7 KAEDAH yang menggunakan bahan semulajadi bagi mendapatkan BIBIR yang seksi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Di harap anda semua diberi kesihatan dan kekuatan di dalam mengharungi cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Ye la kan, cuaca panas kot... Nak keluar beli barang pun fikir 10 kali tau. Jadi, kalau tak de urusan penting tu, lebih baik duduk di rumah je. Lebihkan pengambilan air kosong jugak.

Hari ini saya nak mulakan tulisan saya dengan perkara-perkara yang mudah-mudah dahulu. Iye la kan, dah lama juga la jari-jemari saya tidak menari-nari di atas keyboard ni. Hehehehh.....

Sebelum tu, meh la tengok dulu video ni. Mungkin anda akan tahu artikel saya nanti.




Mesti ramai yang suka kan bila bibir kita jadi seksi. Tambah pulak pakai pewarna bibir warna merah jambu, fuhhhh...... tak terkata apa. Saya suka sangat dengan bibir pelakon Kilafairy. Rasa macam nak tranform je terus.... Hahahahahah.... (ingat macam transformers la tu)




Seperti mana yang kita semua tahu, bibir yang merah, lembut dan lembap mengundang ramai perhatian. Ye la kan, tak perlu nak mengoles lipstik pun bibir dah tampil menawan dengan kemerahan semulajadi. Jadi, kalau kita nak memiliki bibir yang sihat dan menawan, cuba je lah petua ini. Pasti hasilnya nanti akan membuatkan anda sentiasa mengukirkan senyuman manis.



Bahan-bahan yang digunakan ialah :


1- MADU






Oleskan madu pada bibir anda,biarkan ianya kering. Kemudian bilas bibir dengan air suam. Bibir anda bukan sahaja tampak kemerahan malah semakin berseri. Kulit bibir juga menjadi anjal dan lembut. Kalau anda rajin, lakukan petua ini empat kali seminggu.


2- LIMAU NIPIS





Seperti mana yang kita semua tahu, limau nipis memang kaya dengan Vitamin C. Ianya sangat membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan bibir lembut. Selain itu juga, limau nipis juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah bibir hitam. Begini caranya, hiris limau nipis. Kemudian, gosok bahagian dalam limau nipis pada bibir secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari, dan hasilnya bibir anda akan tampak seksi dan sihat.


3- MINYAK ZAITUN




Seperti juga tubuh kita, bibir juga perlukan urutan untuk melancarkan perjalanan darah. Gunakan minyak zaitun untuk mengurut bibir. Minyak zaitun membantu melembapkan kulit bibir agar terpelihara cantik.


4- AIR PUTIH





Air putih harus diminum secukupnya kerana ia akan membuatkan kulit lembap dan bibir sihat. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter sehari bagi mengelakkan bibir menjadi kering. Selain itu, kurangkan juga pengambilan air manis dan minuman bergas.


5- GULA





Gula mempunyai banyak fungsi kerana bukan setakat diadun menjadi resepi makanan atau minuman sahaja. Ini adalah kerana gula juga berperanan di dalam menjaga kecantikan. Kalau anda semua nak tahu, gula merupakan agen pengelupasan terbaik. Caranya ialah, sapukan gula pada bibir, gosok secara perlahan-lahan. Ia akan membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir anda lembut.


6- TIMUN





Anda kisar timun, jangan masukkan air ye. Kemudian anda oleskan pati timun pada bibir. Ianya berfungsi sebagai masker bibir. Biarkan masker ini kering dalam masa 15 minit ke 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.


7- HALIA




Tumbuk halia, kemudian anda lekapkan ke bibir. Biarkan selama lebih kurang 10 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan kaedah ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sangat anda inginkan.


Semua kaedah yang saya ceritakan ini boleh di dapati di dapur sahaja kan????? Cuma kita je kadang kala tidak ambil peduli sangat. Dah la murah, mudah dan menjimatkan. Haaa.... apa lagi, jom kita cuba. Nanti bila dah cuba, post la hasilnya ye... boleh la kita berkongsi rasa dan hasil.

Alhamdulillah, siap sudah artikel kali ini. Inn Syaa Allah, jika ada peluang lagi saya akan menulis ye. Salam sayang dan rindu buat anda. Assalamualaikum.....

Psstt... ingin dapatkan produk shaklee, sms je 016-5003075. Suka sangat nak bantu anda.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.