Kisah kawan kakak yang mencari suplement untuk menambah susu badan semasa dalam pantang

Oktober 21, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Semoga sihat dan ceria disamping keluarga tercinta. Dah lama jari jemari tidak menari nari di atas papan kekunci. Rindu yang amat pula. Hehehehe.......

Bila dah mula rindu tu, mula la nak buat macam-macam kan... Ok, memula sekali saya nak kongsi video ni dengan anda semua. Video mengenai cara untuk tambah susu badan dalam pantang.   Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Mari kita saksikan ye....


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Di kesempatan yang ada ini, suka saya ingin berkongsi dengan anda pembaca sekalian dengan cerita saya. Cerita saya ini tidak lah segah cerita orang-orang besar. Tapi sangat bernilai buat saya.
Ceritanya begini. Ada suatu hari tu, tetiba jer kawan muka buku saya mesengger kat saya. Kawan muka buku ni jarang mesengger saya. Lagipun kami cuma kenal di suatu kelas solekan jer pun...
Opppssss.... Saya sertakan sekali screenshot kawan muka buku saya tu ye...






Dua bulan lepas saya ada ikuti kelas solekan. Hanya untuk suka-suki dan mempelajari cara solekan yang betul. Masa saya join tu, saya pergi berseorangan ja. Tanpa disangka dapat ramai kawan baru. Termasuklah yang mesengger kat saya tu. Siap ada kenal dengan mak andam lagi tau..... Tapi saya dah kahwin ye... Heheheheh....


Berbalik kepada kisah tadi, selepas perjumpaan di kelas solekan, kami tak pernah berjumpa atau berwasap. Yelah, lepas habis kelas solekan tu semua pakat kalut nak balik. Sampai tak sempat nak ambil nombor telefon bagai.


Semasa kawan muka buku ni mesengger kat saya, saya tak on internet pun. Jadinya, saya tak balas pada hari tersebut. Keesokkannya baru saya balas. Almaklum la rumah saya tengah renovate(bukan rumah sendiri), jadi saya terpaksa berpindah ke rumah mertua buat sementara waktu. Rumah mertua takde line intenet. Huhuhuhu.... Time kerja sahaja saya boleh on kan intenet. Hendak seribu daya, tak mau seribu dalih. Jadi, pilihlah jalan yang hendak dituju.



Dari mesengger, kawan muka buku saya bagi nombor wasapnya. Lebih detail dan mesra sikit. Hehehehehe.... Rupanya, dia inginkan sesuatu daripada saya. Dia nak kan Alfalfa Complex Shaklee. Bukan untuk dia tau. Tapi untuk kakak dia yang duk dalam pantang. Rupanya, kawan muka buku saya tu menjaga kakak dia yang dalam pantang. Bagus sungguh budi pekerti dia. Tapi!!!! Dia sudah berpunya ye.... Kakak kawan muka buku saya tu nak buat apa dengan Alfalfa Complex tu ye??????
Nak tahu apa Alfalfa tu boleh la ke Pengenalan Alfalfa



Kakak kawan muka buku saya tu ambil Alfalfa Complex untuk membantu tambah susu badan di dalam pantang. Alfalfa Complex ni adalah sejenis herba. Jadinya perlu banyak minum air suam. Bila banyak minum air, badan akan mudah menyerap segala nutrisi yang ada pada Alfalfa Complex tu. Alfalfa Complex ni banyak tau kebaikkan dia. Bukan setakat membantu tambah susu badan semasa dalam pantang je. Tapi ada banyak lagi khasiatnya.


Tapi, suka saya nak ingatkan. Suplement ni hanyalah sekadar membantu sahaja. Pemakanan sihat dan seimbang, emosi, nutrisi juga memainkan peranan yang penting. Begitu juga sokongan keluarga. Perlu diberikan secara berterusan. Bukan makan Alfalfa Complex sehari dah boleh dapat kesan maksima keesokan hari. Ianya perlukan masa dan bergantung kepada tubuh badan seseorang. Jangan salah faham ye. Penting tau.


Alhamdulillah, kawan muka buku saya gembira sebab saya dapat cod Alfalfa Complex secepat mungkin. Cepat la dapat tambah susu badan kakak dia yang dalam pantang tu. Semua orang mendapat manfaat dan kebaikan bersama. Itulah yang penting di samping menjalin ukhwah.



Eh, panjang pula celoteh saya pada kali ini. Ada masa nanti saya menulis lagi. Banyak tau benda saya nak ceritakan nanti. Tunggu tau cerita baru daripada saya. Bila sudah bercerita, payah pula hendak berhentinya... Heheheheh....




TataTitiTutu......

You Might Also Like

0 ulasan