Jumaat, 8 April 2016

VITAMIN B YANG PALING KURANG MENONJOL TETAPI TETAP PENTING IAITU B9

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada hari Jumaat, hari yang sangat-sangat barkah. Rindu ingin menulis sentiasa membuak-buak. Disebabkan itu, saya cuba mencari info-info yang baru dan segar dan memberi manfaat kepada kita semua. Menulis banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada diri saya.

Oppsss.... terlebih suda! Hari ini saya ingin berkongsi info dengan anda semua. Anda semua tentunya ada mengambil vitamin kan? Alah, macam makanan tambahan tu. Contohnya, Vitamin B Complex ke, Vitamin C ke dan pelbagai lagi la. Kalau nak senaraikan, memang tak tersenarai la.... heheheh...

Kalau anda semua ingin tahu, Vitamin B9 juga dikenali sebagai asid Folik, folicin ataupun folat sahaja adalah jenis vitamin yang sama. Nama asid Folik ni berasal daripada folium yang dalam bahasa Latin bermaksud 'daun'. Penggunaan kata 'daun' merujuk kepada penemuan vitamin B9 yang pertama kali dihasilkan daripada daun bayam. Ianya adalah vitamin yang diperlukan untuk replikasi sel dan pertumbuhan.

Di sini saya nak kongsikan video ni untuk anda. Mana tahu berguna nanti kan.... Tak de la kelam kabut sangat nanti. hehehehhe....


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Walaupun vitamin B9 ni berada di dalam kelompok kurang popular berbanding jenis vitamin yang lain, ia tetap mempunyai kepentingan yang tersendiri dan akan memberi kesan jika cuba mengambilnya secara konsistan.

Vitamin B9 ni adalah merupakan jenis vitamin B kompleks yang mana ianya mempunyai sifat mudah larut dalam air. Tubuh yang kekurangan vitamin B9 mudah dijangkiti penyakit seperti anemia (sejenis keadaan dimana badan kita kekurangan sel darah merah), paranoia, cepat lesu dan juga kulit kering. Terdapat juga gangguan kesihatan akibat kekurangan vitamin B9 iaitu jantung berdebar-debar, kanser usus dan juga penyakit Leukimia.

                     
         Jom kita masuk ke sumber-sumber vitamin B9. Berikut ini disertakan beberapa bahan makanan semulajadi yang sering kita temui dan mengandungi unsur vitamin B9.


1- Sayur bayam
 

Sayur bayam merupakan makanan sumber vitamin yang sangat baik kerana ianya berperanan sebagai antioksidan yang penting.

2- Telur

 
Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam telur tidak perlu diragukan lagi seperti Kalsium, vitamin D, protein dan juga asid folat. Akan tetapi bagi anda yang memiliki kadar kolesterol tinggi sebaiknya berhati-hati kerana kandungan kolesterolnya cukup tinggi.

3- Buah Oren



Merupakan buah yang memiliki rasa manis dan masam ini memang sangat menyegarkan terutama jika dimakan pada ketika cuaca panas (seperti yang kita sedang hadapi ini). Oren mengandungi banyak vitamin C yang sangat baik untuk memperkuatkan sistem imun anda. Bukan hanya vitamin C sahaja, buah oren juga mengandungi asid folik yang sangat bermanfaat untuk ibu-ibu yang hamil.

4- Asparagus



Sayuran ini kaya dengan kandungan asid folik. Dalam satu cawan asparagus mengandungi 79 mcg. Sayuran ini sangat baik terutamanya jika dimasak secara kukus kerana nutrisi dan vitamin masih terjaga.

5- Kacang-kacangan



Kacang-kacangan bukan hanya tinggi asid folik tetapi juga nutrisi penting lainnya seperti Kalsium, vitamin D dan juga protein yang sangat penting untuk tubuh anda. Satu cawan kacang mengandungi sekitar 180 mikrogram folat, jumlah tersebut hampir memenuhi keperluan folat anda di dalam seharian.



          Nak tahu tak apa kesan kekurangan vitamin B9 ni kepada tubuh kita? Jom kita sama-sama lihat apa akibatnya kekurangan vitamin B9.

Jika pengambilan vitamin B9 tidak teratur, anda mungkin akan menderita sakit anemia folic acid. Tanda-tanda orang yang terkena anemia foloc acid adalah sering merasa keletihan, mudah lupa, mudah marah, hilang selera makan serta penurunan berat badan yang mendadak.



            Orang yang menderita penyakit anemia folic acid perlu mengambil vitamin ini sehingga gejala dan simptom penyakit itu hilang. Mungkin mengambil masa yang lama.

Sekarang mari kita lihat mengapa tubuh memerlukan vitamin B9 ini. Di antaranya adalah :

a) Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan di dalam tubuh kita.

b) Zat makanan mudah hilang.

c) Pengambilan ubat menggangu penyerapan zat penting.

d) Pengambilan makanan yang tidak seimbang.

e) Penyelesaian kepada gaya hidup moden.


Shaklee ada menyediakan supplement yang mengandungi asid folik ini. Sangat mudah dan jimat. Sesuai sangat-sangat untuk mereka yang tidak atau kurang gemar kepada sayur-sayuran. Tambahan pula mempunyai banyak manfaat. Supplement tersebut adalah Vita Lea Shaklee.

Vita Lea Shaklee mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Tambahan pula ianya diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap 'batch'. Wow!!! menarik bukan?














Manfaat Vita Lea adalah :

1- Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.

2- Pelengkap kepada kekurangan pelbagai nutrisi akibat amalan diet yang tidak seimbang.

3-  Membantu stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

4- Diformulasikan dengan zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah terutamanya untuk ibu hamil, dalam pantang dan menyusukan bayi.

5- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik yang penting.

6- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Manakala di bawah ini saya sertakan vitamin B Complex Shaklee. Mengandungi 8 jenis vitamin B. Eh! kejap, macam Vita Lea je kan? Memang betul, tetapi B Complex Shaklee tidak termasuk dengan mineral. Itu yang membezakannya. Tak ada masalah pun jika anda ingin mengambil keduanya sekali. Lagipun kandungan folik asidnya pun berbeza.























 








Di antara manfaat B complex Shaklee adalah :

1- Menggurangkan Stres

2- Menambahkan tenaga

3- Mencegah anemia

4- Meningkatkan konsentrasi

Macam mana? Ok tak? Kalau nak tahu lebih lanjut atau pun jika anda berkenan nak cuba, jangan tunggu lagi tau. Sms je 016-5003075 suliana. Saya sedia membantu anda untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Setakat ini dahulu ye, nanti saya akan update info-info yang baru lagi.  Tata Titi Tutu....





Tiada ulasan: