Kenangan sewaktu melakukan praktikal di Pauh bersama rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Ada yang akan kembali ke rumah semula setelah bercuti. Ada yang kena masuk kerja dah. Saya pun balik kampung juga. Dalam perjalanan nak balik ke rumah, singgah sebentar di Pauh. Berderet kedai menjual pelbagai barangan. Dulu, sewaktu saya praktikal di sini, payah la nak jumpa deret kedai sebegitu. Banyak yang masih menjadi hutan. Sekarang ni, dah ada rumah taman lagi tau. Memang banyak la perubahan dalam masa 18 tahun.


Di kawasan sini ada satu kedai makan yng sentiasa saya dan kawan-kawan kunjungi sewaktu buat praktikal di sini. Saya buat praktikal apa yer??? Sebelum saya bergelumang dengan kesihatan, saya bergelumang dengan pembinaan. Saya ambil kursus awam pembinaan. Memang cara dan penampilan tu seperti lelaki la. Hehehehe....

Kadang-kadang tu bila makan, ada jer orang yang tolong bayarkan. Memang murah rezeki sungguh la. Almaklum la bila praktikal kena keluar belanja sendiri. Tak dapat elaun pun. Rakan yang praktikal sekali adalah Farah dan Maksu. Masa praktikal di sini, saya menumpang di rumah Maksu. Tak jauh sangat nak berulang-alik.


Inilah tempat praktikal saya. Dah siap dan cantik serta sudah pun beroperasi. Dulu, masa baru lagi, sempat juga menolong mereka mengukur ketinggian tiang, membuka papan untuk buat acuan, membengkok besi dan macam-macam lagi la. Apabila melalui kawasan sekolah ni, kenangan lalu pun menjelma kembali. Time nih memang masih kebudak-budakkan lagi la.

Walaupun hanya sempat selama 6 bulan, namun ilmu yang dikutip tu tetap tersimpan rapi di dalam hati.

Itulah kisah saya semasa menjadi budak politeknik dulu. Agak nerd sikit. Hehehehe.... Tapi sekarang, sudah semakin kental gitu... Ahakkksss....

Semoga anda semua terhibur dengan coretan saya. Assalamualaikum...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.