Selasa, 30 Jun 2015

Wanita lebih mudah alami kemurungan. Anda bersetuju?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, apa yang saya impikan terlaksana jua. Berkat kesabaran yang kuat. Bukan senang hendak dapatkan sesuatu itu. Walaupun kecil, besar nikmatnya. Syukur.....

Hari ini saya ingin mengenengahkan tajuk kemurungan. Tajuk ini sentiasa ada di paparan televisyen dan akhbar-akhbar. Kadangkala kita akan berasa sedih atau sugul. Perasaan tersebut adalah keadaan normal. Tetapi jika perasaan itu berterusan dari hari ke hari, ia berkemungkinan menandakan diri mengalami kemurungan.






Kemurungan major adalah episod atau peristiwa yang sangat sedih atau apati (sikap tidak peduli) yang disertai dengan gejala-gejala yang berterusan sekurang-kurangnya dua minggu berturut-turut dan teruk untuk mengganggu kegiatan seharian. Kemurungan bukan tanda kelemahan atau personaliti negatif. Ia adalah masalah kesihatan utama dan masalah perubatan yang boleh dirawat.

Sekarang mari kita kaji gejala emosi untuk kemurungan. Gejala-gejala utama kemurungan adalah perasaan sedih atau hilang minat dalam hidup. Aktiviti yang dahulunya amat menyeronokkan telah hilang daya penariknya. Pesakit juga boleh dihantui dengan perasaan bersalah atau rasa tidak berguna, putus asa dan fikiran untuk membunuh diri yang sentiasa muncul berulang-ulang kali.





Gejala Fizikal

Kemurungan kadangkala boleh dikaitkan dengan gejala-gejala fizikal. Ini termasuklah :

- Kelesuan dan tenaga yang berkurangan

- insomnia

- Tidur berlebihan

- Berulang kali mengalami rasa sakit, lenguh, sakit kepala, kejang atau masalah pencernaan yang tidak sembuh walaupun telah menjalani rawatan.





Kemurungan boleh menjadikan masalah-masalah kesihatan lain terutamanya sakit kronik menjadi semakin teruk. Kimia utama dalam otak mempengaruhi rasa sakit dan perasaan. Merawat kemurungan dikatakan telah menunjukkan mampu memperbaiki masalah-masalah kesihatan lain yang wujud.

Hilang selera makan

Perubahan dalam selera makan atau berat badan adalah petanda kemurungan. Sesetengah pesakit akan mengalami peningkatan selera makan. Manakala ada juga yang hilang selera makan. Mereka yang mengalami kemurungan boleh mengalami masalah kehilangan dan kenaikan berat yang serius.





Kesan dalam kehidupan

Tanpa rawatan, masalah fizikal dan emosi yang dialami akibat kemurungan boleh menjejaskan kerjaya, hobi, dan perhubungan. Penghidap kemurungan kerap mendapati amat sukar untuk menumpukan perhatian dan membuat keputusan. Mereka tidak suka melakukan aktiviti yang sebelum ini amat menyeronokkan. Dalam kes yang teruk, kemurungan boleh membahayakan nyawa.

Cubaan bunuh diri

Mereka yang mengalami kemurungan lebih mudah untuk cuba bunuh diri. Tanda-tanda amaran termasuklah bercakap mengenai kematian atau cubaan membunuh diri, mengancam untuk mencederakan orang lain atau terlibat dalam kelakuan agresif dan berisiko. Jangan teragak-agak meminta pertolongan jika anda pernah terfikir untuk cuba membunuh diri.





Siapa berisiko?

Sesiapa sahaja boleh mengalami kemurungan tetapi kebanyakkan pakar mempercayai genetik memainkan peranan penting. Memiliki ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami kemurungan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mengalami kemurungan. Wanita dua kali ganda mudah mengalami kemurungan jika dibandingkan dengan lelaki.

Penyebab

Penyebab kemurungan tidak jelas tetapi mengikut teori ia adalah disebabkan struktur otak dan fungsi kimia yang telah diubah. Litar otak yang mengatur perasaan boleh kurang bekerja dengan berkesan semasa kemurungan. Ubat yang merawat kemurungan dipercayai mampu memperbaiki komunikasi antara sel-sel saraf dan memastikan ia bergerak dengan normal. Pakar juga berfikir walaupun tekanan juga boleh mencetus kemurungan , seseorang itu perlusecara biologinya mudah untuk mendapat masalah ini. Pencetus lain termasuklah ubatan tertentu, alkohol atau bahan terlarang, perubahan hormon, malah musim.

Kemurungan bermusim

Jika perasaan anda sepadan dengan musim, sebagai contoh ceria pada musim panas dan sugul pada musim sejuk, anda boleh mengalami bentuk kemurungan yang dikenali sebagai kecelaruan afektif bermusim (SAD).

Kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin boleh berlaku terhadap ibu muda. Gejala-gejalanya sama seperti kemurungan major. Perbezaan penting adalah kesihatan bayi turut menjadi pertaruhan. Ibu yang murung boleh mengalami masalah untuk bermesra dan mengikat hubungan dengan bayi mereka.





Kemurungan terhadap kanak-kanak

Gejala-gejala kemurungan terhadap kanak-kanak hampir sama dengan kemurungan terhadap orang dewasa. Tetapi sesetengah kanak-kanak boleh kelihatan lebih marah atau terlibat dalam kelakuan berisiko. Agak sukar untuk mendiagnosis kemurungan terhadap kanak-kanak.





Diagnosis

Bagi melakukan diagnosis tepat, doktor bergantung pada penerangan pesakit terhadap gejala-gejala yang mereka alami. Pesakit akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan ubatan yang digunakan semenjak perkara ini menyumbang kepada gejala-gejala kemurungan. Membincangkan perasaan, kelakuan dan aktiviti seharian boleh membantu mendedahkan keterukan dan jenis kemurungan. Langkah kritikal ini memastikan rawatan yang paling berkesan.

Terapi percakapan

Kajian mencadangkan jenis terapi percakapan berbeza boleh menentang kemurungan ringan sehingga sederhana. Terapi kelakuan kognitif mensasarkan untuk mengubah fikiran dan kelakuan yang menyumbang kepada kemurungan. Terapi interpersonal mengenal pasti sejauh mana perhubungan memberi kesan terhadap perasaan.

Psikoterapi psikodinamik membantu manusia memahami sejauh mana kelakuan dan perasaan terjejas melalui isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan perasaan tidak sedar. Sesetengah pesakit mendapati bahawa terapi selama beberapa bulan adalah apa yang mereka perlukan, sementara sesetengah pesakit terus mengikuti terapi buat jangka masa yang panjang.

Ubatan

Ubat antidepresan atau antikemurungan memberi kesan pada tahap-tahap kimia otak, seperti serotonin dan norepinephrine. Terdapat banyak pilihan. Antidepresan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi kesan. Rawatan susulan dengan doktor adalah penting untuk menilai keberkesanan dan menyesuaikan dos yang diambil. Jika ubat pertama tidak dapat membantu, terdapat peluang ubat lain memberikan kesan yang baik. Gabungan terapi percakapan dan ubatan dikatakan kelihatan boleh memberi kesan.





Senaman

Penyelidikan mencadangkan senaman adalah senjata berkuasa menentang kemurungan ringan hingga sederhana. Aktiviti fizikal melepaskan endorphin yang boleh membantu merangsang perasaan. Senaman secara tetap dikaitkan dengan harga diri yang tinggi, tidur lebih baik, kurang tekanan dan lebih bertenaga. Sebarang jenis aktiviti sederhana seperti berenang sehinggalah melakukan kerja rumah boleh membantu. Pilihlah sebarang aktiviti yang anda suka dan sasarkan dalam 20 hingga 30 minit selama empat atau lima kali seminggu.





Pelihara binatang

Memelihara binatang peliharaan dikatakan boleh melegakan gejala-gejala kemurungan ringan hingga sederhana bagi sesetengah orang. Binatang peliharaan memberikan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi, melegakan kesunyian dan memberikan pesakit rasa hidup ada tujuan.





Dan yang terakhir sekali ialah

Sokongan sosial

Disebabkan kesunyian boleh membantu menyebabkan kemurungan, adalah penting untuk membentuk rangkaian sokongan sosial sebagai sebahagian daripada rawatan. Ini termasuklah menyertai kumpulan sokongan, mencari kumpulan sokongan online atau melakukan usaha untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan dengan lebih kerap.

Banyak juga yang saya pelajari tentang kemurungan. Saya dulu pun pernah juga mengalami kemurungan dan hampir-hampir kena dapatkan rawatan. Mujur rakan-rakan sekerja dan keluarga banyak memberi sokongan moral. Ianya banyak merubah cara saya berfikir. Kena sentiasa positif. Banyakkan mencari dan membaca.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Positifkan diri anda maka hidup anda pun akan positif.

Sumber saya perolehi daripada mingguan wanita 2014.

5 tip diet mudah untuk tubuh badan yang menarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga.
Sudah beli baju raya ke? Kasut raya, beg tangan ataupun kuih raya? Saya tak beli kuih tahun ini, hanya beli kek sahaja. Inginkan kelainan sedikit. Hihihihihi.....


Hari ini saya ingin bercerita mengenai tip-tip mudah untuk kita berdiet. Tidak perlu terlampau ekstrim sehingga boleh menyebabkan kerosakkan dalaman tubuh badan kita.
Berat masih belum turun walaupun pelbagai program diet telah dilakukan. Usah cepat berputus asa kerana anda masih belum terlambat untuk mengamalkan kaedah lain meskipun usia semakin menginjak naik. Sekiranya anda masih sukar mematuhi nasihat pakar maka mulakanlah dengan program baru.

Peruntukkan enam minggu untuk laksanakan kaedah ini dan biarkan tubuh merasai perubahannya secara perlahan-lahan. Selain mudah, ia juga menyeronokkan selain tidak membebankan.


Antara 5 tip yang boleh diikuti ialah :


1. Pilih hanya makanan sihat

Ambillah makanan sihat. Jangan kerana berputus asa maka anda kembali ke tabiat lama. Terdapat satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat yang mengatakan mana-mana individu cenderung mengambil apa jua makanan yang terhidang di hadapannya. Disebabkan itu maka hidanglah makanan sihat dan memberi manfaat buat tubuh.

Dalam kajian berbeza, seseorang yang mempunyai kebiasaan menyimpan buah dan sayur di bahagian tengah peti ais cenderung mengalami penurunan berat badan sebanyak 0.5kg sebulan. Oleh itu, bersihkan almari menyimpan makanan dan peti ais daripada makanan-makanan tidak sihat seperti minuman bergas, krim keju dan macam-macam lagi. Sekiranya ada buah-buahan maka potong dan letakkan di dalam bekas di ruang tengah peti ais sementara lebihan makanan segera yang maaih ingin disimpan sebaiknya diletakkan dibahagian bawah peti ais bagi mengelakkan mudah dicapai.




2. Kesan masalah dahaga, lapar

Ada ketika rasa dahaga ditafsirkan sebagai lapar. Bagi memastikan kebenarannya, cuba uji dengan mengambil air putih dan minum. Selepas itu, barulah diputuskan untuk 'mendapatkan' makanan atau sebaliknya. Kaedah lain yang boleh digunakan untuk 'mengesan' rasa lapar ialah dengan memasukkan hirisan lemon atau segenggam buah strawberi ke dalam segelas air putih. Minum dan rasakan 'perubahannya' selepas sepuluh minit. Adakah perut masih kelaparan atau sebaliknya?




3. Selitkan makanan berkhasiat di dalam pinggan

Tabiat mengambil makanan dalam jumlah yang banyak memang sukar dikikis tetapi tidak salah jika dicuba. Cara lain yang turut dicadangkan ialah dengan menambah apa jua makanan sihat ke dalam piring anda seperti mana yang dijelaskan oleh Melanie Mc Grice selaku pakar diet dari Health Kick Nutrition & Dietetics Australia. Sebagai contoh, jika anda mengambil piza atau pasta, maka selitkan salad atau sayur-sayur lain sebagai 'penyedapnya'.


4. Pilih hidangan berwarna-warni

Seronok bukan melihat makanan berwarna-warni dan 'bertenaga'. Ini kerana semakin banyak warna di dalam pinggan anda maka semakin banyaklah nutrisi yang diperolehi. Sebab itulah, sebelum mengunyah apa jua makanan, perhatikan piring anda terlebih dahulu. Sekiranya makanan kelihatan pucat maka 'berikan' sedikit warna kepadanya paling tidak 10 warna sehari. Sekiranya sukar maka bolehlah dicuba dengan tiga warna dahulu.




5. Cari kawan 'seangkatan'

Rancangan menurunkan berat badan sudah lama bermain di ingatan tetapi setiap kali melakukannya, tak pernah berjaya. Dicadangkan agar mencari kawan-kawan senasib dengan anda. Terdapat satu kajian di Amerika mengatakan bahawa diet dan senaman yang dilakukan bersama kawan terasa lebih mudah dan menyeronokkan berbanding sendirian.

Oleh itu, apabila anda ingin mengambil hidangan tengahari, pelawalah kawan yang berada pada misi dan landasan yang sama. Pada masa yang sama kongsi rancangan diet anda sekali gus mintalah kawan anda memberi peringatan sekiranya anda terlanggar program diet yang sedang dilaksanakan.

