Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

'Me Time' Hargailah waktu luang untuk diri anda sendiri

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya mendapat Mood untuk menulis selepas balik dari menghadiri kenduri kahwin sepupu di Alor Setar. Meriah tu memang meriah lah tambahan pula dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh mahupun dekat. Di harap anda juga sihat hendaknya di samping keluarga tercinta.

Kali ini saya ingin ketengahkan topik mengenai diri sendiri. Kehidupan seharian kita dipenuhi dengan pelbagai urusan seperti kerjaya, keluarga, anak, hubungan dengan pasangan dan aktiviti sosial bersama kawan-kawan. Keadaan inilah membuatkan anda sering lupa menyediakan waktu untuk diri sendiri.






Menurut penelitian menunjukkan wanita sekarang merasa kurang bahagia berbanding dengan wanita 40 tahun yang lepas. Alasan utama teori ini kerana kurangnya waktu lapang untuk mereka. Walaubagaimanapun anda sibuk dengan masalah anak-anak, orang tua, suami atau di pejabat, anda harus menyediakan waktu luang untuk diri sendiri demi kesihatan. Sebolehnya, sediakan waktu khusus setiap hari u…

7 tip memilih yogurt yang terbaik untuk diri sendiri

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua berada di dalam kesejahteraan bersama keluarga tercinta. Hari ini saya menghadiri kenduri di rumah saudara sebelah suami. Memang meriah sangat tetapi saya tidak mampu untuk menghabiskan makanan kerana perut sudah mula sengkak. Mujur anak saya tolong habiskan. Heheheheheh.....





 Pada tulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua panduan membeli yogurt. Ramai di antara kita mengemari yogurt. Tambahan pula dengan pelbagai jenis perisa dan jenama yang dijual di pasaraya. Di musim perayaan ini ramai juga yang memilih untuk berdiet. Yogurt antara satu hidangan untuk mereka ini. Akan tetapi bagi memastikan anda mendapat khasiat terbaik maka pilihlah yogurt yang betul. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda memilih yogurt yang baik.


1. Lihat kandungan kalori dan kuantitinya.

    Kini, jarang terdapat yogurt yang dibungkus dengan kemasan yang besar. Kebanyakannya, diletakkan di dalam kemasan yang kecil sehi…

5 manfaat berkebun yang mampu mengelakkan penyakit dan membantu dalam diet

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Di tempat anda banjir tak? Tempat saya ada sesetengah kawasannya mengalami banjir. Saya berharap agar banjir kali ini tidak terlalu besar dan sesiapa yang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Alhamdulillah, hari ini tidak hujan walaupun nampak seperti berjerebu.

Ok lah, jom kita masuk ke tajuk sebenar saya pada hari ini. Anda tertekan atau migrain? Cuba luangkan waktu untuk berkebun. Menurut kajian, berkebun dapat membantu mengatasi kedua-dua masalah di atas. Selain itu, terdapat beberapa manfaat lain yang dikenalpasti baik untuk kesihatan dan diet anda. Sebelum itu, saksikan dulu promo video yang saya sertakan untuk anda.






5 manfaat berkebun tersebut adalah :


a -  Bakar kalori

Seseorang dengan berat 75kg dapat membakar lebih kurang 162 kalori hanya dengan cara memangkas tanaman, menggali atau mencabut rumput selama 30 minit ketika b…

Kem Kesihatan yang dijalankan di pekarangan masjid daerah Arau

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Jerebu seperti ada kembali jadi banyakkan minum air suam dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Hari ini walaupun hari cuti, namun disebabkan tanggungjawab yang telah di amanahkan, saya menghadiri juga Kem kesihatan tersebut.

Saya ada nak share sesuatu dengan anda. Di harap sudi menontonnya. Mana tahu berguna nanti...



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Kem kesihatan yang dijalankan oleh klinik saya bertempat di perkarangan masjid di daerah Arau. Terdapat beberapa unit yang turut serta seperti unit pendaftaran, unit farmasi, unit pemakanan, unit ibu dan anak, unit OPD serta unit pergigian. Masing-masing membawa replika yang bertajuk       "TAK NAK MEROKOK'








































Aktiviti bermula seawal pukul 7.30 pagi. Bermacam-macam acara dijalankan antaranya pakaian beragam untuk kanak-kanak, pertandingan mewarna, pertunjukkan Doktor Muda, Acara cuci tangan, …

7 sikap yang mampu mencantas setiap kejayaan yang ingin dikecapi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini memberi sinar kejayaan dan kebahagian buat anda semua. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya mencoretkan sedikit mengenai sikap-sikap orang yang tidak mahu berjaya. Adakah anda dan saya tergolong di dalamnya???


Setiap individu yang berkerjaya pasti mahu melakar kejayaan yang tersendiri. Untuk mencapainya bukan mudah. Ianya menuntut usaha berlipat ganda bagi merealisasikan impian tersebut.

Sambil-sambil tu cuba tengok video ini... Mungkin dapat menambahkan lagi pengetahuan.




 Bagaimanapun, dalam mengejar impian, anda harus mengelak daripada melakukan beberapa perkara yang boleh menjadi faktor utama menutup laluan anda untuk mencapai kejayaan.


Sikap-sikap tersebut adalah :


1. PASIF


Anda boleh memilih pekerjaan yang kurang mencabar tugasnya. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh mencabar diri melakukan pekerjaan yang lebih hebat tanggungjawabnya. Jangan pasif dalam melakukan sesuatu. Sikap negatif tersebut hanya akan membua…

7 jenis minuman yang perlu anda awasi ketika anda sedang hamil

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera selalu. Saya alhamdulillah, semakin bertenaga dan segar dengan idea-idea yang datang mencurah-curah. Perlu disusun dengan jayanya. Hujan sekali-sekala membuatkan mata pun semakin layu. Namun kerana hendak berkongsi dengan anda, saya gagahkan diri kerana saya tahu anda semua sedang menantikan coretan dari saya. Cewahhh!!!...




Seperti mana yang kita tahu, semasa hamil, bukan sahaja makanan perlu dijaga. Pengambilan minuman juga perlu diteliti dengan sebaik-baiknya. Apakah yang boleh diminum? Adakah minuman itu akan memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan. Perkara sebeginilah yang perlu diberi perhatian. Antara minuman tersebut adalah:


Minuman beralkohol

Jangan ambil minuman beralkohol semasa hamil. Ramai sedia maklum minuman beralkohol memudaratkan ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Ia boleh mengundang masalah keguguran atau anak meninggal sebaik sahaja dilahirkan . Jika bayinya selamat dilahirkan sekal…

Risiko yang perlu dihadapi jika mengidap tekanan darah tinggi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya sudah mula kembali segar dengan idea-idea yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak mana tetapi cukup untuk membuatkan saya menulis dan mengkaji bersama-sama dengan anda.


Sperti mana yang kita ketahui, tekanan darah tinggi atau hipertensi didiagnosis apabila darah seseorang itu terlalu menekan dinding arteri. Tekanan darah tinggi merupakan masalah berbahaya yang berkait dengan serangan jantung, kegagalan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan masalah kesihatan yang lain.


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Secara amnya, tekanan darah tinggi dikelaskan mengikut penyebabnya. Tekanan darah tinggi yang tidak diketahui punca penyebabnya dikenali sebagai hipertensi primer. Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh penyakit lain dikenali sebagai hipertensi sekunder.





Di dalam hipertensi pr…

Vivix, vitamin semulajadi yang pertama seumpamanya di dunia

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Hari ini cerah sekali rasanya. Tidak seperti sebelum ini, hujan turun dengan rahmatnya. Hendak kata musim hujan pun rasanya bukan. Tidak seperti tahun-tahun kebelakangan ini, sukar untuk menentukan cuaca. Melainkan pakar kaji cuaca la sebab itu keje mereka. Hahahahahah....

Sepertimana tajuk di atas, seperti itu jugalah saya ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan dan kelebihan yang dimiliki oleh si botol comel ini. Vivix merupakan supplement (makanan tambahan) anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat nombor satu supplement makanan di Amerika. Didalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap selular.





Empat mekanisme penuaan pada tahap selular :


1. Kerosakkan DNA


Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakka…