Vivix, vitamin semulajadi yang pertama seumpamanya di dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Hari ini cerah sekali rasanya. Tidak seperti sebelum ini, hujan turun dengan rahmatnya. Hendak kata musim hujan pun rasanya bukan. Tidak seperti tahun-tahun kebelakangan ini, sukar untuk menentukan cuaca. Melainkan pakar kaji cuaca la sebab itu keje mereka. Hahahahahah....

Sepertimana tajuk di atas, seperti itu jugalah saya ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan dan kelebihan yang dimiliki oleh si botol comel ini. Vivix merupakan supplement (makanan tambahan) anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat nombor satu supplement makanan di Amerika. Didalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap selular.





Empat mekanisme penuaan pada tahap selular :


1. Kerosakkan DNA


Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.



2. Pengawalan genetik


Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.



3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel


Mitochondria(penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.



4. Penimbunan protein AGE


Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.




Selain daripada itu, vivix juga menolong membantu menjaga atau memelihara:

-  Kesihatan jantung

-  Kesihatan otak

-  Kesihatan sistem imun

-  Kesihatan sendi

-  Perlindungan antioksidan

-  Peningkatan tenaga pada tahap selular

-  Kesihatan dan kesejahteraan



Sekarang mari kita lihat anggur Muscadine jika dibandingkan dengan anggur biasa. Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan , fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz daripada anggur Muscadine adalah sebesar bola golf. Disebabkan pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat membuatkan ianya mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. Inilah penyebab yang membuatkan anggur Muscadine menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.



Sekarang mari kita lihat ramuan yang terdapat di dalam vivix. Terdapat empat komponen utama iaitu:


Anggur Muscadine

-  Anggur yang hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom , yang mana ahli sains percaya ianya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.

-  Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi , satu phyto-nutrien yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

-  Selepas dilakukan kaji selidik tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan ini bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi.

-  Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam vivix, ahli sains mengabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet ungu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan selular vivix.







Carrot Ungu

-  Ianya adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phtokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.

-  Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blubery yang mengandungi aktiviti antioksidan yang tinggi.

-  Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam karet yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Karet ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh karet ungu-oren.

-  Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis karet. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

-  Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.





Elderberry

-  Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.

-  Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanins, yang memberi kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

-  Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan anti-oksidan, tetapi juga Vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, asid amino, carotenoids, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberry.

-  Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, Elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes. Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

-  Elederberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung
termasuk strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya lagi mempunyai manfaat penting dari Elderberry adalah pengurangan stres, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.





Polygonum Cuspidatum

-  Polygonum cuspidatum (Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

-  Polygonum cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti-penuaan seperti Resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.

-  Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

-  Supplement resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplement anti-penuaan ini adalah masa.




Begitu banyak sekali manfaat yang terkandung di dalam sebotol vivix ini. Seakan rugi jika tidak mendapatkannya. Bukan sahaja untuk penuaan, malahan untuk kesihatan umum juga. Untuk perokok pun boleh. Apatah lagi pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Sekarang cuba lihat testimoni-testimoni pengguna yang telah menggunakan vivix. Mana tahu berguna nanti. Kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi, harus dirawat dari dalam.





















Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum.

p/s; Jika berminat untuk tahu lebih lanjut whatapps saya di 014-3607954 atau pun call/sms 0165003075 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.