Ahad, 4 Oktober 2015

5 tip bawa anak/bayi anda menaiki kapal terbang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada hari yang indah ini. Diharap anda semua sihat hendaknya. Apa yang anda lakukan pada hari ini? Ada tak masa untuk 'me time'? Kena bagi ada juga tau. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan stres.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang tip-tip yang perlu anda lakukan jika anda ingin membawa anak anda yang masih bayi untuk menaiki kapal terbang. Menyambut kehadiran orang baru sangat menguja, selain sibuk membuat persiapan barangan untuk bakal ibu dan si comel. Namun begitu, bapa seharusnya tidak melupakan tanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan terbaik untuk ibu dan bayi yang menjalani tempoh berpantang di kampung.






 Perjalanan yang jauh menggunakan kereta, pasti sahaja membuatkan si ibu dan bayi tidak selesa. Untuk memudahkan keadaan, apa kata anda menempah tiket kapal terbang buat isteri dan anak anda. Selain memastikan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, tisu basah dan baju bayi mencukupi. Terdapat beberapa aspek keselamatan lain perlu diambil kira.



Antaranya:



  • Semasa proses pembelian tiket kapal terbang, pastikan anda tidak lupa untuk menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Sekiranya tidak ada peralatan ini, anda harus memegang bayi di atas riba sepanjang perjalanan.

  • Kebiasaannya, bayi atau anak kecil akan lapar tidak tentu masa. Jika anda mahu menyediakan makanan sendiri dan membawanya menaiki kapal terbang, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.


  • Tidak dinafikan membawa stroller atau kereta sorong bayi bakal memudahkan tugas anda membawa bayi. Anda dibenarkan membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Oleh itu, apabila tiba di lapangan terbang yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke tempat tuntutan bagasi. Kalau anda kurang pasti, tanyalah pada kakitangan yang bertugas.

  • Selalunya, tatkala kapal terbang berlepas, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Situasi ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda atau berikannya minum menggunakan botol susu ketika pesawat sedang berlepas. Ulangi langkah yang sama ketika kapal terbang mendarat.

  • Walaupun perjalanan menggunakan perkhidmatan kapal terbang tidak memakan masa yang begitu lama seperti menaiki kenderaan lain, namun bayi atau kanak-kanak tetap akan berasa bosan berada dalam pesawat. Oleh itu, bawalah bayi berjalan-jalan di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan agar dia tidak menangis atau merengek.

Wah! banyak juga aspek keselamatan yang perlu kita tahu apabila menggunakan perkhidmatan kapal terbang. Sekurang-kurangnya dapat juga saya share dengan anda semua. Mana tahukan berguna suatu hari nanti. Walaupun hanya ada lima tip sahaja, namun sudah cukup untuk membuka mata dan kepala saya supaya lebih peka dengan sekeliling. 


Sampai di sini dahulu lakaran saya. Ada masa saya menulis lagi ye. Assalamualaikum.


p/s: Sebarang pertanyaan boleh call @ sms 016-5003075 atau email ke rosa.pasamana@gmail.com

Tiada ulasan: