Diet anda berjaya? 16 tip untuk kita ketahui tandanya.

Oktober 03, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah beberapa hari saya mendiamkan diri. Bukan apa ye, berehat sementara dari melibatkan diri dengan alam sosial. Untuk memudahkan ilham datang... Hihihihihihi..... Di harap anda semua sihat hendaknya. Banyakkan minum air kosong ye...


Sepertimana anda lihat tajuk di atas, anda sudah tentu dapat mengagak bukan? Ramai orang yang sanggup bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam memastikan berat badan turun, mendapat bentuk badan yang menarik dan sekaligus kesihatan terjamin. Apabila usaha keras anda berhasil, perasaan bangga pasti mengiringi anda untuk terus berusaha lagi. Namun, anda mungkin merasa lebih kecewa apabila mengetahui diet yang anda lakukan ini tidak berjaya.




 Bagaimana anda tahu diet yang anda lakukan selama ini berjaya atau tidak? Berikut beberapa tanda yang mengatakan diet anda telah berjaya dilaksanakan.


1.   Merasa sihat

Anda tidak lagi merasa penat dan letih ketika berdiet. Ini memberi isyarat bahawa badan anda mula menerima dan dapat menyesuaikan diri dengan pola makanan yang baru. Walau bagaimanapun, jika badan anda masih tidak berupaya atau penat, cuba ambil multivitamin atau periksa program diet yang telah anda lakukan. Mungkin ada nutrisi penting yang anda lupa masukkan bersama diet anda.





2.   Tidak lagi kelaparan

Rasa lapar dan keinginan untuk makan memberikan tanda bahawa badan anda kehilangan sesuatu yang diperlukan. Namun, jika anda perasan lapar itu hilang sedikit demi sedikit, ini bermakna badan anda sudah diisi dengan baik melalui program diet yang anda lakukan.





3.   Mood sentiasa baik

Biasanya, mood seseorang ditentukan oleh hormon. Jika mood anda stabil, segala proses hormon dalam badan berjalan dalam keadaan normal. Tetapi, apabila anda merasa selalu ingin membebel atau mengeluh, mungkin diet anda tidak sesuai dengan anda.





4.   Turun berat badan

Anda sanggup berpantang dengan tidak mengambil makanan tertentu semata-mata alasan untuk menurunkan berat badan. Jadi, jika berat badan anda menunjukkan penurunan, ini bermakna diet anda telah berhasil.





5.   Jarang memikirkan makanan

Sebelum diet, fikiran anda hanya untuk makan. Sekarang, cara pemikiran anda sudah berubah dengan tidak memikirkan makanan sepanjang masa. Jika anda amalkan cara begini, ini memberi petanda bahawa anda betul-betul sudah berubah.





6.   Tidak mudah lapar

Jika anda lapar sebelum waktunya, ini bermakna anda kekurangan nutrisi penting dalam program diet anda. Keadaan ini juga boleh terjadi kerana anda makan terlalu sedikit, seterusnya mendorong anda untuk makan lebih banyak lagi.





7.   Orang terdekat rasai perubahan

Bukan sahaja anda merasai perubahan pada diri anda tetapi juga orang yang terdekat dengan anda. Kawan-kawan pasti terpegun dan suami memuji dengan bentuk badan anda. Reaksi mereka ini kerana kesungguhan anda dalam program diet yang dilakukan.



8.   Ghairah dengan menu baru

Adakah anda suka dengan menu makanan baru atau ayam dan daging kukus di makan secara sembunyi kerana bimbang diperli kawan-kawan? Anda tidak perlu malu, sebaliknya merasa bangga dengan menu makanan baru kerana anda telah memilih makanan yang terbaik.



9.   Badan merasa ringan

Anda tidak lagi merasa 'berat' ketika berjalan, duduk atau berlari. Tentu anda gembira dan semakin bersemangat dan motivasi. Namun, jangan sesekali menyerah kalah, teruskan usaha anda untuk terus berjaya.





10.   Tiada gangguan tidur

Apabila perut dalam keadaan kenyang atau kelaparan, memang sukar untuk melelapkan mata. Jika perkara ini terjadi kepada anda, mingkin pola pemakanan yang anda ambil adalah salah. Sebaliknya, jika anda tidur dengan cepat dan nyenyak, sudah tentu anda mengambil makanan khasiat yang diperlukan oleh badan.





11.   Sukakan air

Jika sebelum ini anda kurang memberi perhatian kepada jumlah air yang anda minum. Sekarang, anda merasakan air adalah bahagian yang penting dalam rutin seharian anda. Diri merasa haus daripada lapar adalah tanda positif untuk anda yang berdiet.





12.   Pakaian longgar

Terbukti, apabila diet berjaya, berat badan turun. Secara tidak langsung, pakaian lama anda terasa longgar. Nah! Masanya untuk membeli pakaian baru.





13.   Senang membeli-belah

Jika dahulu anda selalu bimbang dan malu kerana ukuran pakaian yang tidak sepadan dengan bentuk badan anda. Kini, anda patut bangga kerana mampu mencuba setiap pakaian yang diperagakan.





14.   Sistem penghadaman lancar

Apabila perubahan pada pola pemakanan anda, secara langsung boleh memberi perubahan kepada sistem pencernaan anda.





15.   Ceritakan kepada kawan

Dengan penuh bersemangat, anda cuba ceritakan tentang perubahan bentuk badan kepada kawan-kawan. Beritahu mereka tentang program diet yang anda lakukan hingga mampu mengubah hidup anda menjadi lebih senang dan sihat.



16.   Puas dengan diri sendiri

Adakah anda sudah mencapai apa yang anda inginkan? Biasanya kepuasan dapat dirasai pada akhir program diet anda dan lebih menggembirakan apabila berat badan turun mengikut sasaran anda. Tubuh juga merasa lebih segar dan anda akan terus berusaha keras untuk mempertahankannya.




Bagaimana dengan anda? Sama tak hasil yang anda buat dengan yang anda dapat? Jika seperti yang anda inginkan, Tahniah saya ucapkan. Jika tidak berjaya, cuba periksa balik, mana tahu ada kekurangan ataupun corak pemakanan salah diaplikasikan. Apa-apa pun buat dengan bersungguh-sungguh dan memahami konsep diet yang anda sedang lakukan. Jangan main hentam sahaja, nanti lain jadinya.

Ok lah, sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya coret-coret lagi ye. Assalamualaikum.


p/s : Ada sebarang pertanyaan, boleh call @ sms 016-5003075, whatapps 014-3607954 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com


You Might Also Like

0 ulasan