Rabu, 29 Julai 2015

Penyakit berjangkit yang semakin menular, demam campak. Jom kita ambil tahu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sama-sama la kita berdoa agar negara kita sentiasa aman dan damai. Hari ini hari yang amat memenatkan dan juga hari yang memang mengantuk. Huhuhuhuu....

Hari ini saya ingin berkongsi artikel mengenai penyakit berjangkit iaitu demam campak. Banyak juga kes yang berlaku terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di tempat saya pun ada juga beberapa orang yang kena demam campak nie.



Mari kita kenali apa itu demam campak. Seperti mana yang kita telah ketahui, demam campak atau dalam bahasa perubatan ialah Rubeola adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya akan mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.





Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara melalui titisan (droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimana pun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes demam campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang mengidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Sekarang kita lihat tanda-tanda demam campak yang biasa berlaku. Antara 10 - 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti :


   a) Demam tinggi (melebihi 40 darjah celcius)



 

b) Batuk, selesema dan sakit tekak





 c) Mata berair dan sensitif kepada cahaya





 d) Sakit otot.





Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 - 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga empat hari selepasnya.

Sesiapa yang pernah mengalaminya akan tahu betapa teruknya demam campak ni. Saya pun turut mengalaminya. Campak besar pun pernah, campak kecil pun pernah. Dia punya lenguh badan tak tau nak cerita la. Memang tak boleh buat keje lain dah.

Kesan demam campak kepada kanak-kanak biasanya jarang berlaku kerana pesakit akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimana pun kadang kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama kepada golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah. Terdapat beberapa jenis komplikasi yang kerap berlaku iaitu:

   a) Jangkitan pada telinga





 b) Jangkitan pada paru-paru ( Pneumonia)





  c) Jangkitan pada otak (encephalitis)





 d) Cirit-birit





Kes yng serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita yang hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.

Sekarang kita lihat bagaimana cara untuk merawat demam campak ini. Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala iaitu:


1. Panadol untuk mengurangkan demam.

2. Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata

3. Berehat dan minum air cukup.

Ruam di badan tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang dengan sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga empat hari selepas ruam timbul)

Sebenarnya demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi. MMR adalah vaksin yang selamat.

Di sini saya sertakan sebuah video untuk memudahkan pemahaman anda yang membaca artikel saya ini. Sudi-sudilah menonton ye....


















Krim ini memang semulajadi. In Sya Allah mampu menghilangkan kesan-kesan ruam demam campak pada bayi dan sesiapa juga. Selain itu sesuai untuk tumit kaki pecah, gatal-gatal dan sebagainya.  Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya di 016-5003075 atau whatapp 01115367287.

Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Semoga memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda semua. Assalamualaikum...

Sumber: Portal Myhealth


12 tip untuk ibu, andalah yang paling bahagia di dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kehidupan anda semua bahagia hendaknya. Hari ini hari yang sangat-sangat meletihkan. Namun kerana minat yang membara, saya kuatkan semangat untuk menulis di sini. Bukan mudah hendak memanipulasi badan yang memang sudah kehilangan tenaga. Namun kehendak dan kemahuan yang kuat sahaja dapat mendorong diri dan minda untuk melakukan apa yang kita minat.

Hari ini, saya ingin berkongsi tip mengenai seronoknya bergelar seorang IBU. Bukan semua orang berpeluang untuk mendapatnya. Semoga anda semua gembira menjadi seorang IBU dan bakal IBU. Saya sendiri teruja apatah lagi anda kan????... Kehidupan seorang wanita menjadi lengkap apabila bukan sahaja bergelar seorang isteri tetapi juga berupaya melahirkan zuriat. Saya faham bagaimana rasanya apabil menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan cahayamata. Tidak termasuk kata-kata sindiran lagi. Saya doakan buat para wanita di luar sana akan mendapat cahayamata yang di idam-idamkan. In Syaa Allah...... Aminnn....





Memang benarlah kehadiran bayi boleh membuatkan anda memahami erti kebahagiaan sebenar. Perkara berikut adalah realiti keindahan apabila dikurniakan cahayamata :


1. Membuat wanita bergelar ibu.

Setinggi mana pun gelaran, jawatan anda, tidak ada satu pun yang boleh mengalahkan indahnya dipanggil ibu/mama/bonda/emak oleh si kecil.




