Merawat Kanser Usus Besar menggunakan bahan yang bermutu tinggi dan selamat

Februari 01, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Semoga pada bulan februari ini akan memberikan sinar kebahagiaan kepada anda. Sekejap je kan masa berlalu. Dah masuk bulan kedua dalam tahun 2017 ni. Banyak benda kena kejar nih...

Sempena hari pertama bulan februari ni, saya ingin berkongsi info dengan anda semua mengenai satu penyakit ni. Walaupun jarang kedengaran, namun ada yang pernah berlaku tau. Saya ingin berkongsi mengenai cara merawat kanser usus besar. Sebelum tu, mari saya ceritakan apa itu kanser usus.


Usus besar kita terdiri daripada kolon dan rektum. Kalau korang nak tahu, 5 ke 6 kaki pertama usus besar adalah kolon manakala rektum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Panjang kan?? Korang tahu tak apa fungsi usus besar?? Usus besar ni berfungsi untuk menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair. Nampak macam menggelikan bukan, namun sangat perlu kita ambil tahu.


Kita dah tahu apa usus besar dan fungsinya. Sekarang saya ceritakan pula gejala yang dihadapi oleh pesakit kanser usus besar. Terdapat lebih kurang sembilan gejala yang mungkin akan dihadapi. Namun ianya bergantung kepada tahap kanser usus itu sendiri.

Gejala Kanser Usus Besar :

1- Berak Berdarah

Apabila membuang, terdapat darah pada najis. Adakala najis berwarna hitam pekat seperti air kopi. Namun ianya bergantung pada dimana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dengan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku disebelah kanan, darah biasanya bercampur najis.

2- Berlaku perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit. Kebiasaannya, tabiat membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan. Jika kekerapan membuang air besar menjadi terlalu lama, contohnya daripada tabiat hari-hari ke tandas menjadi berkurangan kepada tiga atau empat kali seminggu.

3- Masalah cirit-birit

Selalunya ianya adalah tanda-tanda kanser usus disebelah kiri.

4- Masalah sembelit yang diselangi dengan cirit.

Macam mana tu?? Ok, macam ni ceritanya. Apabila kanser usus semakin tersumbat, ianya akan menyebabkan najis menjadi keras dan tidak dapat melalui kawasan usus besar. Pada ketika itu, pesakit akan mengalami masalah sembelit. Akan tetapi, najis yang tersumbat ini mengandungi bakteria dan akan membusuk di dalam usus, menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus. Ini telah menyebabkan najis menjadi lembik dan berair.

Jadinya, pesakit mengalami masalah cirit pula. Cirit yang dialami adalah luar biasa kerana adakala melebihi 5 kali dan memyebabkan pesakit tidak dapat mengawal simptom cirit tu. Kitaran sembelit dan cirit akan berulang-ulang.

5- Tidak membuang air besar dan kentut serta muntah.

Gejala ini berlaku apabila usus besar telah mengalami penyumbatan sebanyak 100%.

6- Hilang selera makan dan turun berat badan.

Pesakit akan menjadi kurus dan hilang selera makan dalam jangkamasa yang singkat. Bahaya kan??

7- Sakit perut

Pada kebiasaannya kita akan ambil mudah apabila mengalami sakit pada bahagian abdomen. Sebab itulah, kita kena buat pemeriksaan jika kekerapannya semakin kerap.

8- Terasa ingin membuang, namun tiada najis.

Ini disebabkan oleh kanser yang terletak di bahagian rektum. Apabila kanser telah merebak memenuhi kawasan rektum, ianya telah memberikan mesej yang salah kepada badan seolah-olah rektum sudah dipenuhi dengan najis. Sedangkan tiada najis, yang ada hanya sel-sel kanser yang semakin merebak.

9- Muka menjadi pucat, kurang darah, letih dan tidak bermaya. Ini kerana, darah telah banyak keluar melalui najis.


Banyak sebenarnya faktor-faktor penyebab kepada penyakit kanser usus besar ni. Antaranya adalah :

a) Mengamalkan diet yang tidak seimbang iaitu kerap mengambil makanan yang banyak lemak dan kurang makan makanan berserat.

b) Masalah kegemukan atau obesiti.

c) Gaya hidup yang kurang bersenam.

d) Pengambilan alkohol yang berlebihan.

e) Merokok.

f) Peningkatan usia.

g) Sejarah keluarga yang pernah menghidapi kanser.


Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh kita amalkan untuk mencegah daripada mendapat kanser usus besar. Antaranya adalah :

1- Mengamalkan gaya hidup sihat iaitu dengan pengambilan makanan yang lebihkan sayuran dan buah-buahan.

2- Mengurangkan pemakanan yang mengandungi lemak haiwan seperti kambing dan lembu.

3- Mengekalkan berat badan seimbang dengan melakukan senaman secara berkala.

4- Tidak merokok

5- Hadkan pengambilan alkohol atau berhenti minum alkohol.

6- Pengambilan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine dan vitamin B9.


Disamping melakukan rawatan yang telah ditetapkan oleh doktor, pengambilan suplemen pun boleh membantu mengurangkan penularan sel kanser usus besar. Jangan pandai-pandai sendiri ye. Suplemen bukan ubat tau. Rawatan doktor kena buat dan ikut. Barulah dapat kesan yang positif.

Kalau anda ingin tahu, suplemen vivix bertindak melalui empat cara iaitu :

i) Kerosakan DNA

Setiap hari, sel tubuh kita akan diserang oleh jutaan serangan yang memusnahkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik lalu menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang mana akan mengganggu fungsi sel. Ramuan vivix dari shaklee melindungi dan memperbaiki DNA sel.

ii) Pengawalan genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

iii) Mitokondria

Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel Mitokondria (penjana tenaga) di dalam sel. Mitokondria pula berfungsi untuk menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kekerapan Mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun.
Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) Mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

iv) Penimbunan protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE ( Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan longevity.
Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat, diperolehi dari Resveratrol (kandungan unik di dalam anggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Itulah dia mekanisme suplemen vivix. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh wasap saya di 016-5003075.

Saya ingin membantu anda semua untuk menikmati kehidupan dengan penuh keceriaan. Jom kita sama-sama menjayakannya.


You Might Also Like

10 ulasan

  1. Bahaya sangat kanser usus ni.
    Antara kanser yang tinggi percentage kat malaysia.

    BalasPadam
  2. Betul tu. Walaupun jarang dengar tapi tinggi peratusan dia.

    BalasPadam
  3. kanser usus dengan kanser kolon sama kan ? em.. pakcik saya pernah kena kanser kolon.. habis la kena operate.. hee~ semoga kita lebih alert dengan kesihatan organ dalaman kita.. asyik fikir nak sihat luaran jek..

    BalasPadam
  4. Betul ke atie, kesian dia. Tu la, takut tau. Kita bukan nampak apa yang jadi dalam badan kita. Memang kena jaga betul-betul. Bukan sekadar makan makanan sihat, aktiviti sihat, senaman jer. Pengambilan suplemen pun perlu sekarang ni.

    BalasPadam
  5. Mak saudara b ca-colon survivor...
    Terbaru dapat tau MiL kawan now ca-colon stage 4 hu³😥

    Ca-colon ni pembunuh senyap masa kini dan susah nak didagnose salah 1 sebab pemakanan kita yang 'terlebih sihat' tuh!

    BalasPadam
  6. Sejarah keluarga b pun ada jugak ye?? Memang kena tingkatkan imuniti la. Betul tu, dalam diam-diam dia serang. Memang kena jaga luar dalam.

    BalasPadam
  7. Vivix bagus kan untuk pencegahan kanser daripada datang balik?

    BalasPadam
  8. Cikgu saya dulu kuat makan tomyam kaw..
    Memang takde sebarang penyakit, kencing manis, darah tinggi kolestrol semua takde..
    dah tua masih sihat mcm org muda,
    tapi rupanya dia ada kanser usus, dan bila dapat tahu terus dah stage 4,
    tak berjaya rawat. Innalillah, dah meninggal.
    Memang bahaya kena berhati-hati.

    BalasPadam
  9. Memang bahaya la Raihana. Dengar pun dah takut. Tanpa nama, yup betul tu. Vivix ni multi purpose.

    BalasPadam
  10. cirit birit pun antara tanda kanser usus ek.. baru tahu.. huhu

    BalasPadam