9 Tip untuk mengurangkan Kesan Kedutan yang kelihatan di badan dan diwajah


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Lama jugak saya tidak bersiaran. Almaklumlah sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerjaya. Tapi, ada orang lain yang lebih sibuk dari saya pun masih sempat update pelbagai kan????

So, itu bukan alasan ye!!!.... Hehehehehhe....


Pada tengahari yang mulia ini, saya ingin berkongsi tips atau cara untuk mengurangkan kesan kedutan. Haaa... macam mana tu ye???? Meh sini saya ceritakan......


Sepertimana yang kita semua tahu, kedutan mula muncul diwajah atau dibadan apabila usia semakin meningkat. Namun bukan semua begitu. Ada juga wanita yang berumur 40 tahun pun wajah dan badannya tidak terdapat kesan kedutan. Macam mana boleh jadi macam tu kan????


Ok, di sini saya sertakan apa yang mungkin membantu untuk kita mengurangkan kesan kedutan. Antaranya adalah :


1- Penjagaan Asas Kulit.

Apa yang kita faham dengan pernyataan di atas?? Tentunya mengenai pemakaian pakaian dan pelindung matahari bukan!! Sebab itulah, kita digalakkan untuk memakai sunblock atau pelindung matahari apabila berada di luar rumah. Terdapat pelbagai jenis sunblock dan jenama yng terdapat dipasaran. Jadi, pilihlah yang sesuai dengan kulit anda. Begitu juga dengan pakaian kita. Pilihlah yang sesuai untuk dipakai semasa berada diluar rumah.

 Ini antara yang perlu kita ambil tahu apabila berada atau ingin keluar dari rumah.

- Hindari dari sinaran matahari
- Menggunakan pelindung suria apabila keluar
- Memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang.
- Hindari dari merokok
- Memakai pelembap



2- Tidur secara Menelentang

Cara kita tidur juga memainkan peranan yang penting. Kalau boleh tu, cuba tidur menelentang. Ini kerana dapat mengurangkan kesan kedutan disekitar pipi dan dagu. Mesti tak selesa kan bila terdapat garis-garis halus di sekitar wajah??? Nampak tidak licin kan??


Image result for tidur menelentang



3- Lebihkan makan Ikan Salmon

Bukan semua orang tahu atau boleh makan ikan Salmon ni. Heheheh... Ikan Salmon adalah sejenis ikan yang berasal dari kelautan air sejuk yang mana ianya  mengandungi banyak protein yang mana salah satunya membantu di dalam pembinaan sel kulit. Ikan Salmon juga mengandungi banyak Omega 3. Menurut pakar, Omega 3 boleh mengurangkan kesan kedutan dan meremajakan kulit. Jadinya, bukan sahaja untuk kesihatan jantung sahaja. Omega 3 ni juga membantu didalam pembentukan kolagen tau. Jadi, kulit akan lebih sihat dan cantik. Semua nak cantik kan dan dalam masa yang sama nak sihat, betul tak????


Image result for ikan salmon




4- Elakkan Merenung dengan Renungan melampau


Terasa pulak terkena batang hidung sendiri. Ye la, dah tahu kena pakai cermin mata, tapi tak pakai kan??? Bila nak tengok tu, jenuh la mengecilkan mata untuk memastikan siapa gerangannya. Dah menambah kedutan di sekitar mata pulak!!! Jangan buat begitu tau!! Pakai cermin mata tau kerana dapat membantu memelihara kulit disekitar mata dari kerosakan sinar matahari dan juga mengelakkan dari berlakunya kedutan tau!!!..

Image result for kedutan disekitar mata akibat merenung

5- Gunakan kosmetik yang mengandungi AHAs (Alpha-Hydroxy Acids)

Apa pulak AHAs tu kan?? AHAs adalah sejenis asid yang banyak terkandung didalam produk kosmetik. Boleh dikatakan penggunaannya sangat meluas di dalam industri kecantikan. Selalunya banyak digunakan didalam produk kosmetik untuk mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus disekitar wajah dan badan. Ianya boleh menanggalkan sel kulit mati. Selain itu, AHAs banyak membantu mengurangkan pori-pori terbuka, kedutan dikulit terutamanya disekitar kawasan mata. AHAs yang kuat dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit. Penggunaan AHAs akan membuatkan kulit menjadi sensitif. Jadi gunakanlah pelindung tabir suria setiap hari.


Image result for apa itu  Alpha-Hydroxy Acids



6- Cuci muka dengan kadar yang sepatutnya.

Kelembapan dan minyak semulajadi membantu melindungi dari penampakan kesan kedutan. Jadi, elakkan mencuci muka secara kerap. Sekurang-kurangnya cuci muka sehari 2 kali sahaja iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Gunakan sabun yang berpelembap atau gel atau krim pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda. Selain itu, elakkan menukar pencuci wajah setiap bulan. 

Image result for cuci wajah dengan kadar yang sepatutnya


7. Guna krim atau losyen yang mengandungi vitamin C.


Nak tahu tak, ada kajian yang mengatakan bahawa krim yang ada kandungan vitamin C mampu menambah kandungan kolagen dalam kulit tau. Selain itu jugak, vitamin C ni boleh melindungi kulit kita dari sinaran UVA & UVB, mengurangkan kesan kemerahan, bintik-bintik hitam dan menyekatakan tona kulit. Kalau nak tahu, ada krim yang mampu mengurangkan kesan kedutan tau, dikenali sebagai L-ascorbic asid. Kebiasaannya, Vitamin C di dalam produk penjagaan dikenali sebagai ascorbyl palmitate. Sh@kL€€ ada vitamin C dalam bentuk tablet. Mudah dan ringkas kan..... Boleh rujuk pada artikel Kepentingan Vitamin C.

Image result for nutriwhite


8. Soya

Soya juga mampu meningkatkan kecerahan kulit dan melindunginya. Ada kajian tau yang mencadangkan penggunaan soya untuk sapuan atau sebagai makanan tambahan mampu membantu melindungi kulit dari kerosakan seperti kulit berbelang akibat terbakar panas. Selain itu, soya juga membantu menstrukturkan semula kulit, menganjalkan dan menyamaratakan tona kulit. Tengok tu, soya pun membantu di dalam penghasilan kulit yang cantik dan licin. ESP Sh@kL€€ kan hadooo......

Image result for esp shaklee untuk kulit


9. Gantikan minuman kopi kepada minuman koko.

Buat pengemar kopi, jika anda ingin mengurangkan kesan kedutandiwajah atau dibadan, anda kena kurangkan lah ye minum kopi. Tak pun ganti dengan minuman koko. Kajian ada mengatakan bahawa jika kita minum koko yang tinggi antioksidan iaitu koko yang mengandungi kandungan epicatechin dan catechin, ianya mampu melindungi kulit dari kerosakan matahari, meningkatkan pengaliran darah ke dalam sel kulit, melembapkan dan membuatkan kulit tampak lembut gitu..... 😆😆😆😆😆😆

Image result for minuman koko



Itu adalah antara 9 tips yang saya dapat kongsikan bersama anda semua. Mana tahu membantu anda yang memerlukan. Kongsikan bersama teman-teman anda juga. Sekurang-kurangnya, kita dapat membantu mereka yang sedang mencari info untuk mengurangkan kesan kedutan.


Sampai di sini dahulu daripada saya. Ada masa saya kongsikan lagi. Assalamualaikum....


Psssttt: SR Vita C Plus dan ESP ada promosi bulan ni. Sempat lagi kalau nak kulit cantik, sihat, gebu, gebas, licin, glowing nih.... 016-5003075

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.