2. Menjadikan suami seorang ketua keluarga.

Sama seperti anda, peneman hidup anda telah menyandang gelaran baru. Dia kini seorang bapa!


3. Sumber makanan terbaik bayi.

Tidak ada yang dapat menyangkal kehebatan susu ibu bagi perkembangan seorang bayi. Andalah orang yang boleh memberi sumber makanan terbaik itu secara eksklusif.






4. Andalah tumpuan hidupnya.

Bayi akan membuatkan anda merasa menjadi orang yang paling penting di dunia. Kemampuannya yang masih terbatas membuatkan bayi selalu mengharapkan anda sebagai orang tuanya.


5. Lebih kreatif.

Keinginan untuk selalu membahagiakan si kecil membuatkan anda berubah menjadi seorang yang kreatif. Anda boleh menggunakan apa sahaja barangan menjadi alat muzik atau meniru suara binatang agar si kecil tertawa.


6. Selesa kerana perkara kecil.

Bayi membuat anda berasa selesa hanya dengan memeluk dan mendukungnya.


7. Menjadi orang yang dipercayai.

Bagi bayi, tidak ada yang lebih mengerti dan memahami dirinya selain anda, temannya ketika riang dan gelisah.


8. Lebih menghargai waktu.

Walaupun kesibukan tugas menghimpit, rasa rindu pada bayi membuat anda mengharunginya dengan lebih teratur. Waktu sesingkat apa pun menjadi sangat berharga dalam kehidupan anda.





9. Ekspresi wajah yang membahagiakan.

Pesona senyum manisnya, ekspresinya ketika menguap atau mengantuk, bahkan ketika dia menjulur lidahnya membuatkan anda sentiasa terbayangkannya. Pada saat itu, anda dapat rasai kebahagiaan menyelimuti anda.





10. Mencintainya tanpa syarat.

Terjalin ikatan yang kuat, rasa sayang yang mendalam membuat anda mahu berdekatan dengannya, begitu juga bayi. Bayi menunjukkan pada anda erti cinta tanpa syarat- hangat dan tidak pernah berakhir. Teringat lagu Bunga Citra Lestari la pulak....


11. Sinar matanya. 

Melihat tatapan matanya yang penuh cinta membuatkan anda melupakan seluruh masalah.


12. Buat anda jadi kuat.

Bayi menjadi satu-satunya alasan yang menjadikan anda seorang yang kuat dan tabah.


Saya sertakan cara-cara untuk anda mengajar bayi anda untuk mengekspresikan cintanya kepada anda.

Ekspresi rasa sayang

Dengan cara yang unik, bayi mampu menyatakan I LOVE U pada anda. Ajarkan dia mengekspresikan rasa sayang dengan tepat.

Pada usia lima bulan, bayi boleh memberi respons terhadap ekspresi cinta anda. Bayi akan menatap anda dan merenung anda ketika namanya dipanggil. Jika anda dekatkan wajah, bayi akan menghidu dan memberi ciuman dengan hidungnya.

Di usia tujuh hingga sembilan bulan, bayi mulai lebih ekspresif. Bayi tidak segan menunjukkan perasaan dan menyampaikan isyarat cinta melalui bahasa tubuh serta mimik wajah.

Di usia sembilan hingga 12 bulan, bayi akan membalas ciuman dan memeluk apabila anda melakukannya. Bahkan pada akhir tahun pertamanya, sebahagian bayi boleh mengatakan "sayang" atau "i love u" dengan cukup jelas.

Beri tanggapan padanya dengan tatapan dan kerlingan mata, suara lembut, belaian, mimik, dan bahasa tubuh lainnya. Ini baik untuk mengasah kemampuan komunikasinya. Rasa cinta penting untuk perkembangan emosi dan keyakinan diri anak.

Ikatan yang penuh cinta antara bayi dengan anda membentuk asas kukuh bagi ketrampilan berfikir yang tinggi  bagi anak nantinya. Semakin banyak emosi yang bayi rasai dan pemahamannya terhadap dunia luar semakin bertambah.

