kak omei nak kongsikan dengan korang tau. Kak om…

Kaedah merawat serangan strok secara semulajadi dan terbukti selamat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap korang semua sihat dan gembira selalu. Hari ini, kak omei nak berkongsi info mengenai cara untuk merawat strok. Bahaya kan penyakit tu??

Kalau korang nak tahu, strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Tambahan pula strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Tetapi,majoriti di Malaysia, orang dewasa yang menghidapinya. Serangan strok dianggap sebab utama kepada kehilangan upaya yang teruk.


Seperti mana yang korang semua tahu, otak merupakan pusat kepada saraf tubuh kita. Untuk berfungsi dan bekerja, otak memerlukan bekalan darah secara berterusan yang membawa oksigen dan nutrient yanh penting.

Serangan strok berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen. Ianya kebiasaannya berpunca daripada saluran darah kepada tisu otak tersumbat ataupun berlaku pendarahan di dalam otak.

Bahaya kan??? Dengar je pun dah gerun.

Terdapat dua jenis strok tau. Strok yang saya maksudkan tu a…

10 tips mengurangkan rasa bosan apabila berada di pejabat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap korang semua gembira dan ceria selalu. Kali ni kak omei nak kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Dengar pun macam pelik kan?? Ok lah, kak omei nak kongsikan tips bagaimana untuk mengurangkan kebosanan semasa mengadap komputer

Of course la, kekadang tu mesti ada perasaan bosan tu kan??? Iye la, duk mengadap benda yang sama hari-hari. Ditambah pula dengan bebanan kerja da deadline memang menambahkan lagi kebosanan la.

Jom kita lihat tips-tips nya.

1. REHAT SEKETIKA

Untuk menghilangkan rasa bosan semasa mengadap komputer adalah dengan berhenti seketika daripada melakukan kerja. Cuba lakukan gerakan-gerakan kecil untuk merehatkan otot kaki, tangan dan bahu. Urut perlahan leher anda atau lakukan bersama-sama teman sepejabat.

2. PERMAINAN KOMPUTER

Bermain komputer game. Apabila bermain akan membuatkan fikiran kita menjadi segar. Secara tidak langsung, akan mengembalikan tumpuan kerja kita selepas itu. Tapi, jangan lupa ye, jangan terlalu leka …