Seronok rupanya bila kita berkeinginan untuk berdiet. Tidak perlu terlalu tertekan dengan bentuk badan kita. Buat secara perlahan-lahan tetapi maksima daripada buat banyak-banyak tetapi minima kesannya.

Lebih elok jika kita mempunyai kawan-kawan yang ingin turut serta. Lagi dapat banyak faedah dan manfaat. 

Disini saya sertakan set yang sesuai mengikut bajet anda. Anda boleh pilih untuk memiliki yang mudah atau yang kurang mudah. Terpulang kepada anda. Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya di 010-9690399 atau whatapps 01115367287. Saya akan terangkan satu persatu kepada anda.


Sumber saya perolehi dari mingguan wanita 2014.

Isnin, 29 Jun 2015

Marilah kita menjemput bahagia melalui makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah berdiam diri beberapa hari. Bukannya apa, sibuk dengan urusan rumahtangga yang memang tidak akan pernah selesai.


Saya harap, pembaca juga dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Insyaallah, sama-sama kita berdoa. Seperti mana yang anda dapat lihat, tajuk yang saya ketengahkan hari ini adalah berkenaan dengan kesihatan dalaman dan luaran. Kenapa saya cakap macam tu? 


Boleh dikatakan ke mana sahaja kamu pergi, makanan sentiasa mengekori. Anda terima tak teori ini? Lihat kembali apakah kandungan beg tangan anda yang diusung setiap hari ke tempat kerja atau pun ke shopping complex.


Selain alat solek dan dompet, pasti ada dua tiga biji gula-gula atau asam yang mudah dijadikan kudap-kudapan. Mungkin alasannya adalah untuk mengurangkan rasa mengantuk atau mengubat perit di tekak tetapi cuba lihat ke tujuan asalnya. Bukankah dia diambil untuk melupakan seketika perut yang sedang menyanyi kelaparan? Itu belum masuk lagi acara di hadapan televisyen atau memandu bersama rakan-rakan. Makanan ringan pasti tidak lepas dari tangan. Adakah anda sedar bahawa makanan-makanan seperti itu mampu menyuntik nilai emosi yang berbeza kepada kita.


Di sini saya kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan untuk mereka yang gemarkan kepada kudapan.


1. Cari sumber karbohidrat yang baik
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar nutrisi merangkap pengerusi institute for optimum Nutrition, Dr. Patrick Halford, hidangan berasaskan karbohidrat berupaya memberikan mood tenang kepada seseorang. Ini disebabkan indeks glisemik yang rendah yang terdapat di dalam ubi dan gandum. Malah sumber karbohidrat ini juga berupaya merangsang pembentukan L-trytophan di mana ia berfungsi mewujudkan perasaan tenang dan bahagia. Pada masa yang sama, tambahkan pengambilan buah beri dan limau kerana dikatakan 1000mg vitamin C mampu menurunkan kadar kortisol dalam darah di mana ia merupakan hormon yang membantu untuk mengurangkan stres.




2. Makanan pengaruhi tingkah laku
Dikatakan makanan boleh mempengaruhi neurotransmitter dengan cara merangsang sel otak seterusnya menggubah tingkah laku seseorang. Itu merupakan kajian yang dilakukan oleh Ashley Solomon selaku pakar psikologi. Contoh mudah yang diberikan adalah hormon serotonin. Ia merupakan sejenis hormon yang mudah dikaitkan dengan mood dan semangat seseorang. Samalah juga halnya apabila anda kekurangan tryptophan kerana ia boleh menyebabkan perubahan mood yang ketara. 


3. Kembalikan tenaga
Kurang cergas dan ingin sentiasa bertenaga? Masalah ini lazimnya dialami oleh wanita-wanita muda di mana penyakit yang lebih tepat untuk dikaitkan dengannya ialah anemia. Ia membuatkan seseorang berasa cepat penat, kurang bersemangat dan mudah berasa cemas. Atasinya dengan mengambil sayur-sayuran hijau, kacang pis, labu kuning dan brokoli.





4. Atasi masalah PMS
Wanita dan PMS cukup sinonim walaupun tidak dirasai oleh semua orang tetapi ia tetap masalah yang perlu diselesaikan. Sebenarnya makanan yang kaya dengan sumber kalsium bukan sahaja membantu membentuk tulang kuat bahkan berupaya mencegah dari terjadinya mood yang 'teruk' sepanjang tempoh datang bulan. Justeru, segeralah berubah kepada makanan yang tinggi kalsium bagi mempertahankan fikiran agar sentiasa seimbang dan tenang. Antara yang disyorkan ialah susu, yogurt, keju, brokoli dan buah kering.





5. Hilangkan rasa gelisah
Perasaan gelisah memang merimaskan. Secara tidak langsung, ia mengundang pelbagai tanggapan negatif yang tentunya mengganggu produktiviti kerja. Oleh sebab itu, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi sumber magnesium bagi menghilangkan perasaan. Sebagai cadangan, bolehlah dicuba sayur bayam, daging, makanan laut dan pisang.





6. Kurang marah apabila penghadaman baik
Ramai pakar nutrisi bersetuju bahawa penghadaman yang baik boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang dan selesa. Simptom mudah marah lazimnya terjadi apabila bahagian penghadamannya terganggu sekaligus menjadikan mereka seorang yang sensitif dan cepat berkecil hati. Mungkin boleh dicuba kubis, ubi bit, daun saderi, buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi menghilangkan 'penyakit' ini.




7. Kembalikan fokus yang hilang
Adakah anda pernah berhadapan situasi kurang daya tumpuan. Tiba-tiba sahaja anda hilang fokus terhadap satu-satu perkara lantaran minda yang berkecamuk. Jangan biarkan ia terus menguasai kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Disarankan agar mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B kompleks seperti tiamin, riboflavin, niasin dan kobalamin. Bahan-bahan tersebut dikatakan mampu meningkatkan fungsi neutotransmitter otak sekaligus menguatkan kebolehan berfikir, belajar dan berimaginasi dengan lebih baik lagi. Antara makanan yang dicadangkan ialah bijirin, roti, pasta, gandum, nasi putih, kekacang, susu, ikan dan buah-buah segar.


8. Bebaskan diri daripada tekanan
Merasa tertekan dan ingin lari daripadanya? Mudah sahaja. Amalkan makanan yang mengandungi sumber antioksidan yang tinggi seperti vitamin A,C,E, beta karoten dan zink bagi mengurangkan rasa tersebut. Sebagai cadangan, ambillah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang segar untuk menstabilkan perasaan.






Banyak juga tip-tip yang boleh kita amalkan. Janganlah asyik dengan gula-gula, coklat ataupun asam sahaja. 



