Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Masalah gatal yang dapat diatasi dengan menggunakan bahan semulajadi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kak omei ucapkan untuk pembaca sekalian. Semoga pada hari ini kalian semua sihat-sihat belaka dan ceria selalu hendaknya. Lama jugak kan kak omei tak update di sini. Memang sibuk sikit la dengan urusan rumah, kerja dan bisnes.
Hari ini kak omei nak kongsikan dengan anda semua mengenai satu krim nih. Krim ni krim pelbagai guna tau. Banyak membantu di dalam pelbagai jenis masalah gatal. Tapi krim nih bukan untuk masalah gatal je tau. Banyak tau kegunaan krim pelbagai guna nih. Sebelum kak omei masuk ke kelebihan krim nih, meh sini kak omei ceritakan dahulu apa kandungan krim pelbagai guna ni.

Korang tahu ke krim apa yang kak omei maksudkan????

Krim pelbagai guna ni nama dia Herbal Blend. Menggunakan herba-herba semulajadi tau. Tanpa paraben lagi. Antara kandungan Herbal Blend nih adalah :

1. Sage Leaf

Membantu merawat masalah dan jangkitan kulit atau gigitan serangga.

2. Horse Chestnut

Membantu merawat alergi pada kulit seperti masalah eczema.

3. Yarrow

Mem…

6 Tips Untuk Meredakan Jerawat Yang Hinggap Dengan Cepat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita pada masa ini. Lama jugak jari-jemari berehat daripada mengetuk papan kekunci. Tapi, kerja hakiki memang selalu la guna papan keyboard nih... Heheheheh...


Kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda semua mengenai JERAWAT. Boleh dikatakn semua daripada kita ini, mengalami masalah jerawat kan??? Tidak tertakluk kepada perempuan  jer tau, lelaki pun ada jugak. Boleh dikatakan ramai juga yang datang ke klinik untuk mendapatkan ubat jerawat ni. Tambahan pula, apabila muka ditumbuhi jerawat, ianya seakan menjadi situasi yang kurang menyenangkan pula. Kalau nak tahu, kulit muka kita mempunyai permukaaan yang paling terdedah kepada jerawat atau acne serta pelbagai jenis masalah kulit yang lain.

Sebelum kita masuk ke bahagian yang dalam, apa kata saksikan video ini dahulu tau. Mana tahu, anda memerlukannya nanti....




Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.



Sekarang, jom kita lihat manfaat …

Kisah kawan kakak yang mencari suplement untuk menambah susu badan semasa dalam pantang

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Semoga sihat dan ceria disamping keluarga tercinta. Dah lama jari jemari tidak menari nari di atas papan kekunci. Rindu yang amat pula. Hehehehe.......

Bila dah mula rindu tu, mula la nak buat macam-macam kan... Ok, memula sekali saya nak kongsi video ni dengan anda semua. Video mengenai cara untuk tambah susu badan dalam pantang.   Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Mari kita saksikan ye....


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Di kesempatan yang ada ini, suka saya ingin berkongsi dengan anda pembaca sekalian dengan cerita saya. Cerita saya ini tidak lah segah cerita orang-orang besar. Tapi sangat bernilai buat saya. Ceritanya begini. Ada suatu hari tu, tetiba jer kawan muka buku saya mesengger kat saya. Kawan muka buku ni jarang mesengger saya. Lagipun kami cuma kenal di suatu kelas solekan jer pun... Opppssss.... Saya sertakan sekali screenshot kawan muka bu…

Raja Segala Tumbuhan - Pengenalan Kepada Tumbuhan Herba

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua gembira dan ceria walaupun dimana anda berada. Hari ini, ligat pula jari-jemari menari-nari di atas papan kekunci telefon. Heheheehehe.... Mudah dan ringkas. Senang dicapai.


Hari ini saya nak cerita mengenai tumbuhan. Cerita apa pulak ni???? Tentang tumbuhan??? Lari pulak daripada bidang kan??? Tak sesuai kottt!!!! Tumbuhan yang saya nak cerita ni adalah tumbuhan herba. Sehinggakan digelar "Raja segala tumbuhan".

 Wow!!!! Meh saya kongsikan anda dengan video ini...






Tumbuhan apa tu??? Anda mesti tertanya-tanya bukan?????




Tumbuhan yang saya maksudkan adalah Alfalfa. Alfalfa ni banyak tau kegunaan dia. Kaya pula dengan vitamin A, C, E dan K. Bukan itu sahaja, Alfalfa juga mengandungi mineral seperti Kalsium, Potassium, fosforus dan juga zat besi lagi tau. Memang berkhasiat dan bermanfaat kan???? TumbuhanAlfalfa ni sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Kalau anda nak tahu, Alfalfa ni telah digunakan oleh manusia sejak lebih…

9 Tip untuk mengurangkan Kesan Kedutan yang kelihatan di badan dan diwajah

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Lama jugak saya tidak bersiaran. Almaklumlah sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerjaya. Tapi, ada orang lain yang lebih sibuk dari saya pun masih sempat update pelbagai kan????

