6 Tips Untuk Meredakan Jerawat Yang Hinggap Dengan Cepat

November 16, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita pada masa ini. Lama jugak jari-jemari berehat daripada mengetuk papan kekunci. Tapi, kerja hakiki memang selalu la guna papan keyboard nih... Heheheheh...


Kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda semua mengenai JERAWAT. Boleh dikatakn semua daripada kita ini, mengalami masalah jerawat kan??? Tidak tertakluk kepada perempuan  jer tau, lelaki pun ada jugak. Boleh dikatakan ramai juga yang datang ke klinik untuk mendapatkan ubat jerawat ni. Tambahan pula, apabila muka ditumbuhi jerawat, ianya seakan menjadi situasi yang kurang menyenangkan pula. Kalau nak tahu, kulit muka kita mempunyai permukaaan yang paling terdedah kepada jerawat atau acne serta pelbagai jenis masalah kulit yang lain.

Sebelum kita masuk ke bahagian yang dalam, apa kata saksikan video ini dahulu tau. Mana tahu, anda memerlukannya nanti....




Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.



Sekarang, jom kita lihat manfaat yang boleh digunapakai untuk meredakan jerawat.




1. JANGAN USIK JERAWAT


Image result for picit jerawat




Haaa... Nampak tak??? Selalunya kita mesti nak sentuh-sentuh jerawat kan!! Meh sini kita nak cerita. Ketidakseimbangan hormon adalah antara punca terjadinya jerawat ni. Kebiasaannya fenomena ini kerap berlaku seminggu sebelum kitar haid bulanan. Untuk para wanita lah ye. Ia selalunya suka muncul di bahagian bawah pipi dan dagu. Teknik penjagaan awal ialah untuk memastikan bahawa jerawat ini tidak diusik atau dipecahkan. Macam susah je kan??? Tapi ada sebab tau. Sebab dia adalah untuk memastikan supaya ia tidak meninggalkan kesan atau parut yang dalam. Nampak macam tak cantik kan kalau muka penuh kawah. Heheheh... Selalunya, jerawat ini akan hilang dengan sendiri setelah kitar bulanan berakhir.



2. SUHU AIR RENDAH

Image result for cuci muka dengan air

Rupanya, penting juga ye suhu untuk meredakn jerawat ni. Kalau tidak, ikut suka je cuci guna air suam bagai. Jangan buat macam tu tau. Adalah penting supaya muka kita tidak dibasuh dengan air suam tetapi kita kena gunakan air yang bersuhu rendah. Sebab dia ialah untuk mengurangkan kesan kemerahan dan kemunculan jerawat yang berlebihan pada muka. Oppss...



3. PELEMBAP ALOE VERA

Image result for pelembab jenis aloe vera


Sabun cuci muka pun mainkan peranan jugak ye. Jangan main hentam je. Kang bertambah teruk muka jadinya. Heheheh.... Penggunaan sabun muka yang tidak mengeringkan kulit secara berlebihan juga penting di samping kerap memastikan kulit tegar dengan agen pelembap kulit yang sesuai. Antara contoh pelembap yang sesuai adalah aloe vera. Ia sesuai digunakan tiga hingga empat kali sehari bergantung kepada jenis kulit. Kena cuba dulu ye kat atas kulit. Jangan main tempek jer. kang bulih suluh muka pulak kat muka kita tu... Hurmmm...


4. ELAK GUNA KOSMETIK KETERLALUAN


Image result for kosmetik keterlaluan


 Penggunaan kosmetik seperti toner, pemerah pipi, bedak kompak dan faoundation harus dielakkan kerana ianya akan mengeringkan kulit. Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan jerawat terdedah kepada bendasing yang terkandung di dalam produk tersebut. Yang paling dibimbangi adalah, penggunaan yang keterlaluan itu akan menyebabkan tompok hitam pada kulit selepas jerawat terbenam. Tentu tak mahu kan????


5. KURANGKAN MAKANAN BERGULA
Image result for MAKANAN BERGULA 


Banyak sebab rupanya kenapa kita kena kurangkan pengambilan gula. Salah satunya sebab jerawat yer.. Mengurangkan makanan bergula seperti kek, minuman ringan, semua jenis ubi dan tomato boleh membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat pada muka. Nak bagitahu ni, banyakkan memakan sayuran khususnya brokoli dan kubis ye. Sebab dapat membendung pengeluaran jerawat. Sayuran kegemaran tu...


6. MINUM AIR SUAM

Image result for MINUM AIR SUAM 

Minum air suam bukan sahaja sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Ia membantu juga untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa jerawat. Pastikan ye minum air suam sekitar dua hingga tiga liter air sehari. Betul tau, jerawat kat muka kita dah jarang nak singgah. Kita minum 3 Liter sehari.




Macam mana manfaat yang saya kongsikan dengan anda hari ini???? Membantu tak?? Semoga kupasan saya pada kali ini memberi info untuk anda semua. Nanti saya kongsikan lagi info-info yang berguna untuk anda dan saya juga.
Sampai jumpa di lain masa. Assalamualaikum.

Pssttt... Nak tahu lanjut, wasap je di 016-5003075

You Might Also Like

2 ulasan