Tapi saya penggemar asam... macam mana nie???? Terpaksa la saya menukar corak pemakanan jika ingin tubuh selesa dan bahagia.


Sekarang ni sudah mudah. Tidak perlu hendak mencari pelbagai makanan yang pelbagai. Ostematrik dengan b complex sudah lebih daripada membantu. Mari kita lihat khasiat dan maanfaat Ostematrik dan B complex.



Ostematrik (Boron, Zinc, Vitamin D, Kuprum, Mangan, Magnesium)

- Menguatkan tulang
  1. Membantu menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
  2. Membantu merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, gusi berdarah.

- Pengalkalian tubuh
  1. Kalsium adalah mineral alkalin dan berkesan memastikan imbangan pH tubuh.

- Meringankan stress
  1. Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, depresi, stress, sakit kepala dan pitam.

- Mengurangkan kekejangan
  1. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur membantu memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

- Mengurangkan sakit semasa haid.







B Complex

- Mengandungi lapan komponen penting Vitamin B iaitu B1(thiamin), B2(riboflavin), B3(niacin), B5(asid panthothenik), B6(pyridoxine), B12(cobalamine) dan 100% biotin dan asid folic.

- Meredakan kemurungan.

- Memperbaiki masalah rambut dan kulit kepala.

- Membantu kesihatan saraf dan tulang belakang.

- Meredakan mingrain dan sakit kepala.

- Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat.

- Menukar makanan kepada tenaga.

- Membantu mengatasi kelesuan.

- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan.

- Perlu bagi urat saraf.

- Diperlukan bagi individu yang menghadapi stress dan kemurungan .

- Baik untuk mata.

- Meredakan senggugut.

- Meningkatkan fungsi otak.

- Meredakan alahan.





Setelah kita mengetahui manfaat dan khasiatnya, adakah kita perlu buat tidak tahu atau ambil tindakan segera? Terpulang kepada individu itu. Jika kita ingin sentiasa bahagia, tenang, selesa kita perlu tahu apa yang perlu kita buat.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sms atau call 0109690399 atau whatapps 01115367287. Saya akan membantu setakat yang termampu.

Sumber saya perolehi daripada mingguan wanita 2014.

Sampai di sini dahulu coretan saya, sehingga bertemu kembali.....

7 tip berehat untuk wanita yang sibuk dengan kerjaya

Assalamualaikum. Diharap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini hari ke 12 ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Serasa baru semalam kita mula berpuasa. 

Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu tajuk yang sangat sesuai untuk wanita masa kini termasuk juga dengan saya. Siapa kata tugas wanita mudah? Lihat sahaja wanita berkerjaya dan mempunyai keluarga. Mereka sibuk melakukan pelbagai tugas bagi memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan. Ada ketika, hendak rehat pun tak cukup masa kerana terkejar-kejar menyelesaikan beberapa perkara yang difikirkan penting. Mana hendak mengurus anak ke sekolah, mengemas rumah, hal-hal pejabat dan macam-macam lagilah.


Pendek cerita, wanita adalah superpower yang tidak mampu disangkal lagi. Sungguhpun sibuk dengan kerja, mereka juga berhak mendapat waktu peribadi untuk diri sendiri. Jika tidak, semestinya tekanan menguasai keadaan sekaligus merosakkan segala 'mood' dan keseronokan.
Bagaimanakah cara terbaik melaksanakannya? Berikut adalah kaedah yang boleh dipraktikkan:


1. Tidur lewat, masa untuk suami
Sekali-sekala anda dibolehkan tidur lewat. Mungkin inilah sahaja masa yang paling sesuai untuk anda memanfaatkan bersama suami. Tatkala anak-anak sudah tidur, luangkan waktu untuk berbual dan 'bercinta' semula dengan suami. Setidak-tidaknya, suami merasa dirinya masih diperlukan dan disayangi sekalipun anda sentiasa sibuk dengan kerja dan hal-hal rumahtangga.


2. Terangkan kesibukan pada anak
Anak-anak perlu diajar dan difahamkan mengenai situasi anda yang sibuk. Pada masa yang sama, beritahu mereka bahawa anda perlukan sedikit waktu rehat untuk melelapkan mata bagi menghilangkan penat. Lama-kelamaan anak-anak pasti dapat menerima mesej yang anda ingin sampaikan. Di sinilah nikmatnya berehat tanpa gangguan walaupun mata tidak dapat dilelapkan.


3. Rajinkan diri bersenam
Sedikit senaman ringan dikatakan mampu menghilangkan rasa penat di badan. Tekanan yang terbeban mampu dilunturkan dengan gerak senam yang dilakukan paling tidak 30 minit sehari. Pastinya selepas ini anda akan peroleh tidur yang lebih lena dan menyenangkan.



4. Bijak pilih rancangan
Bukan semua rancangan televisyen mendatangkan manfaat buat anak-anak. Sekiranya ingin berehat dihadapan televisyen tanpa gangguan maka pilihlah rancangan yang dirasakan sesuai dan berinfomasi untuk mereka. Program televisyen berbentuk kartun dengan muzik yang relaks pasti menangkap tumpuan mereka duduk diam menontonnya.


5. Makan bersama keluarga
Natalie Gahrmann yang merupakan seorang perunding keluarga menyatakan makan bersama adalah aktiviti yang menyeronokkan selain berupaya merapatkan hubungan antara satu sama lain. Pada masa yang sama, anda juga boleh merehatkan kepala tatkala melihat anak-anak dan suami bergurau senda dan bertukar cerita mengenai perkara yang dilakukan.


6. Baca buku kurangkan penat
Luangkan sedikit masa membaca buku-buku kegemaran kerana ia merupakan terapi sekaligus penawar bagi menghilangkan keletihan setelah seharian bekerja. Dikatakan membaca sehingga lewat malam pada hari-hari minggu mampu merehatkan minda seterusnya merehatkan tubuh yang kepenatan.


7. Buat kerja bersama
Ketika anda membersihkan rumah, mintalah bantuan suami menjaga anak-anak. Nikmatilah saat tersebut dengan tenang dan jadikan ia sebagai rutin mingguan. Walaupun nampak penat kerana mengemas tetapi ia sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan kerana anda dan suami melakukan kerja bersama-sama. Lagipun istilah 'rehat' mempunyai terjemahan yang pelbagai, jadi lakukan sahajalah.
 


Wah! Sangat bagus tip-tip yang saya kongsikan ini ya. Saya pun hendak mencuba juga la. Adakala saya tidak terfikir pun disebabkan minda yang tidak mampu mencernakannya akibat beku. Hahahahaha......

Untuk kali ini, setakat ini dahulu ye. Sumber saya perolehi daripada mingguan wanita 2014.

Selasa, 23 Jun 2015

Simptom selepas bersalin yang tidak boleh anda abaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua yang membaca blog saya ini sihat sejahtera hendaknya. Hari ini tiada apa yang istimewa sangat pun. Cuma saya berkenan dengan artikel yang bertajuk seperti di atas.

Seperti mana yang kita ketahui, Sedikit pendarahan, ketidakselesaan dan keletihan adalah perkara biasa selepas melahirkan bayi, dan sedikit usaha untuk membantu diri biasanya cukup bagi mengatasinya.


Walau bagaimanapun, kadang kala situasi kecemasan boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Rawatan segera mungkin boleh mengelakkan penyakit menjadi teruk dan mempercepatkan pemulihan anda.

Selepas bersalin, tanyalah doktor anda bagaimana cara dan bila anda boleh dapatkan rawatan perubatan kecemasan sekiranya anda memerlukannya. Pastikan butiran itu ditulis di tempat yang selamat dan ahli keluarga anda tahu tempatnya. Bagus juga jika anda memaklumkan semua orang di mana anda menyimpan nota anda. Sekiranya berlaku kecemasan, ini dapat membantu kakitangan ambulan memberi rawatan yang sepatutnya dengan segera.

Senarai berikut akan membantu anda mengenalpasti sama ada anda memerlukan rawatan serta-merta ataupun boleh menunggu sehingga waktu kerja biasa. Jika terdapat sebarang keraguan, hubungi doktor anda dengan segera.

Di sini saya sertakan beberapa keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan dengan segera ke hospital jika berlaku simptom-simptom seperti :

  • Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba
    Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 



  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
    Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra- eklampsia yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.








  • Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.




  • Nafas pendek
    Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).

  • Sakit dada
    Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital.























  • Sakit betis
    Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
  • Berfikir hendak membunuh diri
    Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
    Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.


  • Demam yang sangat panas (38 darjah C)
    Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.

  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
    Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar. 

Selain daripada itu, terdapat juga tanda-tanda yang biasa yang mana anda boleh bertangguh untuk ke hospital.tetapi anda harus memberitahu kepada doktor juga. Tanda-tanda tersebut ialah :

  • Rembesan faraj yang berbau busuk
    Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.

  • Perut yang sakit
    Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas).

  • Buasir yang teruk atau bengkak
    Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.

  • Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
    Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.

  • Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
    Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.

  • Punggung bocor
    Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera. 

Wah! banyaknya simptom-simptom yang tidak boleh kita buat tidak peduli sahaja.Sebab itulah, kita perlu sentiasa peka dengan keadaan diri kita. Sentiasa membuat pemerhatian dan banyakkan membaca. Sekarang mudah sahaja, semua di hujung jari sahaja. Tidak perlu susah-susah hendak keluar.

Kredit diberikan kepada  http://www.babycenter.com.my

Beberapa hari ini saya akan kerap update tentang kehamilan sebab saya pun kurang faham tentang proses kehamilan dan penjagaan selepas bersalin. Jika ada sebarang pertanyaan, mari kita sama-sama kongsi pengalaman atau petua-petua orang dulu-dulu. Sekian dahulu dari saya.




Isnin, 22 Jun 2015

Kaedah mencari susu formula yang sesuai untuk bayi anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan keadaan anda pada hari ini? Puasa ok ke? Sekejap je masa berlalu kan? Adakala tak sempat nak kejar pun. Hihihihi......

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang artikel yang saya rasakan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memang mencari susu formula untuk anak mereka. Seperti yang kita ketahui susu ibu ialah makanan semulajadi bayi yang sempurna. Tetapi jika anda tidak dapat menyusu badan, atau jika anda memilih untuk tidak melakukannya, susu formula ialah yang kedua terbaik. Ahli sains dan pakar perubatan telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencipta susu formula yang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi kita.

Apabila anda semua sedang menimbangkan susu formula mana yang sesuai untuk bayi kita, anda perlu mengambil kira beberapa faktor. Fikirkan mengenai kesihatan dan keperluan pemakanannya, umur serta kos dan masa penyediaan bagi setiap susu formula.Ikuti panduan yang akan saya kongsikan kepada anda supaya anda dapat memilih susu formula yang sesuai dengan bayi anda.

Perkara utama yang perlu kiita ambil tahu ialah dengan mengetahui jenis-jenis susu formula yang ada di pasaran sekarang. Terdapat tiga jenis susu formula di pasaran iaitu :

1. Susu formula berasaskan susu lembu

2. Susu formula protein dihidrolisi

3. Susu formula berasaskan soya

Berkemungkinan besar bayi anda boleh mengambil susu formula berasaskan susu lembu, kecuali jika terdapat sebarang masalah kesihatan atau sebab-sebab pemakanan mengapa ia tidak boleh. Mari kita baca lebih lanjut untuk mengetahui tentang jenis-jenis susu formula ini.

Susu formula berasaskan susu lembu

Kebanyakan susu formula bayi adalah berasaskan susu lembu yang diubah suai untuk menyamai susu ibu sebaik yang mungkin. Para pengilang mengubah suai susu lembu untuk bayi dengan menyesuaikan tahap karbohidrat, protein dan lemak, serta menambah vitamin dan mineral. Terdapat juga susu jenis formula yang dihasilkan khas untuk bayi pramatang.

Protein dalam susu boleh diuraikan kepada kasein dan whey. Nisbah kasein dan whey boleh jadi berbeza bergantung kepada jenis susu formula bayi. Terdapat dua jenis iaitu:

- Formula peringkat pertama. Kandungan susu formula jenis ini kebanyakannya adalah whey, dengan nisbah kasein:whey sebanyak 40:60, iaitu hampir sama dengan kandungan susu ibu. Susu formula jenis ini sesuai untuk bayi anda daripada baru lahir hingga kira-kira satu tahun, dan ia juga dikatakan lebih mudah untuk dihadam.

- Formula peringkat kedua. Susu formula jenis ini mengandungi kebanyakannya kasein, dengan nisbah kasein:whey sebanyak 80:20. Ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan biasanya dipromosikan sebagai susu formula untuk bayi yang kerap lapar.

Dari segi khasiat, bayi anda hanya perlukan susu formula peringkat pertama, namun anda boleh juga memilih untuk bertukar kepada susu formula peringkat kedua apabila bayi anda sudah besar sedikit.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila menukar susu formula bayi anda. Jika anda beralih daripada formula susu peringkat pertama ke formula susu peringkat kedua terlalu awal, bayi anda boleh mengalami sembelit. Walaupun banyak pengilang susu formula memasarkan susu formula peringkat kedua mereka sebagai sesuai mulai baru lahir, adalah lebih baik jika anda tunggu sehingga bayi anda sekurang-kurangnya empat minggu. Jika bayi anda tidak begitu gembira dengan susu formula peringkat pertama, bincanglah dengan pakar kanak-kanak sebelum anda menukar susu formula.