Di sini saya ingin sertakan gambar-gambar yang sesuai untuk wanita yang ingin hamil. Jika anda ada apa-apa masalah anda boleh call atau sms 016-5003075 ataupun whatapps 01115367287.

















Sumber : mingguan wanita

Isnin, 27 Julai 2015

7 tip cara pernafasan yang pengaruhi kesihatan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah menyepi. Banyak keerja-kerja yang perlu dihabiskan sebelum memulakan penulisan. Jika tidak terbengkalai pula. Huhuhuhuhu.... Hari ini cuaca alhamdulillah indah dan permai.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara pernafasan juga dapat mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Pernafasan bukan sekadar menghirup oksigen masuk ke dalam tubuh untuk terus hidup tapi punya makna yang lebih daripada itu. Pernafasan sebenarnya turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sekiranya ia di lakukan dengan betul.





Ia mampu menarik tenaga positif masuk ke dalam tubuh hingga memberi kesan kepada kecergasan dan juga aspek mental tubuh. Sekiranya anda masih belum mengetahui cara pernafasan yang betul, berikut diberikan panduannya :

1. Kosongkan fikiran

Fikiran yang bercelaru tidak akan memberi hasil yang berkesan. Oleh itu sebelum memulakan latihan pernafasan, kosongkan dan tenangkan fikiran. Bayangkan anda memasukkan tenaga ke dalam tubuh dan mengeluarkan semua unsur negatifyang tidak berguna dari tubuh.

Bayangkan anda memasukkan tenaga positif yang sejuk dan pada masa yang sama mengeluarkan semua amarah anda. Minda sentiasa mempengaruhi segala tindakan kita. Oleh itu, pernafasan yang betul bermula dari pengawalan minda anda.






2. Posisi selesa

Pastikan posisi tubuh anda selesa sewaktu melakukan latihan pernafasan. Bagi memastikan ia berjalan lancar, besarkan sedikit perut anda ketika menarik nafas dan kecilkan perut ketika menghembus nafas (Bernafas cara bayi).

Selepas nafas ditarik dalam-dalam, lepaskannya dengan perlahan. Sewaktu melakukan latihan ini pastikan anda mendapat keselesaan yang cukup untuk bernafas. Maksudnya, kedudukan serta persekitaran anda sesuai.


3. Duduk bersila

Kedudukan seperti senaman yoga dengan kedua tangan diletakkan di atas lutut dan posisi terbuka iaitu telapak tangan ke atas. Jika anda perasan, sebahagian urat-urat dan otot anda akan mula kendur.

Waktu ini penting bagi anda untuk memfokuskan fikiran kepada latihan pernafasan. Bayangkan sebiji bola cahaya putih yang terang berada betul-betul di atas kepala anda. Tariklah nafas anda perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu memasuki kepala anda sehingga ke bahagian abdomen anda.

Tahan nafas selama yang boleh sambil membayangkan anda turut menahan cahaya tersebut di dalam tubuh anda. Kemudian lepaskan perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu keluar dari tubuh.





4. Sambil berdiri

Berdiri di tempat terbuka paling elok di padang yang hijau yang bersih udara persekitarannya. Namun sebelum itu pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. Letakkan kedua-dua tangan anda terbuka ke depan.

Lakukan pernafasan dengan membayangkan udara masuk melalui ubun-ubun dan kedua tapak tangan anda. Rasakan udara memenuhi keseluruhan tubuh anda melalui setiap pusat cakra anda. Kemudian keluarkan nafas perlahan-lahan. Rasakan pernafasan anda lebih lancar selepas latihan ini.






5. Amalkan buah-buahan

Memakan buah-buahan segar akan membantu menyegarkan pernafasan. Keadaan ini akan membuatkan anda lebih yakin bila bertemu dengan orang ramai. Anda tidak perlu risau lagi tentang bau nafas yang busuk.

Selain mempengaruhi pernafasan, enzim yang terdapat dalam buah-buahan juga akan turut membantu mencernakan bahan-bahan buangan dalam tubuh menjadikan tubuh bersih dan proses pembuangan lancar.





