Jumaat, 24 Jun 2016

Krim Yang Mampu Mengurangkan Alahan Atau Masalah Kulit Pada Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Salam Ramadhan yang ke 19. Cepat je masa berlalu pergi. Adakala tidak terkejar masa pun. Semoga pembaca sekalian berada di dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga.

Alhamdulillah, cuaca pada hari ini sangat indah. Cerah sangat pun tidak, redup sangat pun tidak. Sedang-sedang gitu. Hari ini saya nak cerita mengenai pengalaman saya menghadapi anak yang terkena alahan akibat makanan. Menarik tak? Anak kedua saya tu baru je berumur 6 bulan.

Sebelum tu, layan dulu video ni ye......





Dah layan dah???? Ok, sekarang saya ceritakan bagaimana saya menghadapi saat anak kedua saya mengalami alahan. Pada waktu pagi tu, saya dah mula nampak merah-merah di badan. Jadi sya pun sapu la Herbal Blend tu. Tahu ke apa Herbal Blend tu? Tak tahu... Boleh rujuk di sini  Herbal Blend

Bila disapu, merah-merah tu hilang. Saya pun ok je la. Tup-tup naik kat tempat lain pulak. Saya pun sapu la semula Herbal Blend tu. Sambil-sambil tu tengok juga kenapa la anak saya ni macam ada yang tak kena. Asyik buat perangai je. Tidur pun sekejap-sekejap. Saya ingatkan anak saya nak demam. Mula tu ingatkan anak saya kena kelopak garam atau bahasa lain dia gegata.

Malam tu sebelum tidur, makin banyak pula merah-merah di badan. Gelabah juga saya tau. Tak pernah alami lagi situasi macam tu. Sekejap-sekejap menangis. Saya dah tak tahu nak buat apa, saya cuma sapu je Herbal Blend tu pada kawasan yang kemerah-merahan. Bila anak saya garu kat kawasan kaki, merah-merah tu timbul. Saya sapu pula di kaki. Sampai satu tahap saya risau sangat, saya sapu seluruh badan anak saya dengan krim Herbal Blend.


Lepas sapu je seluruh badan anak saya dengan krim Herbal Blend tu, barulah anak saya tu tidur. Mungkin sebab mengantuk jugak la. Pagi tu saya lihat mata anak saya mula bengkak. Badan penuh merah. Alamak, datang balik pulak!!!....








Tanpa buang masa, saya terus bawa anak saya jumpa dengan doktor di Klinik Kerajaan. Lepas doktor buat pemeriksaan, doktor beritahu bahawa anak saya mengalami alahan atau dengan kata lain ekzema. Ya Allah, sedihnya melihat keadaan anak saya ketika itu. Saya rasa bersalah sangat-sangat. Tapi doktor ada bagi ubat minum dan ubat sapu. Balik je rumah saya terus bagi anak saya minum ubat. Tetapi, ubat sapu tu saya tak guna pun. Ubat sapu tu ada steroid pulak...

Steroid ni adalah sejenis hormon yang bersifat antiradang. Tetapi penggunaannya hendaklah terhad kerana mempunyai pelbagai kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang ketara ialah meningkatkan risiko jangkitan kuman. 


Saya cuma sapu dengan Herbal Blend sahaja. Saya sapu seluruh badan anak saya. Mujur juga saya bukan jenis yang cepat panik. Tambahan pula suami saya terpaksa outstation. Lagi la saya gelisah. Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting kena usaha dulu la. Hehehehe.... Petang tu, bengkak-bengkak di mata dan muka dah surut. Merah-merah di badan pun semakin mengurang. Alhamdulillah.....





Lena je kan??? Siap kena sertakan sekali dengan kain pelikat abahnya. Rindu la tu... Rutin saya ialah, hari-hari saya sapu Herbal Blend di kawasan yang merah-merah dan beri anak saya minum ubat. Genap hari ketiga, tiada lagi dah merah-merah di seluruh badan. Alhamdulillah, anak saya dah pulih sepenuhnya. Itulah saat yang sangat-sangat menggembirakan hati seorang ibu.


Kini, anak saya tidak lagi alami alahan. Pemakanan untuk anak saya, sangat saya titikberatkan. Tidak mahu kejadian begitu berulang kembali. Sejak dari itu, krim Herbal Blend perlu ada di dalam rumah. Sekali beli sampai 2 tiub untuk simpanan. Tambahan pula krim Herbal Blend ni laris tau. Kang dah abis kang, menangis akak tau... Hehehehehe....

Sampai di sini dahulu cerita saya. Ada masa saya kongsikan lagi dengan anda semua. Untuk membeli atau ada apa-apa pertanyaan, sms je pada nombor 016-5003075.

Saya sedia membantu anda untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan kesihatan dan kegembiraan.

 

Tiada ulasan: