Khamis, 29 Januari 2015

Salam sejahtera. Bertemu kembali setelah sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Bermacam-macam cabaran yang telah dihadapi. Terkejar ke sana ke sini. Letih tu tak payah nak cerita la. Tapi disebabkan anak, aku sanggup. Pengalaman pertama mengajar aku erti kesabaran. Memang banyak kena bersabar. Bukan sesuatu yang mudah, namun aku dapat memgharungi minggu-minggu yang sukar.

Aku mula belajar sesuatu yang baru. Bukan mudah namun aku berusaha untuk lakukannya kerana tiada sapa yang dpt membantu. Namun aku puas, kerana aku dapat lakukannya dengan sendiri. Letih dan penat seakan-akan hilang apabila ku melihat senyuman manjaku.

Hasil pertama kerjatangan anakanda ku. Dia buat sendiri di sekolah. Gembira aku melihatnya. Dia dah mula seronok ke sekolah. Dah mula berkawan dengan rakan-rakan. Dah mula belajar iqra. Dah mula duduk dihadapan cikgu. Dah mula menulis di depan. Dah mula makan.

Perkembangan yang sangat positif. Aku pun turut memberi sokongan moral kepada anakandaku. Semoga menjadi contoh dan teladan serta berjaya.... Itulah harapan seorang yang bergelar ibu.

Isnin, 19 Januari 2015

Monday........

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini penuh dengan kejutan dan cabaran. Hari pertama memulakan pekerjaan setelah 1 minggu bercuti dan hari pertama anakku mula bersekolah semula. Berbagai-bagai perasaan datang menerpa. Adakah anakku makan? Adakah anakku dapat berkawan? dan bermacam-macam soalan muncul di kepala. Itulah ye bila menjadi ibu ni, apa sahaj yang dilakukan akan mendahulukan anak dia dahulu. Asalkan anak dia sihat dan cerdas. Hari ini anakku dah mula makan. Rasa lega sikit dihati ku ini. Esok tidak pasti lagi bagaimana. Namun untuk hari ini, perasaan lega mulai tumbuh semula.

Hari ini aku cuba mengamalkan apa yang baik untuk diri aku. Aku belajar untuk memudahkan urusan orang lain. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hatiku mula tenang. Keceriaan mula terpancar di wajah yang suram ini.... He..he..he..he... Bukan senang tau nk ceriakan wajah kita ni. Apa-apa pun, kita perlu ikhlaskan diri dahulu. Bukan senang untuk kita lakukannya, namun jika itu yang terbaik apa salahnya kita mencuba. Tidak rugi pun....

Hari ini bertambah lagi kawan-kawan di alam maya ku. Ramai kawan beerti banyak ilmu yang dapat kita pelajari. Seronok juga bila dapat bertukar-tukar pendapat.

Bila kita tahu tentang seseorang, kita akan cuba untuk memahami. Namun adakalanya sukar juga untuk kita faham kerana bukan semua orang jenis terbuka.

Apa-apa pun, kita mesti berfikiran positif supaya kita dapat menerima aura-aura positif dan menyingkirkan aura-aura negatif.

Sampai kita berjumpa lagi.... tatata.....

Sabtu, 17 Januari 2015

Assalamualaikum dan selamat petang. Bertemu kembali kita pada waktu ini. Lama juga jari-jemari tidak menari-nari di keyboard komputer. Minggu yang sangat mencabar dan memenatkan. Pertama sekali anak ku masuk tadika. Yang kedua dia muntah teruk, tidak mahu makan dan berkawan. memang mencabar hendak melayan karenah mereka pada waktu itu. Dengan demamnya, dengan tidak mahu makannya, dengan tidur je kejenya, membuatkan naluri seorang ibu kelam kabut dan sedih. Begini rupanya yang mak aku rasakan sewaktu aku tidak sihat dahulu. Mmmmm..... Sedih tau......

Sekarang bila aku alaminya sendiri, baru aku dapat rasakannya. Sukar juga untuk aku menyesuaikan diri. Sebelum ini, anak aku tidak pernah seteruk ini. Sehinggakan kami terpaksa membawa dia ke hospital. Aku gagahkan diri juga keran bimbang dan risau dengan keadaan dia. Alhamdulillah, mujur tidak ada perkara yang boleh dikategorikan sebagai besar sangat. Mujurlah anakku sudah sembuh. Cuma selera makannya sahaja yang belum datang lagi. Aku sendiri tidak ada selera hendak makan. Makan pun sekadar melapik perut sahaja. Mujurlah dalam keadaan aku macam tu, aku tidak diserang oleh migrain dan gastrik. Kalau tidak, memang terukla en.husben untuk mengendalikannya seorang diri..... Heheheheheheh.....

Banyak yang aku pelajari sebenarnya, cuma aku je yang tidak perasan. Aku belajar untuk lebih tenang, relax dalam menghadapi dugaan atau cabaran, sabar dengan keadaan yang genting dan memudahkan urusan orang. Bila aku renung kembali, memang aku adakalanya ataupun selalunya akan abaikan empat perkara tersebut. Aku lebih gemar turutkan rasa hati ataupun perasaan terburu-buru aku tanpa mahu berfikir. Aku suka mendesak dengan cara yang tidak sepatutnya. Itulah aku. Alhamdulillah, Allah bagi dugaan untuk aku berfikir dengan cara yang sepatutnya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengurangkan atau membuang perangai yang memang sudah sebati dengan diri sendiri. Tapi jika untuk kebaikkan, apa salahnya kan??

Azam tahun baru aku kali ni bukan lagi untuk kuruskan atau langsingkan badan atau mengandung lagi. Azam aku tahun ini adalah untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. Aku nak tanamkan empat perkara tadi dalam diri supaya aku dapat hidup atau jalani cabaran dengan lebih tenang dan rasional. Daripada menserabutkan kepala dengan perkara yang menumpulkan ingatan, lebih baik aku tajamkan pemikiran dengan mempelajari kaedah atau cara untuk kita lebih rasional. Hormon dalam badan pun tidak merencat dan mempercepatkan penuaan.

Sampai di sini dahulu celoteh saya. Salam sayang dan Assalamualaikum