6. Air suam

Sekiranya anda suka mengamalkan minuman sejuk dan bergas sebaiknya hentikan. Sebagai ganti ambillah ir suam. Amalan minum air suam bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi juga baik untuk membuka ruang kepada kelancaran sistem pernafasan.

Selepas mengamalkan latihan pernafasan, berehatlah sambil minum sekurang-kurangnya tiga dan seelok-eloknya lapan gelas sehari bagi membantu pernafasan.






7. Berehatlah

Seharian menghabiskan masa di pejabat bekerja memang meletihkan. Bagi mereka yang aktif di tempat kerja, pernafasan yang baik cukup diperlukan. Namun, seperti tubuh, sistem pernafasan anda turut memerlukan rehat yang cukup.

Tidur dengan teknik yang betul merupakan kaedah yang baik untuk merehatkan sistem pernafasan anda. Jangan tidur secara meniarap kerana ia boleh menghalang pernafasan anda dengan lancar.

Bagus juga ye, jika kita tahu teknik-teknik pernafasan yang betul. Dapat merehatkan minda dan membuang unsur-unsur negatif di dalam pemikiran kita. Sebab itu kita perlu tahu teknik-teknik bernafas dengan betul. Posisi juga haruslah sesuai. Jangan main hentam sahaja. Nanti lain pula jadinya.

Di sini saya kongsikan video cara-cara pernafasan yang betul. Semoga anda mendapat manfaat darinya.




Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Ada masa saya menulis lagi artikel-artikel yang lain pula. Assalamualaikum......

Sumber : mingguan wanita

Sabtu, 25 Julai 2015

7 Teknik jika anda ingin menutup cela pada wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Hari ini, saya lebih banyak berkurung di rumah. Menyiapkan kerja-kerja yang perlu di siapkan segera sebelum dateline tiba. Fuhhh..... Tak tahan juga tetapi apa-apa pun 75% sudah pun siap. Alhamdulillah....

Hari ini saya ingin berkongsi info dengan anda semua mengenai teknik menutup cela di wajah. Kebanyakkan wanita sekarang selalunya akan bermekap sebelum keluar rumah. Ada juga orang yang sukar mencari wajah sempurna, mulus tanpa sebarang cela. Jerawat, jeragat mahupun parut menjadi sebahagian 'perhiasan' pada wajah wanita. Kehadiran cela yang tidak diundang ini pastinya sedikit sebanyak mencacatkan penampilan seseorang.







Usahlah anda semua gundah gulana kerana selalunya akan ada penyelesaiannya. Kemajuan teknologi menghasilkan penyamar noda yang dapat menutupi segala cela. Hasilnya wajah akan tampak mulus, gebu dan licin sekata. Namun untuk menyembunyikan segala kekurangan ini, anda mestilah tahu teknik tepat menggunakan penyamar noda. Saya kongsikan tip menutup cela pada wajah. Selamat mencuba!


1.   Sebelum menggunakan penyamar noda, ratakan bedak asas pada seluruh wajah.






2.   Langkah seterusnya sapukan penyamar noda di sekeliling mata untuk menutupi lingkaran gelap di bawah mata.





3.   Kemudian, sapukan penyamar noda secara nipis dan kemas agar tampak sekata. Pastikan sapuan tidak bercapuk.


4.   Gunakan hujung jari dan ratakan dengan lembut. Sebaik-baiknya sapu penyamar noda dengan jari manis kerana tekanan sapuan tidak terlalu kuat.


5.   Pilihan warna yang bersesuaian dengan kulit agar ia tampak serasi serta sebati.





6.   Elakkan memakai penyamar noda yang terlalu cerah, anda akan terlihat seperti patung.


7.   Bagi mengembalikan keserian mata, gunakan celak mata warna putih. Celak mata hitam akan membuatkan tampak kusam.





Wah! nampak mudah je kan???? Rupanya pilihan warna juga memainkan peranan yang penting. Sebelum ini saya gemar memakai celak berwarna hitam. Kali ini saya hendak cuba warna putih pula la.... Nampak ada kelainan sikitkan????

Di samping kita duk bercerita tentang penyamar noda, saya sertakan sekali la tip-tip menggunakan bedak dwi cara. Mana tahukan, lepas nie wajah sentiasa mulus gitu....





1.  Terpulang kepada anda samada anda ingin menggunakan span kering atau lembap. Jika menggunakan span kering, ia bertindak seperti bedak berkrim. Agar sapuan lembap, basahkan span dan tekap pada bedak dan sapu pada wajah. Sapuan dengan span lembap lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.


2.  Gunakan sedikit sahaja bedak, jangan keterlaluan.


3.  Mulakan sapuan pada sebelah muka dahulu. Kemudian ratakan bermula pada dasar hidung sehingga ke telinga menghala keluar.





4.  Kemudian lakukan langkah yang sama pada sebelah wajah lagi.


5.  Selepas itu, ratakan bedak di keliling mulut, bibir dan dahi.


6.  Kemaskan sapuan secara nipis di atas hidung.




Banyak juga tip-tip yang kita sama-sama boleh gunakan. Nanti tidak la dikatakan sama sahaja setiap hari. Hihihihihihi....
Oklah, saya ingin anda semua lihat video ini. Menerangkan satu-persatu cara penggunaan penyamar noda. Semoga dapat membantu.....



Nanti dah dapat muka flawless tu jangan lupa tunjuk tau... Hihihihihihi..... Sampai di sini dahulu, lain kali saya menulis lagi.... Assalamualaikum....

Sumber: mingguan wanita

Rabu, 22 Julai 2015

8 tip pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil sewaktu alahan melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Keseronokkan beraya masih lagi menghantui... Bagaimana hendak mulakan kerja yer.... Hihihihihihi... Kalau dapat cuti sebulan kan seronok? Boleh raya sakan.... Kang tak pasal-pasal budjet lari pulak.... Haru la nanti...

Ok la, sekarang kita masuk ke agenda utama untuk hari ini. Kebanyakkan ibu-ibu hamil akan mengalami alahan. Sama ada teruk atau sederhana. Saya jarang mengalami alahan kecuali mengandung kali ini, saya tak ada selera makan sangat. Kalau nak makan pun, yang betul-betul berkenan sahaja. Alahan yang di alami ketika hamil menyebabkan selera makan hilang. Biarpun begitu makanan tetap perlu dijamah demi kelangsungan kehamilan.





Secara amnya, alahan dalam jangkamasa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Namun, jika alahan yang dialami terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan semula, bayi berkemungkinan kurang mendapat zat pemakanan yang tentu sahaja sangat diperlukan untuk perkembangannya.





Sementara itu, alahan yang di alami juga akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil. Anda mungkin mengalami dehidrasi yang biasanya menyebabkan rasa pening, dahaga dan anda membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Perlu diingatkan bahawa jika anda mengalami simptom-simptom sebegini, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ada lapan tip untuk amalan pemakanan yang sihat untuk ibu-ibu hamil yang mengalami alahan. Anda boleh jadikan sebagai panduan ataupun rujukan. Tip-tipnya adalah:


1.   Makan mengikut kumpulan piramid makanan ; protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Makan dalam jumlah yang sedikit dan terkawal. Makan enam kali sehari tapi dalam jumlah sedikit adalah lebih elok berbanding makan dengan banyak, tiga kali sehari. Amalan ini berupaya membekalkan zat pemakanan untuk pembesaran bayi dalam kandungan.



2.   Makanan berkhasiat dengan serat tinggi penting diambil kerana dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Namun, jangan ambil berlebihan. Jika terlebih serat, ia akan menyebabkan masalah kembung dan lebihan angin dalam badan.




3.   Selepas bangun pada waktu awal, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu, rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun daripada katil.




4.   Biasakan diri untuk kerap untuk mengambil snek yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain di antara waktu makan utama. Makanlah apa sahaja yang anda ingini asalkan ia berkhasiat tetapi elak daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah keterlaluan.





5.   Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana biasanya makanan sebegini kurang mempunyai bau yang tanpa disedari boleh menyebabkan anda loya.


6.   Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan cecair yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminum segelas air bagi setiap jam. Elakkan minum sejumlah air yang banyak semasa makan ataupun sebelum dan selepas makan

.



7.   Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.