So, itu bukan alasan ye!!!.... Hehehehehhe....


Pada tengahari yang mulia ini, saya ingin berkongsi tips atau cara untuk mengurangkan kesan kedutan. Haaa... macam mana tu ye???? Meh sini saya ceritakan......


Sepertimana yang kita semua tahu, kedutan mula muncul diwajah atau dibadan apabila usia semakin meningkat. Namun bukan semua begitu. Ada juga wanita yang berumur 40 tahun pun wajah dan badannya tidak terdapat kesan kedutan. Macam mana boleh jadi macam tu kan????


Ok, di sini saya sertakan apa yang mungkin membantu untuk kita mengurangkan kesan kedutan. Antaranya adalah :


1- Penjagaan Asas Kulit.
Apa yang kita faham dengan pernyataan di atas?? Tentunya mengenai pemakaian pakaian dan pelindung matahari bukan!! Sebab itulah, kita digalakkan untuk memakai sunblo…

Krim Yang Mampu Mengurangkan Alahan Atau Masalah Kulit Pada Bayi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Salam Ramadhan yang ke 19. Cepat je masa berlalu pergi. Adakala tidak terkejar masa pun. Semoga pembaca sekalian berada di dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga.

Alhamdulillah, cuaca pada hari ini sangat indah. Cerah sangat pun tidak, redup sangat pun tidak. Sedang-sedang gitu. Hari ini saya nak cerita mengenai pengalaman saya menghadapi anak yang terkena alahan akibat makanan. Menarik tak? Anak kedua saya tu baru je berumur 6 bulan.

Sebelum tu, layan dulu video ni ye......





Dah layan dah???? Ok, sekarang saya ceritakan bagaimana saya menghadapi saat anak kedua saya mengalami alahan. Pada waktu pagi tu, saya dah mula nampak merah-merah di badan. Jadi sya pun sapu la Herbal Blend tu. Tahu ke apa Herbal Blend tu? Tak tahu... Boleh rujuk di sini  Herbal Blend

Bila disapu, merah-merah tu hilang. Saya pun ok je la. Tup-tup naik kat tempat lain pulak. Saya pun sapu la semula Herbal Blend tu. Sambil-sambil tu tengok juga kenapa la …

Rupanya Krim putih ni banyak manfaat dan khasiat yang adakala tidak dijangka

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian. Di harap anda semua berada di dalam kesihatan di samping keluarga tercinta. Sudah 12 Ramadhan hari ini. Sekejap je kan masa berlalu. Anda dah buat ke checklist Ramadhan untuk tahun ini? Saya ada juga la buat mana yang sempat. Heheheheh....

Hari ini kan saya nak berkongsi manfaat dan kebaikan satu produk ni. Ianya adalah krim tapi tidak berminyak tau. Sesuai untuk semua golongan. Saya mesti simpan dua tiub tau kat rumah. Benda yang memang perlu ada bila berlaku kecemasan yang tidak diduga.

Krim apa tu ??? Nak tahu tak???


Inilah krim yang saya nak citerkan kepada pembaca sekalian. Sebelum tu, jom kita lihat apakah kandungan yang terdapat di dalam krim putih yang tidak berminyak ni.

Krim Herbal Blend ni terdiri daripada:

1- Sage Leaf




  Mampu merawat masalah dan jangkitan kulit serta gigitan serangga.

2- Horse Chestnut Seed


Mampu merawat alergi/alahan pada kulit dan ekzema

3- Yarrow

Membantu dalam penyembuhan luka, m…

Pencuci wajah yang memang superb best sangat dan terbaik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada kali ini dengan info yang baru. Kali ini saya nak ceritakan kepada anda mengenai pencuci wajah. Siapa di sini suka mencuci wajah dengan pencuci berjenama????

Ada ke yang hendak menjawab???? Rasanya ada la beberapa kerat kan?? Iye la, bukan semua orang mampu untuk memilikinya. Apa-apa pun pastikan kandungannya mengandungi bahan yang betul-betul semulajadi. Barulah dapat kesan yang menyeluruh.

Ok la, saya nak cerita pada anda tentang satu pencuci wajah ni. Memang best tau. Saya memang dah gunakan 2 bulan yang lalu. heheheheh..... Nak tahu tak pencuci wajah apa????


Taadaaa.....


Sebelum tu, saya nak bagitahu dulu tip atau panduan dalam membersihkan wajah. Anda boleh rujuk di sini  Tip dan Panduan membersihkan wajah

Sebab apa saya sangat suka dengan pencuci muka ni? Jom kita lihat apa kandungan pencuci muka ni. Antara kandungan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser :



1- Rumpai laut
     a) Menanggalkan kotoran pada wajah.
   …