Apabila bayi anda berusia satu tahun, anda boleh beralih daripada susu formula peringkat pertama ke susu formula peringkat kedua kepada susu lembu. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman utama bayi dibawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah. Tetapi anda boleh gunakannya dalam kuantiti yang kecil sebagai bahan masakan untuk bayi anda apabila dia mula mengambil makanan pejal, atau untuk diberi bersama bijiran sarapannya.




Susu formula protein dihidrolisis

Ini adalah susu formula yang direka khas untuk bayi yang mempunyai alahan atau intolenrasi terhadap susu lembu. Jika bayi anda alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. dan jika dia mempunyai intoleransi terhadap susu lembu, sukar baginya untuk menghadam laktosa, atau gula, yang terkandung dalam susu lembu.

Susu formula protein dihidrolisi adalah berasaskan susu lembu dan mempunyai nilai nutrisi yang sama dengan susu formula. Tetapi bezanya ialah protein dalam susu ini telah dihidrolisis, yang bermakna ia telah diuraikan supaya bayi anda kurang berkemungkinan untuk mendapat reaksi daripadanya. Susu seperti ni juga secara amnya bebas-laktosa, oleh itu bayi yang mempunyai intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.

Jika anda rasa bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu, jumpalah doktor keluarga atau pakar kanak-kanak. Doktor anda dapat mempreskripsikan formula protein dihidrolisis untuk bayi anda. Anda juga boleh membeli sus ini daripada farmasi. Selain itu, anda juga boleh membeli formula bebas-laktosa khas yang mungkin disyorkan oleh doktor anda jika bayi anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa.




Susu formula berasaskan soya

Susu formula berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah-suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula.

Beri bayi anda formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor keluarga anda atau pakar kanak-kanak. Walaupun pengilang-pengilang memasarkan formula soya mereka sebagai sesuai untuk bayi sejak baru lahir, pakar kesihatan profesional tidak mengesyorkannya untuk bayi di bawah enam bulan.

Formula soya juga tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Biasanya, bayi yang alah terhadap susu lembu juga alah terhadap soya.

Tiada bukti bahawa bertukar kepada formula berasaskan soya dapat membantu melegakan bayi jika dia tidak selesa atau mengalami kolik. Bayi anda mungkin mengalami kolik kerana dia mempunyai intoleransi terhadap laktosa, maka dalam kes ini formula yang bebas-laktosa ialah yang terbaik. Mintalah nasihat doktor jika anda fikir bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu.

Tiada manfaat tertentu dari segi kesihatan yang diperolehi bayi anda daripada formula soya berbanding susu formula lain. Malah, susu formula soya sebenarnya boleh merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa. Jika anda memberi bayi anda susu soya, anda perlu lebih berhati-hati dalam menjaga giginya.
 



Sekarang mari kita lihat susu formula apakah yang sesuai untuk untuk bayi yang lebih besar pula.  Ada formula susu lembu yang dipasarkan untuk bayi daripada usia enam bulan kerana susu jenis ini mengandungi zati besi yang tinggi yang diperlukan oleh bayi yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, dari segi nutrisi, susu ini sebenarnya tidak perlu. Bayi anda akan mendapat zat besi dan nutrien lain yang diperlukannya daripada makanan pejal. Tiada keperluan untuk bertukar kepada susu lain jika bayi anda gembira dengan susu badan atau susu formula biasanya.

Susu yang dipasarkan untuk bayi yang lebih besar termasuk:

Susu lanjutan

Ini adalah susu yang mempunyai kandungan protein dan mineral yang lebih tinggi daripada formula bayi biasa. Ia dipasarkan sebagai sesuai bagi bayi dari usia enam bulan. Susu lanjutan diiklankan sebagai lebih berkhasiat daripada susu lembu kerana ia mengandungi zat besi, vitamin dan mineral tambahan. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa susu lembu tidak sesuai diberi kepada bayi anda sehingga usianya satu tahun.






Susu membesar

Susu membesar dipasarkan sebagai susu yang lebih baik daripada susu lembu kerana ia mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral tambahan. Ia dipromosikan untuk diberi kepada bayi daripada usia satu tahun.

Walau bagaimanapun, susu membesar sebenarnya tidak perlu kerana apabila bayi anda sudah mencapai umur satu tahun, dia sudah boleh mengambil susu lembu penuh lemak sebagai minuman utamanya. Dia juga sepatutunya sudah mula makan pelbagai jenis makanan yang seimbang, yang dapat membekalkannya dengan vitamin dan mineral penting tanpa perlu mengambil susu membesar.

Susu formula tambahan ini sebenarnya tidak perlu sama sekali. Bayi anda boleh mendapat apa yang diperlukannya ketika membesar dengan mengambil susu formula biasa di samping makanan yang kaya dengan kalsium dan zat besi. Kemudian, apabila dia sudah berumur setahun, anda boleh memberinya susu lembu.

Satu-satunya sebab mengapa anda mungkin menukar susu bayi anda ialah sekiranya anda membesarkannya sebagai seorang vegetarian. Apabila anda mula memberinya makanan pejal iaitu mulai usianya enam bulan, anda mungkin dapati sukar untuk mencari makanan vegetarian yang kaya dengan zat besi. Oleh itu, formula yang kaya dengan zat besi mungkin pilihan yang bagus.




Sekarang mari kita lihat kos dan masa penyediaan bagi susu formula. Susu formula mengambil masa untuk disediakan. Bergantung kepada kaedah pensterilan dan jenis formula yang anda gunakan, mencuci, mensteril dan membancuh sebotol susu boleh mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit. Oleh itu, jika anda memberi bayi anda enam botol susu sehari, anda mungkin mengambil masa sehingga empat jam sehari menyediakan susu formulanya.

Kebanyakan susu formula dijual dalam bentuk susu tepung yang dibungkus dalam tin. Cara menyediakannya ialah dengan mencampurkan beberapa sudu susu tepung kering tersebut dengan air masak yang telah disejukkan.

Harganya pula berbeza, bergantung kepada jenama, jenis dan peruncit. Harga formula berasaskan soya dan formula bebas-laktosa secara umumnya agak sama. Formula protein dihidrolisi pula biasanya mempunyai harga yang lebih tinggi.

Jika bayi anda sudah berumur setahun dan boleh minum susu lembu, anda mungkin boleh menimbangkan untuk berhenti memberinya susu formula. Susu formula lebih mahal daripada susu lembu dan anda mungkin rasa agak leceh untuk menyediakannya. Sebaliknya, susu lembu hanya perlu dituang ke dalam cawan, atau dipanaskan sedikit jika bayi anda suka meminumnya suam.

Banyak juga ye kita belajar tentang susu formula yang terdapat dipasaran. Sekurang-kurangnya kita ada ilmu jika kita ingin memberi anak kita susu formula. Tetapi seperti yang kita tahu, susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda. 
 
Kredit diberikan kepada  http://www.babycenter.com.my.

Jika anda ingin memberikan anak anda susu badan tetapi susu anda tidak berapa ada, anda boleh menggunakan makanan tambahan jenama Shaklee. Terdapat pelbagai set menyusu daripada set basic sehingga ke set premium.
 
 
 
Jika berminat boleh call atau sms 0109690399 atau whatapps 01115367287. Saya sedia memberi panduan untuk anda. Sampai di sini dahulu coretan saya, lain kali saya kongsi lagi artikel yang baru.
 
 










Jumaat, 19 Jun 2015

Minyak yang manakah yang mempunyai manfaat yang baik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga saya tak update tentang info-info. Ini adalah kerana sibuk dengan rumahtangga dan kerjaya tambahan pula saya baru balik daripada berkursus. Kursus saya dijalankan di pulau langkawi. Tempat shopping tu..... Tapi, saya tak beli banyak sebab sambutan ramadhan lebih menjadi keutamaan.


Kali ini saya ingin bercerita tentang minyak pula. Dalam adunan sesuatu masakan, minyak merupakan bahan masakan yang amat penting. Lebih-lebih lagi dengan gaya masakan Malaysia yang menggemari teknik menggoreng.


Untuk makluman, semua jenis minyak mengandungi lemak. Apa yang kita harus pertimbangkan dan titikberatkan dalam soal pemakanan ialah memilih jenis minyak yang baik untuk kesihatan, insyaallah. Apa yang penting kita harus bersederhana di dalam semua hal termasuklah soal makan. Keterlaluan dalam penggunaan sesuatu yang baik juga akhirnya akan memudaratkan. Hidup harus seimbang. Sedangkan dalam beribadah, kita juga diwajibkan mengimbanginya dengan kehidupan duniawi.
'Beribadahlah seolah-olah kita akan mati keesokan hari dan bekerjalah dengan kuat seolah-olah kita akan hidup selamanya', rangkaian kata ini penuh pengertian dalam menyarankan kehidupan yang seimbang.

Konsep keseimbangan inilah yang saya sentiasa praktikkan dalam kehidupan seharian. Saya tidak memandang sesuatu yang buruk itu, buruk sahaja tanpa menganalisa kebaikan dalam keburukannya. Pisang yang busuk pun jika tidak sihat untuk dimakan, masih boleh dikompos dan dijadikan baja untuk membantu pokok pisang yang lain untuk tumbuh segar.


Minyak asas
Melalui pengalaman dan kajian, saya memilih dua jenis minyak asas dalam masakan saya. Saya menggunakan minyak kelapa sawit. Tumbuhan kurniaan Allah SWT ini bukan sahaja menganugerahkan keuntungan untuk ekonomi negara, malah menganugerahkan rezeki sepanjang hayat kepada mereka yang bekerja di ladang. Namun, minyak sawit sering mendapat 'bad press' dari negara luar didorong oleh agenda politik dan monopoli perniagaan. Bumi Malaysia menghasilkan minyak ini dan merupakan pengeksport kedua terbesar di dunia, selepas indonesia.
Ada yang merasakan ia memudaratkan kesihatan, tetapi sebaliknya minyak kelapa sawit mempunyai banyak khasiat yang baik seperti minyak zaitun, tetapi harganya pastinya jauh lebih murah.
 


Khasiat minyak kelapa sawit
Minyak kelapa sawit memgandungi pelbagai lemak, vitamin, nutrien dan tidak mengandungi asid trans-lemak yang selalunya dijumpai dalam minyak yang telah dihidrogenasi. Kaya dengan vitamin A dan E dan ia boleh mengurangkan tahap kolesterol badan disamping memcegah kanser.
 
Kandungan beta-karotin(yang menjadikannya berwarna oren) dapat membaiki penglihatan rodopsin, iaitu pigmen penglihatan malam yang terdapat di retina mata. Ia juga dapat mencegah katarak.
Minyak ini juga bebas dari kolesterol dan kaya dengan anti-oksidan iaitu elemen yang diperlukan untuk mengekalkan kulit dan wajah sentiasa muda.
 



Khasiat minyak zaitun
Minyak zaitun juga sering digunakan tetapi lebih untuk membuat salad dressing, bahan perapan atau untuk rambut dan melembapkan kulit selepas mandi. Ia juga kaya dengan vitamin E. Jika memasak masakan berunsur itali, saya juga menggunakan minyak zaitun kerana rasanya lebih serasi.
Minyak zaitun malangnya, tidak dapat menampung suhu yang terlalu tinggi berbanding minyak kelapa sawit menjadikan minuak kelapa sawit lebih sesuai untuk teknik memasak secara 'deep fry'. Pun begitu, bayangkanlah kos minyak zaitun jika sesuai untuk menggoreng pisang? Sudah pasti goreng pisang menjadi satu hidangan paling mahal.


Pelbagai kegunaan minyak
Jenis-jenis minyak lain yang digunakan ialah minyak bijan, minyak badam, minyak kacang walnut dan juga minyak argan.

1. Minyak bijan amat kuat rasanya dan cepat hangus bila digoreng. Beberapa titis saja diperlukan di akhir proses pemasakan.
 



2. Minyak badam digunakan untuk salad dressing
 



3. Minyak walnut pula, selain untuk dressing boleh juga digunakan untuk membuat kek dan biskut.
4. Minyak argan digunakan hanya untuk membuay Tajine iaitu juadah yang berasal dari negara-negara di Afrika Utara seperti Morocco, Tunisia dan Algeria. Minyak argan yang berkualiti tinggi mencecah harga ratusan ringgit membuatkan hanya menggunakan sekali sekala.
 
Sebenarnya kesemua minyak yang saya sebutkan di atas mempunyai khasiat, vitamin dan nutrien tersendiri. Cuma sudah hukum alam, sedang hati manusia juga berbeza kejernihannya, pandai-pandailah kita membuat pilihan berdasarkan kegunaan, kelebihan, kos dan ekonomi domestik kita. Bak kata pepatah, ' pisau ditangan kanan, mentimun di tangan kiri, ' maka terpulanglah kepada kita untuk mengukirnya.

Wah, banyak juga yang kita pelajari hari ini tentang minyak. Ada baik dan buruk. Kita kena pandai- pandai menyeimbangkannya. Sampai di sini dahulu tulisan saya. Lain kali saya coretkan lagi ye.
Sumber dari majalah Anis.

Jumaat, 12 Jun 2015

Gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa dan mengatasi dengan kaedah semulajadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera juga saya ucapkan. Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya. Sekejap je masa berlalu. Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan. Pantas sungguh masa berjalan tanpa menunggu atau menoleh ke belakang walaupun sebentar. Jadi, kita harus bergerak seiringan supaya kita dapat menikmatinya sebelum ianya berlalu pergi.


Ewah-ewah bermadah pulak. Hihihihihi..... Sekali-sekala perlu juga untuk menenangkan fikiran. Ok lah, berbalik kepada tujuan asal, saya ingin berkongsikan sebuah artikel yang saya rasa sangat sesuai memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadhan. Siapa ada masalah gastrik? Berapa kerapkah anda mengalami gastrik pada bulan Ramadhan? Apakah cara untuk mengatasinya?
 



Banyak juga persoalan yang saya utarakan. Jika ingin menjawab, dipersilakan. Hihihihihi.....
Sepertimana yang anda ketahui, salah satu penyakit popular yang dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan puasa ialah gastrik. Gastrik atau istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut, di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai 'angin'.


Sekarang kita pergi ke penyebab kepada masalah gastrik. Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan ph1 hingga 2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.



Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya
 1. Sakit perut



2. Pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, 
 


3. Perut senak

4. Berangin atau pedih

5. Kembung



6. Sendawa



7. Loya

8. Hilang selera makan


9. Turun berat badan.
 



Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa rendah.
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadhan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat. Walaubagaimanapun, kefahaman ini adalah salah. Serangan gastrik berlaku disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa. Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun jadi masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul. Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.



Tabiat makan yang salah sewaktu berbuka juga menyumbang pada timbulnya serangan gastrik. Sebanyak 80% penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori ( H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres. Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan tekanan boleh juga menjadi penyebab gastrik selain ubat tahan sakit dan ubat tradisional yang mengandungi herba.
 



Sekarang, mari kita lihat apakah simptom kepada masalah gastrik. Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan 'merebak' ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa 'terbakar' pada bahagian itu. Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dwngan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya dan muntah.


Di sini, saya sertakan tip berpuasa bagi pesakit gastrik.


1. Pakar Gastroenterologi telah bersepakat bahawa, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berpuasa. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat sewaktu berbuka supaya perut yang seharian berehat tidak mengalami 'kejutan'.


2. Pesakit gastrik perlu mengenal pasti makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkabonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan lebih banyak. Ketika berbuka, elak makanan yang boleh merangsang rembesan jus usus dengan banyak. Jika perlu, ubat untuk mengurangkan jus usus perlu diambil ketika sahur dan berbuka untuk mengawal pengeluaran jus itu.
Image result for makanan berkafein

3. Semasa Ramadhan, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara dua masa makan iaitu sebelum berbuka dan selepas sahur. Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi. Jadi, untuk pesakit gastrik anda tidak digalakkan meninggalkan sahur.


4. Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakannya dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat. Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asis untuk menerima lebih banyak makanan. Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman. Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang mengadu sakit perut selepas berbuka.
 


5. Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut. Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik. Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Masalah gastrik jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan berlakunya ulser di dalam perut. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal. Ini penting terutamanya jika simptom tadi bermula sebelum bulan puasa, untuk memastikan kita dapat menunaikan puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan. Jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk ke pakar.

Jika gastrik dibiarkan dan menjadi luka yang lebih dalam, ia dipanggil ulser perut. Simptom ini hampir sama dengan gastrik, akan tetapi sakitnya lebih teruk dan najis boleh berubah menjadi hitam seperti arang. Pesakit juga boleh mengalami muntah darah. Rawatan kecemasan dengan pemberian ubat dan endoskopi perlu dilakukan serta-merta untuk memastikan tiada pendarahan yang banyak daripada luka pada ulser itu.

Secara kesimpulannya, individu yang mengalami masalah gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka, makan secara sederhana dan memilih makanan yang lebih sihat.
Cuba untuk bertahan sehingga waktu berbuka terutama seminggu pertama bulan puasa. Jika anda gagal berpuasa penuh pada seminggu pertama, kemungkinan besar anda tidak akan berjaya puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan.

Begitu banyak tip dan manfaat dapat kita kutip bersama untuk bekalan pada bulan puasa nanti. Saya juga ada titipkan panduan umum pemakanan di bulan Ramadhan supaya dapat kita amalkan untuk panduan bersama.

Panduan umum pemakanan di bulan Ramadhan:

1. Melambatkan sahur.

2. Menyegerakan berbuka. Mulakan dengan makanan ringan ( karbohidrat ringkas) seperti kurma, buah-buahan, air kosong dan elakkan makanan yang terlalu manis.

3. Elak makan berlebihan ketika berbuka.

4. Banyakkan minum air kosong untuk mencegah dehidrasi (kurang air dalam badan)

5. Berhati-hati apabila membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan, kerana kebanyakannya dimasak lebih awal. Pastikan beli di gerai yang bersih dan makanan yang dijual sentiasa tertutup untuk mengelakkan keracunan makanan.

6. Elakkan juadah yang mengandungi tinggi lemak, berempah dan pedas.

7. Elakkan minuman berkafein kerana ia merangsang proses pembuangan air (kerap kencing) sekaligus boleh mengakibatkan dehidrasi jika tidak mengambil air kosong dengan banyak.

8. Lebihkan sayuran dan buah-buahan, sebaiknya berhenti sebelum kenyang.

Sumber saya perolehi daripada majalah Rapi.

Suka saya nak beritahu tentang set makanan tambahan yang mampu memberi tenaga dan mengenyangkan. Terdapat tiga produk makanan tambahan yang sangat sesuai iaitu:

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Merupakan minuman rendah lemak,bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan sembilan(9) asid amino perlu dan 14gm protein soya sihat bagi setiap hidangan.Rasanya yang enak dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.
  • Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
  • Sebagai pelapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidrolik di dalam perut.Oleh itu dapat elak rasa kepedihan perut dan ulu  hati.Sesuai yang menghidap gastrik.
  • Gabungan ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manla kesayangan anda sepanjang bulan Ramadhan.

Minuman Performance berperisa oren
  • Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
  •  Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
  • Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga

Mealshakes
  • Membekalkan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka puasa dan sahur kita.
 http://1.bp.blogspot.com/-z4VdKKDZXf4/UatXApiMeSI/AAAAAAAAAsA/ySeEGanjx5w/s1600/mighty-3-gems-shaklee1.png
Kredit diberikan kepada blog  http://www.mummycherrie.com/category/set-mighty-3-gems/.

Sampai disini dahulu coretan saya. Lain kali saya coretkan lagi info-info atau artikel yang berguna untuk kita semua. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di 010-9690399 atau whatapps 01115367287.