8.   Jangan tidur dalam keadaan lapar. Ambil kudapan seperti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mengatasi rasa loya atau muntah.






Bagus tip-tip ni. Boleh diamalkan oleh sesiapa yang megalami alahan. Kalau pun tidak dapat ikuti semua, sekurang-kurangnya ada juga penyelesaiannya. Yang penting ibu-ibu hamil mesti makan. Tak banyak pun tak apa, sekurang-kurangnya kerap.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Lupa pulak, saya sertakan video untuk tatapan anda semua. Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum



          Sumber: mingguan wanita

Ahad, 19 Julai 2015

Kejang kaki yang berlaku semasa tidur sewaktu mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap pembaca semua sihat-sihat hendaknya. Almaklum la mood beraya masih lagi berkobar-kobar. Raya tahun ini saya lebih banyak membantu daripada sebelum ini. Kalau tidak, saya akan membasuh pinggan mangkuk sahaja. Itulah kerja kesukaan saya. Tidak perlu bercampur sangat. Tahun ini lain pula, lebih kepada mengemas dan menyusun serta menunggu kedatangan saudara mara dan jiran tetangga.

Walaupun mood masih lagi berhari raya, menulis pula sentiasa di hati. Menanti masa dan waktu yang sesuai sahaja. Bukan mudah untuk mengasah minda time-time macam ni. Tapi demi minat yang mendalam, saya cuba usahakan juga.

Hari ini, saya ingin mengutarakan mengenai kejang kaki. Selalu di alami oleh ibu-ibu yang mengandung. Saya juga tidak terkecuali. Sewaktu mengandungkan anak yang pertama dulu, kerap juga saya mengalami kejang kaki sewaktu tidur. Hendak menangis bila berlaku kejang kaki. Lepas tu dua atau tiga hari  baru nak lega kesan senggal yang berlaku sewaktu kejang kaki. Memang seksa la.





Alhamdulillah sewaktu mengandung kali kedua, baru sekali saya alami. Mujur juga cepat-cepat saya ambil supplement. Kalau anda hendak tahu, semasa kita mengandung, jantung, buah pingang dan sistem peredaran dalam badan kita bekerja dengan lebih kuat untuk membantu anda berfungsi secara normal. Otot-otot kita pula menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki anda yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Kesakitan ini boleh menyebabkan anda tersedar daripada tidur pada waktu malam.





Keletihan otot bukan satu-satunya sebab anda mendapat kejang kaki. Terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda), dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah juga boleh menyebabkan kejang kaki. Sebab ketiga pula ialah apabila uterus anda mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur dari badan ke kaki anda.

Saya ingin sertakan tip-tip yang boleh kita ikuti supaya kejang kaki boleh diatasi. Sebelum tidur cuba minum segelas susu dan makan pisang untuk meningkatkan tahap kalsium dan potassium dalam darah. Jangan ambil sebarang ubat herba tanpa merujuk atau berbincang dengan doktor anda dahulu.
Berikut ialah beberapa tip untuk menggelakkan kejang kaki :


  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangkamasa yang panjang.
  • Pusing dan gerak-gerakkan buku lali, dan jari-jari kaki anda apabila anda duduk, semasa makan atau menonton televisyen.
  • Regangkan otot-otot betis anda beberapa kali sebelum anda masuk tidur.





Jika anda mengalami kekejangan, regangkan otot-otot anda serta merta. Tegakkan kaki, tumit dahulu, dan tegangkan buku lali dan jari-jari kaki perlahan-lahan. Anda mungkin rasa sakit seketika, tetapi kesakitan itu akan beransur-ansur hilang. Anda boleh juga melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau memanaskannya menggunakan botol air panas. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.

Jika kesakitan otot yang anda alami ini berterusan dan bukannya berlaku sekali-sekala sahaja, atau sekiranya anda dapati kaki anda sembab atau bengkak, hubungilah doktor anda. Dalam kes-kes yang jarang berlaku,( satu dalam 2000) wanita mengandung boleh mengalami masalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis) iaitu masalah darah beku yang memerlukan mereka mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Saya ada video untuk anda tonton. Sudi-sudilah menontonnya ye...







Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sms atau call 0109690399 atau whatapps 01115367287 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com

Ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum...