Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Kebersihan oral memancarkan senyuman yang memukau sukma pada yang memandang.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali pada hari yang mulia ini.  Di harap anda menjaga kesihatan diri semasa jerebu ini. Banyakkan minum air suam ye... Sekurang-kurangnya anda tidak mudah mendapat sakit tekak ataupun batuk dengan keadaan kualiti udara yang tercemar ini.

Kali ini saya ingin berkongsi info dengan anda mengenai kebersihan oral. Tahu tak apa itu oral? Bukan iklan Oral B tu ye, itu berus gigi. hihihihihihi..... Pasti semua orang mendambakan kesempurnaan diri terutamanya raut wajah. Kulit licin tanpa berjerawat, bibir merah delima tanpa berkeping dan juga susunan gigi yang cantik dan putih bersih. Namun sedarkah anda bahawa kecantikan luaran semata-mata tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan penjagaan gigi, gusi dan keseluruhan dalaman mulut secara berterusan.





Tidak sempurna wajah seseorang jika gigi berlubang di sana sini, gusi berpenyakit serta mulut berbau. Ia memang memalukan. Di sini saya sertakan tip dan panduan penjagaan oral dengan lebih sempurn…

Tip makan pelbagai negara, mana satu pilihan anda?

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tercinta. Bagaimana kerja hari ini? Dapat disiapkan mengikut jadual atau tidak? Harapan saya semoga semuanya berjalan lancar, In shaa Allah...

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai makanan jika anda pergi melancong ke negara luar dari Malaysia. Tentunya anda pernah pergi melancong bukan? Di mana tempat itu? Boleh kongsikan tak? Sekurang-kurangnya dapat juga info walaupun tak banyak...

Saat melancong ke negara luar, perkara pertama yang menjadi masalah untuk kita adalah pemilihan makanan yang sesuai dengan perut kita. Jika seminggu berada di luar negara, seminggu jugalah terpaksa menelan roti atau telur. Silap haribulan, boleh gemuk ataupun semakin kurus pulakk...





Tahukah anda, sebenarnya cara yang paling mudah untuk berkenalan dengan budaya setempat adalah melalui makanan. Beberapa negara tertentu turut mengamalkan makanan yang sihat. Dalam buku yang berta…

Bahayakah diri kita apabila menghadapi demam ketika berpantang?

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada petang yang indah dan damai ini. Di harap anda semua berada di dalam kesihatan dan keceriaan di samping keluarga. Apa yang anda semua lakukan apabila waktu petang begini? Saya lebih suka melihat pemandangan di luar rumah saya. Banyak benda saya dapat lihat. Sambil-sambil tu melayan karenah anak sulung yang semakin membesar dengan kecerdikan dan kenakalan. Hihihihihihihihi.....


Seperti mana yang pernah anda atau saya alami, demam ketika pantang biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman ketika proses kelahiran, oleh itu jangan pandang mudah. Bersegeralah berjumpa doktor. Ramai orang atau wanita menyangkakan bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Rupanya di dapati ramai yang hanya membeli ubat di farmasi dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu t…

10 cara untuk menggapai tubuh yang sihat serta minda yang hebat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua di dalam lindungan Ilahi serta sejahtera di mana jua berada. Hari ini hari yang sangat indah buat saya. Siapa sangka rezeki yang Allah beri tidak semestinya di dalam bentuk wang ringgit sahaja, adakalanya kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya. Sentiasalah bersyukur.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimanakah kita sentiasa sihat tubuh badan serta minda. Bukan senang tau nak capai kedua-duanya sekali. Namun, jika kita inginkannya kita haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Tak gitu????




 Seperti mana yang kita semua tahu, hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan. Usahlah kita membuang waktu dengan perkara-perkara yang tidak menyihatkan. Untuk menjamin kelangsungan kesihatan tubuh dan minda, lakukan 10 cara mudah yang saya senaraikan ini yer....



1.  Tetapkan asas prinsip hidup yang betul.


Makanlah apabila anda lapar dan rehatlah tatkala anda penat. Sertai kelompok orang-orang yang peka dengan kesihatan luaran dan da…

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita di pagi yang sangat indah ini. Alhamdulillah, idea pun semakin mencurah-curah pula pagi ini. Di harap anda yang membaca di beri kesihatan yang berpanjangan.

Kali ini saya ingin mengenengahkan coretan berkenaan dengan telinga. Seperti kita semua sedia maklum, kebersihan telinga sering kita tolak tepi malah menganggap ia tidaklah sepenting penjagaan anggota tubuh yang lain. Mungkin kerana ia bersifat 'terlindung' di mana kita mampu melindunginya melalui helaian rambut, tudung atau sebagainya. Bagaimanapun, tidakkah anda bakal berasa malu jika anda harus berdepan dengan masalah ini nanti yang puncanya adalah kelalaian anda?





 Sakit telinga merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Adakalanya sakit telinga ini juga di alami di kalangan individu dewasa. Sebelum kita mendalami apa masalah yang mungkin telinga kita hadapi tanpa kita sedari, eloklah jika kita mengetahui serba ringkas anatomi telinga kita dah…

Diet sihat dengan lapan jenis buah-buahan yang terdapat di pasaraya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat bersama keluarga tercinta. Apa yang anda lakukan pada hari ini? Saya hanya makan kenduri di rumah jiran sebelah rumah emak saya. Memang meriah la, ditambah pula dengan hari ini yang sememangnya merupakan Hari Sukan Negara. Saya tak mampu bersukan sangat. Sukan dengan anak sulung yang semakin pandai dan nakal. Hurmmmm.....

Kali ini, saya ingin bercerita mengenai buah-buahan yang boleh dijadikan sebagai diet sihat kita. Seperti mana yang anda semua tahu, buah-buahan mengandungi kadar serat yang tinggi dan amat sesuai untuk dijadikan kudapan berkhasiat. Ia boleh dianggap sebagai antara komponen makanan penting untuk diet. Pengambilan buah-buahan dalam jumlah yang tinggi juga dapat menghindarkan manusia daripada serangan jantung dan kanser.






Antara jenis buah-buahan yang bermanfaat bagi kesihatan manusia dan tinggi seratnya ialah:


1.   Nanas

Buah nanas mengandungi enzim bromelain yang berupaya menguraikan protein. Nanas juga…